Biarlah kerja di Pizza Hut
Posting pada:  11 Nov 2006 ( 1558 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Suatu malam, duduk bersembang dengan beberapa ahli kumpulan Rocks terkenal di NAR Record sambil membincangkan berbagai isu. Sebab itulah saya mengakui Rockers, walau zahirnya nampak "tak boleh pakai", hakikat sebenarnya mereka bijaksana, saling bekerjasama, bantu-membantu sesama mereka.

Cuba bandingkan dengan segelintir kumpulan nasyid (bukan INTEAM dan RABBANI) -- kelentong, jatuh menjatuhkan, dengki, irihati. Umpat mengumpat mainan harian. Tak percaya? Tanyalah kumpulan nasyid.

Suatu malam saya terjumpa pengurus kumpulan nasyid yang telah menopause itu dan saya katakan, "Saya akan terus membenteras Dr. Ayam..." Dia menjawab, "Bukan dapat duit pun..." Saya menjawab kembali, "Duit?" Lihatlah, fokus kumpulan nasyid tersebut hanya duit sahaja sampaikan ia sentiasa terpacul di mulut.

Semasa duduk bersembang atau berbincang dengan beberapa rockers itu, seingat saya ialah sistem pendidikan Malaysia yang berasaskan peperiksaan. Kiranya perbincangan yang berat. Memang sejak, saya tak ingat sejak siapa, pendidikan di Malaysia berasaskan peperiksaan. Saya tambah, "...dan publisiti untuk menterinya." Misalnya point diturunkan supaya ramai yang lulus peperiksaan. Jadi, ia publisiti besar untuk menteri. Harapannya orang akan berkata, "Zaman sipolan menjadi menteri pelajaran, ramai yang lulus peperiksaan, budak-budak jadi pandai, sebab sipolan pandai membuat sistem." Hakikatnya? Budak-budak jadi belon -- boleh naik ke udara tapi dalamnya kosong. Belon yang menjadi mangsa publisiti.

Jadi, kata Musa, pemain bass kumpulan Exists, "Mereka nak anak-anak, adik-adik kita kerja kat Pizza Hut, KFC, McDonald..." Maksudnya, sistem pendidikan kita sekarang ini bukan membekalkan ilmu kepada pelajar sebaliknya hanya supaya lulus peperiksaan dan bergelar siswa universiti atau "siswa belon" -- gelarannya siswa tapi isinya kosong, belajar bukan mengejar ilmu tetapi mengejar sijil. Kerana tidak berilmu, bila keluar mencari kerja tentu diutamakan mereka yang berilmu. Siapa? Selalunya dari kaum Cina yang belajar di kolej-kolej besar seperti KDU -- ibu bapa sanggup mengeluarkan belanja puluhan ribu untuk mendapatkan ilmu.

Lagipun, sudah branding sejak dulu lagi -- Cina pandai -- belajar di Kolej atau Universiti untuk mendapatkan ilmu. Bila keluar mencari pekerjaan -- mereka diutamakan. Jadi anak-anak Melayu yang sebahagiannya mencari sijil dan sebahagian lagi mencari ilmu, tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi. Mengapa? Kerana sudah branding -- anak-anak Melayu masuk universiti bukan hendak mencari ilmu tetapi mencari sijil. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang masuk universiti kerana mengejar ilmu bukan sijil.

Persamaannya? Yang tak homoseks pun dihancurkan oleh Jibrail a.s, atas perintah Allah SWT di Jordan, zaman Nabi Luth. Sekaligus -- homoseks tak homoseks dapat bahana. Tak ada pilih-pilih. Kita hanya mengulang sejarah yang sama setiap hari.

Sebab itu hampir perkara biasa kini graduan bekerja di Pizza Hut, KFC, McDonald. Lawaknya pula, "Kalau semua jadi pegawai siapa pulak nak kerja kuli?" Soalnya, bahagian kuli mengapa jatuh kepada orang Melayu bangsaku? Oh Malaysia tanah airku.

Sampai suatu peringkat nanti, kita yakin akan ada pelajar Melayu tidak lagi pandai mengira 1, 2, 3... Percayalah. Ini diasaskan dari keadaan sekarang di mana guru yang mengajar subjek tersebut pun sedang menggelabah dalam bahasa tersebut. Kalau gurunya pun tak tahu dan mahir berbahasa Inggeris, apatah lagi muridnya.

Jangan sebut luar bandar. Dalam bandar, di bandaraya seperti KL dan PJ ini pun keputusannya teruk!

Dua manusia teratas di Malaysia, PM dan TPM tutup sebelah mata saja dengan isu ini. Paklah kata dengan nada (entah nada apa), "Akan diteruskan subjek Matematik dan Sains."

