Razzi Armansur

Perihal Razzi Armansur

MULA menulis sejak dahulukala. Karangan di sekolah selalu mendapat pujian dan kejian. Kemudian dalam tahun 1988 mula menulis dengan kesungguhan hingga menghasilkan buku klasik “Rahsia Dari Damansara,” yang dikatakan ada sedikit persamaan dengan buku “Richest Man in Babylon,” — cara menjadi kaya dengan menympan sebahagian wang kemudian dilaburkan.

Atau lebih tepat lagi dengan sistem klasik yang diperkenalkan semula oleh Razzi Armansur — SISTEM PELUH — Pe (Pelan) L (Labur) U (Untung) H (Himpun).

Buku klasik tersebut masih kekal sampai hari ini dan pernah diterbitkan oleh penerbit besar (PTS) dengan diberi judul baharu (Rahsia Orang Kaya Damansara).

Sejak dari tahun itu banyaklah sudah buku-buku yang dikeluarkan dengan genre Inspirasi, Bisnes, Bisnes Fiksyen, Buku kanak-kanak mengenai bisnes di awal usia.

Jikalau nak dikira dengan buku yang tidak diterbitkan, penulis buku hantu (ghost writer), wow, memang banyak sekali dan kemungkinan besar mencapai 100.

Razzi Armansur juga ada menghasilkan kursus menulis dalam bentuk buku dan ebuku. Judulnya, “Ini Buku Saya!” — proses menulis dari keinginan, kemahuan, idea hinggalah teknik-teknik menulis seperti ’empangan pecah’, slogan Nike, Patah Muntah, dan sebagainya.

Buku ini dihasilkan kerana ramainya yang RAzzi Armansur temui berkata, “Saya nak menulislah…” tetapi setahun kemudian jumpa kembali, “Dah siap bukunya?” “Siap? Mula pun belum.” Ada satu ‘benda’ yang menghalang menyebabkan jari tidak terletak di atas keyboard (atau papan kekunci) — semuanya telah berkecamuk di otak, tapi tidak dapat mengalir ke jari. ‘Benda’ itulah yang diatasi dalam buku, “Ini Buku Saya.”