Razzi Armansur

Tifu (Sifu) terus menipu

Kini, galak pula Tifu dan penjual, menipu angka. Ratus ribu dah lama tak kedengaran. Kini main juta, bahlan bilion. Agaknya kalau ditanya balik juta itu ada berapa digit, bilion pula berapa, ternganga, “Susah bang digit-digit ni…”

Kambing perap ini jualannya bilion ringgit, kek ini jualannya pun bilion ringgit, krim sapu-sapu jadi tegang ini pun jualannya 4 bilion ringgit setahun. Taik kucing ini jualannya pun lebih 2 bilion ringgit, taik kambing perap ini pun dah 1 bilion ringgit jualannya. Syarikat MLM yang lalat pun tak sudi hinggap pun tahun lepas dah 5 bilion ringgit jualannya.

Dengar sini Tifu dan penjual yang nak kelentong. Pada tahun 2009, jualan McD Malaysia barulah mencapai 1 bilion ringgit. Oleh sebab ia bisnes berpijak di bumi nyata, bukan penglipurlara, dari 1 bilion ringgit itu untung bersih selepas cukai ialah 100 juta ringgit. Atau 10 peratus dari jualan. Bagi yang suka meracau ‘margin’ sila pelajari kira-kira perniagaan.

Dengan restoran berjumlah ratusan, (kini 280+), berniaga dari tahun 1982 di Bukit Bintang, barulah 27 tahun kemudian jualannya 1 bilion ringgit. Boleh faham tak Tifu dan penjual kaki penglipurlara?

Dari sudut pengedaran (menari pada lantai yang sama), Amw*y (American Way) yang bermula di Malaysia dari tahun 1976, pada tahun 2020 barulah mencapai jualan 1.5 bilion ringgit, walaupun pada tahun 2016 pernah mencapai jualan 1 bilion ringgit (lepas itu menurun).

Wahai Tifu dan penjual yang suka menipu, ingatlah menipu itu dosa besar. Mengapakah pekerjaan mulia kebanyakan Rasul dicemari dengan dosa besar. Apa kamu ingat Rasul itu hanya duduk berzikir bawah pokok kurma ke?

Kelentong itu percuma, tapi ramaaaaiii yang sanggup membayar untuk dikelentong, ditipu.

Kang Razzi Armansur