Lemang 'miming' kelentong Mat Indon
Posting pada:  27 Oct 2006 ( 1280 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Indon mengeksport segala-galanya ke Malaysia kerana orang di Malaysia yang galak sangat mengimport segala rupa dari Indon. Isu pendatang haram Indon sudah berlarutan sejak tahun 70'an. Menteri bertukar, akta tinggal akta, publisiti tinggal publisiti, makin berduyun-duyun mereka ke Malaysia. Menteri terus mencari publisiti.

Yang lebih menyakitkan hati, ada pula yang tukang demand. Dulu mereka meminta supaya jangan dipanggil "Pendatang haram" lalu kita dengan lemah lembutnya menukar kepada PATI (pendatang asing tanpa izin). Itu akal Menteri kita. Adakah itu terjemahan yang tepat untuk "Illegal Immigrant"? Kemudian baru-baru ini sekali lagi ada yang meminta supaya jangan memanggil Indon. Itulah dia, istilah-istilah saja yang diutamakan untuk menaglihkan perhatian mengenai jerebu. Mengapa kita tidak meminta supaya Indon mengadakan sekatan besar-besaran supaya tidak memasuki Malaysia? Kat Malaysia bukan ada kerja pun.

Tak lama lagi perdana menteri Bangladesh akan meminta supaya jangan memanggil Bangla atau Mat Bangla. Selepas itu perdana menteri Britain meminta supaya jangan memanggil "Mat Salleh" -- tak ada makna.

Bila sebut saja Indon, apa yang terpancar di kepala anda? Yang terpancar itulah 'branding'. Alkisahnya di Taman Tun Dr. Ismail, di depan Balai Bomba, di tepi jalan besar nak ke Damansara dan One Utama, ada kawasan tanah lapang. Asal mulanya seoorang Indon menjual lemang di situ, sehari sebelum Hari Raya. Tak lama kemudian berduyun-duyun, berpuluh-puluh Indon menjual lemang tipu, lemang 'miming'. Sikap mereka sama seperti yang diamalkan oleh peniaga gerai yang menjual makanan di Puduraya -- "Peduli apa, mereka makan sekali saja di sini. Bukan ada pelanggan tetap." Lemang tipu atau lemang 'miming' memang sesuai benar dengan 'branding' Indon yang terpancar di kepala anda tadi. Lemang itu direbus dulu di rumah, kemudian di Taman Tun di buatnya api, dan disusunnya lemang, kononnya dibakar di situ. Pandai tak mereka menipu?

Isttilah 'miming' ini saya perolehi dari kumpulan Hijas dulu. Penasyid sekadar kumat-kamit saja mengikut lagu dari CD. Pengurus biasanya akan mengarahkan, "Kamu kena buat M tak boleh L". L itu maknanya 'Live'. Soalan yang kerap kedengaran, "L ke M?"

Ia diadaptasikan kepada lemang oleh Indon. Rebus dirumah kemudian miming konon sebagai lemang bakar. Hendak mengenal lemang ori, yakni lemang bakar sangat mudah: Buluhnya mesti kotor. Kalau bersih saja, sahlah ia lemang miming. Kemudian jenguk ke dalam buluh, bahagian atas lemang mesti kotor, hangus. Kalau bersih saja, sahlah bukan lemang Live. Tengok sekali lagi, kalau penuh, sahlah ia lemang tipu, sebab lemang bakar akan mendak kerana semasa proses membakar, lemang sentiasa dihentak-hentak untuk memadatkan.

Membakar lemang bukan kerja mudah. Api mesti terkawal, mengambil masa 3 -- 4 jam. Akhirnya, kalau dibelah, kelihatan lemang itu begitu sempurna dan seperti rata saja masaknya, sah, anda sudah kena tipu dengan Mat Indon. Kenapa mereka menipu? Sangat mudah: kerana kita rakyat Malaysia mudah ditipu dan rela ditipu.

Selesai kisah lemang. Sekali kena tipu perkara biasa, dua kali masih boleh dimaafkan tetapi kalau 3 kali kena tipu itulah namanya bahlul. Benar atau tidak kata pepatah India, "Kalau seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu." Itulah hakikatnya.

-----------------

Dengar-dengar sejak dulu lagi konon gegak-gempitanya, kalau nak beli harga lantai, murah-murah lelong taik kucing, pergilah ke Masjid India malam Raya. Maka terpedaya akan ia, bukan tujuan hamba hendak membeli sebaliknya hendak mengesahkan akan kebenaran ia, bersama anak bongsu, Ezika Armansur (yang sentiasa mengekor abahnya), buat pertama kali dalam sejarah, keluar ke Masid India, pada malam Raya.

Detak hati yang sentiasa prejudis memang tepat. Bohong semata-mata! Tak ada yang murah bahkan LEBIH MAHAL! Kalau seseorang kena tipu, yang bersalah ialah yang tertipu. Siapa suruh percaya? Suatu masa dulu memang kuih raya yang dah masuk angin, dah reject dijual murah oleh hanya seorang saja. Itulah yang dijadikan modal dan branding -- kalau nak beli murah-murah dan lelong di Madjid India, malam Raya. Kita pun terfikir, "Betul juga tu, esok dah raya, jualan mereka mesti dihabiskan, mesti jual murah-murah, kalau tak, siapa nak beli lagi. Dari rugi, baik jual murah-murah." Kerana mengiyakan begitu, kita tertipu, sedangkan hakikatnya: kuih raya mereka beli secara consignment, boleh dipulangkan kepada pengeluar.

Kalau tak boleh, sekarang ini tak perlu menunggu hari raya pun dah boleh jual kuih raya dan bahulu, setiap hari. Pakaian tak busuk, boleh disimpan sampai tahun depan. Songkok tak mengecut, tahun depan boleh dujual semula. Yang dijual dulu, sekali, kuih 2 atau 3 bekas dengan harga RM10 adalah kuih yang sudah rosak atau masuk angin. Yang menjual melaung-laung macam ayam lepas bertelur sebahagiannya orang Malaysia dan sebahagian lagi loghat yang pelik. Kena tipu dengan Mat Indon lagi.

Tak payahlah menyusahkan diri nak ke Masjid India Kuala Lumpur kalau nak beli murah. Tak ada yang murah. Yang ada hanya kelentong. Hanya sekali dulu ada kuih rosak dijual murah, menyebabkan orang berduyun-duyun nak mencari yang murah kononnya. Oleh kerana orang sudah berduyun datang, apa lagi, naikkan saja harga -- mana sempat nak membanding-bandingkan, lagipun sepanjang jalan sudah kena pukau, "Murah, murah, murah, murah, lelong, lelong, lelong, marey, marey (mari-mari tapi disebut dalam loghat Indon).' Jadi, pemikiran telah diset, malam itu semuanya murah.

Jadi, kalau tak nak menyusahkan diri, harga memang lebih murah di Giant, Tesco berbanding di Jalan Masjid India. Kalau tersilap beli atau terbeli kuih yang masuk angin boleh dipulangkan semula. Kalau beli di Jalan Masjid India, dahlah lebih mahal, nak dipulangkan pada siapa? Resit pun tak ada.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Nasi kalau tak disuap takkan boleh masuk sendiri ke dalam mulut

» Si Tanggang «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu