Bakal terbit: Satu lagi buku MLM karya penulis baru
Posting pada:  29 Dec 2006 ( 1514 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya menerima e-mel berikut ini. Saya percaya dan yakin buku beliau yang akan diterbitkan oleh PTS tidak lama lagi akan menjadi buku yang laris. Ini kerana, salah satu syarat untuk menjadi buku laris dan evergreen ialah kajian mendalam. Buku tersebut mesti berasaskan kajian mendalam, bukan berasaskan syok sendiri dan reka-reka. Ingat, tulisan akan kekal berzaman, jadi, anggap saja tulisan kita adalah mewakili zaman. Suatu hari nanti, 50 tahun lagi, tulisan kita akan dibaca oleh generasi zaman itu.

Jadi, seandainya bukan fakta (bagi buku non-fiksyen), suatu hari nanti, bagaimana jika tembelang tulisan anda pecah -- ia bukan fakta sebaliknya hanya rekaan anda semata-mata? Cara mengatasinya? Hanya satu saja, tulis hanya fakta. Kalau pun anda menulis fiksyen -- seboleh-bolehnya hendaklah fakta sama seperti Da Vinci Code. Fakta yang dibuat fiksyen itu membuatkan buku itu menduduki carta Top 10 New York Times selama 2 tahun!

Pada zaman manusia makin bijak -- jangan sekali-kali menganggap pembaca bodoh. Jauh lebih baik dan sempurna jika kita menganggap pembaca lebih bijak dari kita. Bila kita anggap pembaca itu bodoh, kita saja pandai, maka tulisan kita akan diselang-selikan dengan penipuan, kelentong dan boasting diri sendiri, sama dengan tulisan Dr. Hang Tuah yang kini terbongkar sudah dan dipersenda-sendakan tahap Dr beliau. Teori "Penipu lebih rapat dengan penipu" ada benarnya. Jika penulisnya kaki tipu, bagaimana dengan pembacanya? Dengan adanya panggilan untuk mendaftar di LAN, mulai hari ini dengan mudah kita boleh menyemak kesahihan Dr. seseorang.

Manusia makin bijak -- jadi, mudah saja -- anggap pembaca buku kita bijak belaka, tak ada yang bodoh. Dengan cara itu kita bersungguh-sungguh untuk memberikan fakta dan sangat takut untuk main agak-agak apatah lagi menipu, boasting, kelentong. Contoh boasting, "Semasa saya di restoran di tepi sungai di Washington..." Sekarang lihat sendiri di mana boasting dan kelentongnya? Restoran di tepi sungai di Washington? Apa nama restorannya? Apa nama sungainya? Washington sebelah mana? Walaupun mungkin betul, sukar untuk dipercayai kerana bukan fakta. Bagi orang yang bijak, ia adalah kelentong dan boasting semata-mata. Bukankah lebih selamat jika menyebut restoran yang pernah dikunjungi. Contoh, "Semasa saya berada di Restoran Puteri yang terletak di pinggir Sungai Pencala... bla, bla, bla... Di dalam restoran yang khabarnya milik Habsah Hassan ini saya...." Bukankah itu lebih selamat?

Buku yang akan diterbitkan oleh PTS, dijangka pada bulan Jun 2007 ini, telah melalui kajian. Saya sangat gembira sekali kerana ada satu lagi penulis yang menulis tentang MLM selepas Cikgu Rozani. Nilai pasaran MLM adalah lebih dari RM2 billion, jadi, pasaran untuk buku MLM juga terlalu luas! Apa yang menguntungkan -- PTS kini dijadikan benchmark. Maksudnya -- jika buku tersebut telah diterbitkan oleh PTS maka ia telah dicop sebagai buku yang berkualiti dan telah melalui saringan yang dahsyat sebelum diterbitkan.

Bahkan, semakin dipastikan, kalau buku pernah diterbitkan oleh PTS, tak ada masalah untuk diterbitkan oleh penerbit lain.

E-mel berikut disiarkan dengan izin sebagai promosi awal untuk buku tersebut:

Quote:

From: norziati
To: kangrazzi@walasri.com
Subject: Tiga pertanyaan

Salam.
Izinkan saya bertanya beberapa soalan kepada Kang dan saya amat berbesar hati andai Kang sudi menjawab petanyaan saya ini. Saya adalah antara ribuan pembaca laman web atau blog Kang di Armansur.com serta sedang meniti perguruan maya bersama Sifu Pn Ainon Mohd.

Secara tidak langsung saya mengenal Kang sebagai orang yang ada kena mengena dengan MLM kerana saya turut terlibat dalam bidang ini. Awalnya saya mengusahakannya kemudian bekerja disebuah stokis milik seorang yang digelar Jutawan MLM.

Saya telah menyiapkan sebuah manuskrip berjudul "Rahsia Besar Buat Duit Dalam MLM" tajuk yang diperhalusi oleh Anuar yang akan meninggalkan PTS hujung bulan ini. Manuskrip ini masih dalam peringkat penyuntingan.

Namun saya tahu Kang adalah satu ikon dalam bidang MLM. Telah diketahui oleh semua, kalau boleh semua orang MLM. Bos saya sendiri kadangkala membelek buku Kang yang lama. Mungkin mencari idea. Apabila saya beritahu PTS menerbitkan semula buku Kang dia mencebirkan bibir. Apa yang dia tidak setuju tidak saya tahu.

Setelah membaca dan meneliti satu persatu tulisan Kang ada beberapa perkara yang mendatangkan kemusykilan kepada saya:

1. Penulisan memerlukan kepada kajian; memang setiap kajian akan menghasilkan sesuatu yang bermutu dan benar-benar fakta yang sah dan mempunyai bukti yang sah. Manuskrip pertama yang saya buat itu berdasarkan kepada pengalaman saya bercampur dengan orang MLM mendengar, pasang telinga, melakukan, melihat yang gagal dan memandang yang berjaya. Boleh dikatakan terlibat sepenuhnya. Lantas saya mencoretkan pengalaman itu dengan hasrat untuk dikongsikan dengan semua. Soalan saya: Pada pendapat Kang, apakah pengalaman itu boleh dianggap sebagai satu kajian bagi menghasilkan sesuatu karya?

2. Saya membaca beberapa buah buku tentang keusahawanan dan saya dapati ada beberapa idea yang menarik minat untuk saya mengembangkannya menjadi sebuah buku artikel yang menarik. Soalan saya: Apakah dengan pembacaan ini cukup untuk saya menghasilkan sesuatu

3. PTS banyak membuka peluang untuk menulis dan menerbitkan buku. Soalah saya: Jika saya ingin menulis tentang sesutau perkara, apakah memadai dengan saya mengambil artikel yang saya simpan melalui keratan akhbar mahupun majalah menjadikannya seolah-olah satu koleksi? Sebagai contoh: jika saya ingin menulis tentang Tip Bersahabat Buat Wanita Muslimah Moden, apakah memadai dengan saya mengumpulkan tips berdasarkan keratan akhbar atau artikel yang saya jumpa? Apakah itu memadai?

Saya amat berharap agar Kang dapat meluangkan masa menjawab kemusykilan ini. Saya mahu menghasilkan beberapa siri penulisan lagi, tetapi saya tidak mahu dianggap sebagai penulis tong kosong yang menulis berdasarkan apa yang ditemui dan dibaca bukan kepada kajian dan pengalaman. Untuk pengetahuan Kang saya memang minat menulis. Namun saya menulis bukan kerana nama.

Wassalam

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kalau wang kecil tak keluar, wang besar takkan masuk

» Peribahasa Tionghua «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu