Razzi Armansur

Cari keburukan dulu? Bagaimana kalau orang buat pada kita?

Seseorang memberitahu, “Kalau jumpa seseorang, lumrahnya, manusia akan mencari kekurangan dan keburukan terlebih dahulu. Ini memang tidak disukai. Kita terbalikkan.”

Apabila berjumpa seseorang — cari kelebihan, kebaikan, terlebih dahulu dan berikan pujian.

Jadi taklah nanti menyebut, “Gemuklah sekarang,” “Ini apa ni?” (sambil menunjuk perut yang buncit), “Rambut dah banyak putih…” “Lembik saja sekarang…” “Nampak tua sekarang…” Atau lain-lain keperibadian, penampilan, yang tidak disukai.

Cuba terbalikkan, kalau orang lain mengatakan begitu pada diri kita, apa perasaan? Suka? Elok diperiksa otak itu.

Tak jumpa kebaikan dan kelebihan? Mustahil! Kedudukan manusia ini sama — setiap orang ada kelebihan, ada kekurangan. Seimbang. Ingat, Allah Maha Adil.

Kalau masih juga tak jumpa, sebaik-baiknya, DIAM sahaja. Cakap pasal lain. Hentikan mata dan otak daripada terus mencari-cari kekurangan untuk dijadikan bahan teguran. Itu sejuta kali lebih baik dari menegur, merendah-rendahkan keperibadian, fizikal seseorang.

Kang Razzi Armansur