Surat pertama kalau Barisan Alternatif memerintah

Posted by  Date 18 Mar 2008

Kalau Barisan Alternatif (atau nama barunya, "Pakatan Rakyat") memerintah, saya akan mengutus surat pertama meminta dikaji semula PLKN atau lebih baik dihapuskan terus. Parti PAS sudah lama mendesak agak dihentikan atau secara lembutnya, "Dikaji semula" program PLKN.



Pewaris Armansur.com Berhad, Edika Armansur, bersama adiknya Ezika Armansur. Ke mana? Ke program yang tak ada faedah dan merosak...

BA akan memerintah? Khabar angin yang bertiup kencang begitulah. Lebih menguntungkan dalam suasana masih panas pilihan raya ini, khabar angin memang dipercayai. Banyak yang dulu hanya khabar angin kini menjadi kenyataan -- "Apabila seorang mendongak ke langit, kemudian sahabatnya mendongak sama, kemudian seorang lagi mendongak ke langit, tak lama kemudian hampir kesemua orang akan turut sama mendongak ke langit. Padahal orang yang pertama tadi mendongak kerana sakit leher."

Kepada jurulatih di situ saya bertanya: "Mana dia anak-anak menteri, timbalan, exco, ketua pemuda, ketua wanita, ketua bahagian... macam tak ada saja..." Jurulatih itu senyum-senyum dan bergumam, "Ada..."

Kalau nak buat khidmat negara, buat seperti Amerika dan Singapura. Bukan 3 bulan yang membazir, sebaliknya 2 tahun dan semua yang berumur 17 tahun wajib menyertai. Bukan pilihan random seperti sekarang ini. Untuk perkara yang paling simple sekali, diasingkan kem lelaki dan perempuan pun keberatan sangat.

Saya cuma ingin tahu kalau sesiapa boleh menyenaraikan kebaikan dari program yang membazir duit rakyat ini. Sampai sekarang saya tak dapat apa faedah yang diperoleh dari program ini. Saya meminta 20 kebaikan. Atau kalau tak boleh 20, bolehkah beri 10 kebaikan PLKN ini?
Post Comment
Comment Rules*
All comments need to be approved by administrator
Title*
Message Icon*
Message*
url email imgsrc image php hide code quote
SAMPLE
alignleft aligncenter alignright bold italic underline linethrough   


 [more...]
Options*


Confirmation Code*
  The code is case-insensitive  Click the image for a new code. | Maximum attempts: 8
 

Mutiara Kata

Kata-kata purba: 'Yang penting cara anda bercakap bukan apa yang dicakap' Salah! Kandungan cakap dan cara bercakap sama-sama penting

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu