Razzi Armansur

Tolong angkat kain, nak ambil gambar

Peristiwa ini terjadi pada tahun ’82, di mana pada masa itu kedai gambar masih wujud dan diperlukan. Terjadi pada seorang kawan baik, di Banting City.

Kawan tadi berkisah begini:

Selepas mengambil gambar pasport yang telah siap, di bandar, aku pun balik ke kampung dengan menaiki bas. Sambil senyum aku tengok balik gambar dalam sampul putih kecil itu.

Hanya secara tiba-tiba bas berhenti dengan mengejut. Gambar di tanganku terlepas dan jatuh ke lantai bas, pada bangku di belakang bas. Gambar itu betul-betul di bawah kain seorang perempuan.

Dengan sopan, aku pun meminta izin, “Kak, boleh tolong angkat kain, nak ambil gambar.”

Sepantas kilat aku ditampar berkali-kali oleh perempuan itu.

Sampai hari ini aku tak tahu, apa salahku menyebabkan ditampar kuat berkali-kali begitu.

Sampai hari ini, walaupun dah 40 tahun berlalu, sentiasa tertanya-tanya, “Apa salahku?”

Kang Razzi Armansur