Bagaimana menutupi keburukan

Posted by  Date 26 Apr 2008

Timbulkan kebaikan, itulah cara menutupi keburukan. Kalau tak ada kebaikan, reka kebaikan. Nampak baik lebih penting dari benar-benar baik, sekurang-kurangnya begitulah yang diamalkan, kebanyakannya sekarang.

Saya selalu meminta supaya memberikan 10 kebaikan PLKN kepada yang mengatakan PLKN itu banyak kebaikan. Kalau tak boleh 10, maka 5 pun mencukupi. Namun selalunya 5 pun tidak ada.

Perlukah PLKN itu? Kalau perlu, tolong senaraikan 10 keperluan PLKN? Begitu selalunya permintaan saya.

Baru-baru ini satu lagi kematian terjadi di dalam PLKN, akibat masalah paru-paru. Rasanya kematian yang ke 9 atau ke 10. Tak lama kemudian disiarkan interview kebaikan-kebaikan PLKN oleh peserta. Kalau benar-benar telus, mengapa tidak siarkan keburukan dan luahan peserta yang tidak suka. Hukum seimbang: kalau ada kebaikan, mestilah ada keburukan. Tak mungkin keburukan, kritik disiarkan.

Kemudian, terdengar, "Ramai yang memohon secara sukarela hendak menjadi pelatih PLKN." Betul begitu? Kalau betul, nampaknya kena diubah sistem kemasukan PLKN. Mulai sekarang jangan buat pemilihan random dan PAKSA seperti sekarang ini. Gunakan sistem sukarela. Hanya yang sukarela dan hendak sangat masuk PLKN saja memohon. Tak payah buat pemilihan lagi seperti sekarang ini sebaliknya kemasukan adalah berdasarkan sukarela.

Setuju?
Post Comment
Comment Rules*
All comments need to be approved by administrator
Title*
Message Icon*
Message*
url email imgsrc image php hide code quote
SAMPLE
alignleft aligncenter alignright bold italic underline linethrough   


 [more...]
Options*


Confirmation Code*
  The code is case-insensitive  Click the image for a new code. | Maximum attempts: 8
 

Mutiara Kata

Nak cari jalan pastikan destinasinya terlebih dahulu

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu