Razzi Armansur

Penunggang agama gemar berkokok ketika musibah

Seperti biasa, apabila terjadi musibah besar, maka berkokok lah para poyo2 agama, penunggang agama, Ostad, Ostad kurang akal, “Bahawa ini semua disebabkan oleh banyaknya maksiat…”  Setiap kali musibah, lagu itu wajib dimainkan semula, terutama dalam grup Wasap. Seolah-olah mereka lebih tahu puncanya.

Sudah tentu mereka terselamat sebab tidak ada pun disebut, “Disebabkan oleh penyebaran hadis palsu (menipu atas nama Rasulullah), riwayat palsu, menunggang agama, bikin persepsi agama.”

Berbalik kepada ayat al-Quran, “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Ar-Rum: 14)

Ayat Quran Ar-Rum: 14 itulah dikatakan jawapan yang tepat, peringatan sejak Loh Mahfuz. Kenapa Habib, Sheikh, Ostad, penjual topi selipar, Ostad Facebook, Ya Hanananana tak mahu sebut? Sebab mereka tak tahu. Mereka hanya terpekik terlolong, “Bacalah Quran, bacalah Quran…” bukannya, “Fahami dan amalkanlah Quran.”

“Tapi saya tak rosakkan alam sekitar…” Jawapannya, “Adakah Allah pilih-pilih yang merosak dengan yang tak merosak?” Sekali rap, semua kena.

Sana sini terdengar pengurusan bencana yang cacamerba, rojak, dijadikan medan publisiti dan cari nama. Ada juga bekas mufti yang digelar, ‘menteri tahnik’, menteri 17 bulan, pun menyempat meneruskan gila publisiti, melalui sengsara orang terkena musibah besar.

Dan sebahagian besarnya bahkan semua menyalahkan pemimpin atas kelam kabut ini.

Baru nak salahkan sekarang? Dah diberi peringatan lagi sejak Loh Mahfuz — tangan siapa yang memangkah mereka?

“Tapi saya tak campur politik bang…” “Kamu campur atau tak campur politik, bahana tetap kena. Kamu dapat beli harga ayam murah ke?”

“Tapi tangan saya tak pangkah mereka bang…” Bagus.. Tapi, kalau Allah nak bagi musibah, adakah pilih-pilih atau sekali rap?

Kang Razzi Armansur