Razzi Armansur

RM100 cukup untuk setahun

Pagi lagi, ramai dah beratur depan klinik. Malam tadi pun ramai. Kebanyakannya nak bikin test jangkitan Covid.

Bisnes kembali naik, setelah menyepi dan jumlah positif menurun menjadi 2,000+. Klinik kembali lengang sebab pesaing klinik memang banyak. Doktor kembali termenung menunggu pesakit, macam pembuat batu nisan menunggu berita kematian.

Test kit, di farmasi, bukan tak laku, tapi kurang sangat. Katanya kurang tepat. Lagipun, mentality rakyat Malaysia, kalau murah kurang dibeli. Mereka mahu murah tapi tidak mahu dipandang beli murah.

Bebudak UIA dulu, kalau balik kampus lepas merayau, bawa plastik Mydin, disorok-sorok. Tapi kalau bawa beg Jusco, wajib dipertontonkan, “Tengok ni…”

Pelik sangat, katanya warga dewasa dah fully vaccinated. Warga remaja pun sudah. Tapi kenapa tiba-tiba kes spike, melonjak dari 2,000+, naik, naik, naik, hingga kini 20,000+.

Kita ni kena scam ke? Vaksin yang tak berkesan, atau angka untuk menakut-nakutkan mereka yang tak bikin boost?

Kalau nak spike pun, ‘sepatutnya’ lepas bah besar pada 16 Disember 2021. Banjir memang membawa wabak. Banjir kali ini sudah bersama wabak dan tak ada pun SOP, ramai-ramai berkumpul, SOP tidak dapat dilaksanakan.
Tapi kes tak spike pun. Kes spike dengan lajunya setelah diumumkan Pilihanraya Negeri Johor. Baru umum ya… Kemudian boleh pula ada anggaran kes menurun selepas PRN, dan kita boleh Berhari Raya. Bazir Ramadan boleh buka macam 2 tahun lepas, meneruskan pesta pembaziran setiap petang, yang tertangguh.

Kalau peratusan mengundi rendah, maka parti puaka akan kekal berkuasa dan rakyat kekal tertindas! Dan bahlul-bahlul boleh terus berkata, “Tak campur politik…” (Tapi paling bising bila harga ayam melonjak).

Boleh nampak?

Kang Razzi Armansur