Itulah ramai yang kata Mahathir merosak (sila lihat kartun Zunar di Malaysiakini.com untuk mendapatkan gambaran), Paklah merosakkan lagi apa yang telah rosak. Dalam isu peperangan antara Mahathir vs Paklah, bukankah ini masa yang terbaik untuk memulihkan keadaan -- maksudnya dipulihkan semula -- dari bahasa Melayu, tukar kepada bahasa Inggeris tukar balik kepada Bahasa Melayu.

Kalau betul Paklah membawa imej Islam sekarang masanya nak tutup pusat perjudian, tutup kilang arak -- suruh mereka pindah ke negara kafir, tutup tempat-tempat maksiat, tutup kilang rokok.

Kemudian, TPM dengan selamba dia berkata, "Kita tak mahu jadi jaguh kampungan...bla,bla,bla..." Maksudnya, bahasa Melayu adalah bahasa kemunduran dan tak boleh dibawa ke antarabangsa -- sebaliknya bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan bahasa kemajuan. Pandai atau bodoh? Main agak-agak atau buat kajian terlebih dahulu?

Boleh buktikan bahasa Inggeris bahasa kemajuan? Tak payah jauh, kita lihat Asia Tenggara dan Asia dulu. Kita lihat Malaysia ini dulu yang mengagungkan bahasa Inggeris -- maju ke mundur? Maju diukur dari segi apa? Kemudian bandingkan dengan jiran terdekat -- Thailand yang mana di Thailand hendak mencari orang berbahasa Inggeris seperti mencari pokok sena di bandaraya.

Jadi, kalau begitu, Korea, Jepun, Taiwan dan beberapa negara Eropah seperti German, Peranchis, Belanda, Denmark, Sweden, Norway, Austria, Switzerland, Belgium, Itali adalah jaguh kampungan kerana negara tersebut enggan menggunakan bahasa Inggeris.

Kalau ada jaguh kampungan siapa pula yang layak menerima "Jaguh Cakap-cakap"?

Maka setiap orang ada peranan masing-masing untuk mengembalikan bahasa Melayu ke dalam mata pelajaran Sains dan Matematik melainkan mereka yang menjalani kehidupan seperti ayam, monyet atau kambing, "Ala.... biarlah, asalkan kita boleh makan, kerja..."

Berikut ini tulisan dan komen yang diambil dari UNIVERSITI PTS oleh Puan Ainon Mohd. Beliau dan suaminya Prof Abdullah Hassan (Prof Emiritus -- kekal boleh dibawa ke mana-mana) adalah pejuang bahasa Melayu dan membentangkan ucapan di Kongres Bahasa ke-VII:

Quote:

Sains & Matematik: Desas-desus Duit

November 10th, 2006

Mula-mula kerajaan berjanji akan mengkaji dan menilai prestasi penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran S&M pada tahun 2008.

Belum pun penilaian itu dijalankan, menteri berkata Malaysia akan mencontohi Brunei, yang mengajar S&M sekolah rendah dalam Bahasa Melayu, lalu ditukar kepada bahasa Inggeris di sekolah menengah.

Mengapa Brunei? Mengapa bukan German, Peranchis, Belanda, Denmark, Sweden, Norway, Austria, Switzerland, Belgium, Itali, Sepanyol, China, Jepun, Korea, Taiwan?

Pagi ini, Perdana Menteri pula membuat pengumuman S&M akan kekal diajar menggunakan bahasa Inggeris.

Yang peliknya, apabila dibantah oleh pejuang-pejuang bahasa Cina, Kementerian Pelajaran mengalah, lalu membenarkan sekolah-sekolah Cina mengajar S&M dalam bahasa Cina (dan dalam bahasa Inggeris dalam sesi kelas tambahan waktu petang sahaja).

Sekolah Melayu tak boleh! Mesti ajar dalam bahasa Inggeris sahaja!

Bukan setakat itu, atas bantahan pejuang-pejuang bahasa Cina, Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan surat rasmi membenarkan buku S&M untuk sekolah-sekolah Cina ditulis dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Buku untuk sekolah Melayu mesti dalam bahasa Inggeris sahaja!

Ada desas-desus yang mengatakan alasan sebenar mengapa kerajaan sanggup tutup mata kepada fakta bahawa tiap-tiap tahun lebih 200 ribu pelajar mendapat markah D & E?.. adalah ia melibatkan isu kontrak supply buku Inggeris yang berjuta-juta nilainya. Entah betul, entah tidak.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Saya tak mahu ia terus kekal sebagai impian sahaja

» Tony Fernandez «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu