Razzi Armansur

Dengan adanya Facebook, ‘Now everyone can become Ostad’

Di kedai mamak, sebelah Setapak Sentral, tak lama dulu.

Setelah ditanya, dia menjawab, “Saya mengajar Bahasa Arab.”

“Ooo… Mengajar yang mana? Loghatul Arabia, Arabic al-Quran atau Sastera Arab?” Ditanya untuk memastikan.

“Ala senang saja, beli buku Belajar Bahasa Arab, baca.”

“Hah?” Dalam hati.

Itulah di lain masa, jangan sesekali menganggap orang di depan kita ini bodoh, tidak tahu apa-apa. Anggap orang di depan kita ini lebih pandai, akan menjadikan kita lebih selamat dan tak kantoi.

Kerana nak meng ‘Ustaz’ kan diri, sanggup menipu guru Bahasa Arab. Lain kali, tak payah susah-payah begitu.

Nak meng ‘Ustaz’ kan diri amat senang. Pakai uniform Ya Hananananana. Pakai serban sebesar pembungkus nangka, kalau nak lebih dramatik, pakai serban batik, kemudian pakai celak tebal seperti burung hantu, pakai jubah lapis-lapis, letak beberapa ‘al’ di belakang nama dan letak Habib, Sheikh di depan nama. Gerenti, orang akan panggil, ‘Ustaz’. Tambah lagi kalau cerita bab Selipar Nabi.

Nak lebih senang, letak ‘Ustaz’ ‘Ustazah’ di depan nama profil Facebook. ‘Dengan adanya Facebook, now everyone can become Ostad, Ostadzah’.

Nota: Di sekolah Hira’, guru tak dipanggil ‘Ustaz’ ‘Ustazah’ sebagai menghormati bahawa panggilan itu bukan untuik sembarangan. Mereka dipanggil ‘Mualim’ ‘Mualimah’. Tapi di tempat lain, siak masjid pun dipanggil ‘Ustaz’.

Kang Razzi Armansur