Razzi Armansur

Bagaimana cara cepat kahwin lagi setelah kematian isteri?

Kisah benar yang menusuk kalbu berkaitan dengan kematian isteri.

Kisah 1:
Seorang suami yang sedang duduk di sebelah jenazah isterinya, bingkas bangun, kemudian melangkah beberapa kali jenazah isterinnya itu.

Orang ramai terkejut, “Kamu dah gila ke? Kenapa kamu ni?”

“Masa hidup, isteri aku ini selalu sangat mencabar aku. Katanya langkah mayat dia dulu, kalau nak kahwin lagi.”

Kisah 2:

Setiap pagi dan petang Pak Mat akan ke kubur isterinya yang baru meninggal dunia. Setiap pagi dan petang itu jugalah dia menyiram air di atas kubur isterinya.

“Sayang betul kamu dengan arwah ye Mat.” tegur rakannya suatu petang.

“Sayang tu sayanglah, tapi aku teringat kata-kata arwah semasa hidup dulu.”
“Apa kata-kata arwah isteri kamu?” Tanya rakannya.

“Dia pesan, jangan nak kahwin lagi sebelum lalang lebih tinggi dari batu nisan. Inilah yang aku siram setiap hari biar lalang subur, cepat tinggi.”

Kang Razzi Armansur