Aku dipuisikan? Peliknya
Posting pada:  05 Dec 2006 ( 1019 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Siapa agaknya Moon Chong ini? Adakah saya mengenalinya? Kan ramai lagi yang lain, mengapa Razzi Armansur pula yang dipilih untuk dijadikan bahan puisi? Saya memang tak minat puisi, sajak sebab itulah tak faham apa sebenarnya maksud sajak ini. Sajak dengan puisi itu samakah? Tajuknya pun samar. Tiram tu apa? Oyster? Yang dibuat sos tiram ke? Tiram boleh mengidam? Macam mana yang dikatakan terlupa mengidam? Adakah ini sajak khas untuk suatu event? Saya tak ada jawapan:

Quote:

JIKA TIRAM TERLUPA MENGIDAM

Mungkin khabar luar biasa ini
serasa masam pada serigala menghidap gout
serasa masin pada mawas berdarah tinggi
serasa manis pada anai-anai berdiabetis
serasa pahit pada lebah-lebah khianat yang mencuri rasa jeli raja

Bukit Jalil bergema sorak
ritma tepukan semut-semut gigih
mengalu-alukan kemunculan rakan tualan
berjaya jejak ke puncak kejayaan

Pasti Professor Di Raja tumpang gembira
Halangan utama jaya dilangkahi
mengiakan teori pemakanannya
Sihat minda, sihat upaya

Datuk Seri pun tersenyum suka
Kejayaan mereka terpalit kelibatnya jua
Pemberi ruang, pemanafaat peluang
Boleh seorang, boleh seribu-dua
(Jikalah semudah itu ...)

Yang berdebar pasti Razzi Armansur
Kena menyelam lautan mengintai tiram
Kalut jika tiram terlupa mengidam
Terpaksa mempratikkan motivasi diri
serasa bebatu munafik tersusun tinggi

Di Bumi Mimpi-Mimpi Camelia yang manis
Bercatitkah peristiwa di almanak rasmi?
Adakah yang sudi
Adakah yang mengerti
Adakah yang menghargai ...


Copyright (c) Moon Chong, Bukit Jalil, 31/08/2003

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kata-kata purba: 'Yang penting cara anda bercakap bukan apa yang dicakap' Salah! Kandungan cakap dan cara bercakap sama-sama penting

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu