Razzi Armansur

Alangkah banyaknya pesta di bulan Ramadan. Pesta Ibadat termasuk tak?

Setelah tertangguh 2 tahun, hari ini ‘Pesta Ramadan’ restart. Dalam 2 tahun pandemik dan PKP itu, sempat juga dilaksanakan, kecil-kecilan dan menyelit-nyelit.

Puasa tahun ini, restart balik sebab katanya dah ‘back to normal’. Betul kah sudah kembali seperti asal? Kematian masih lagi ratusan setiap minggu, jadi mana yang kata endemik tu? Ini keputusan nak ‘berjiwa rakyat’ saja dari PM yang blurrrr dan tak tahu apa-apa…

Inilah sebahagian senarai pesta yang akan dilaksanakan pada tahun ini setelah tertangguh 2 tahun:

1. Pesta Makanan: Ini wajib dibuat setiap tahun. Tahun ini lebih dahsyat sebab qada’ untuk 2 tahun.

2. Pesta Pembaziran: Beli untuk dibuang. ‘Bazir Ramadan’ buka seperti biasa. Harga lebih mahal sebab harga untuk bahan mentah melambung. Dalam masa yang sama menteri2 bengong di KPDNHEP hanya nganga saja dan tak tahu apa-apa. Walaupun mahal tetap juga membeli sebab tabiat semula jadi — membazir.

3. Pesta imam terawih import. Agak berkurangan dan tak berapa kedengaran. Tapi bagi masjid-masjid bengong dengan AJKnya yang juga kurang pendidikan, akan mengimportnya. Bukan free tapi dengan bayaran duit tabung. Dua soalan penting, “Kalau imam import kenapa? Pahala lebih ke?” Kedua, “Adakah imam kita pun di eksport? Terjadi tak import-eksport?”

4. Pesta Tiba-tiba Ramai Jadi Pemurah. Bagus sekali, tapi kenapa tunggu Ramadan saja nak jadi pemurah? Bulan lain? Ini seperti tidak ikhlas sebab mengharap balasan gandaan atau ‘mudahnya menjemput rezeki’, tunggu Ramadan baru nak jadi pemurah.

5. Pesta Tayangan Makanan. Dah makin berkurang. Dulu, Facebook penuh dengan tayangan makanan diiringi dengan status merendah diri. Perkataan ‘jer’ wajib ada. “Hari ini buka puasa di Hilton jer…”

6. Pesta Kutip Derma Untuk Bermewah-mewah di Masjid. Buka puasa di masjid ini 25 tahun dulu tak ada. Atau ada kecil-kecilan. Yang sebenarnya, bawa makanan dari rumah masing-masing dan makan sama-sama di masjid. Kini tak. Kutip derma untuk makan-makan di masjid. Ada ‘antara 2 darjat’ — Pengerusi dan AJK meja lain. Bangla dan rakyat marhaen meja lain. Masa ini juga Pengerusi dan AJK akan sentiasa kelihatan, tidak bagai hari-hari nan lalu.

7. Pesta Humban Makanan ke Masjid. Diramalkan pasaran Bazir Ramadan semakin lesu. Banyak tak habis? Bagaimana? Humban saja ke masjid atau surau berhampiran atas nama sedekah, katanya. Sedekan adalah peruntukan bukan lebihan.

8. Pesta Pusara Di Lebuhraya. Ini tertangguh dan digantikan dengan kematian kerana Covid-19. Nanti akan ada semula, pada hujung Ramadan. Puncanya? 1) Nak menayang kereta baru beli atau baru tukar ekzos boleh masuk ular sawa (2)Keriangan tanpa batasan (3) Tak sabar nak tengok kampung, padahal kampung itu tetap ada di situ, tak lari.

Jadi mana Pesta Ibadah? Hanya di mulut penceramah dan ‘Pakar Motivasi’ sahaja. Retorik, nak kasi nampak Islamik. Pelaksanaan? Zero.

Kang Razzi Armansur