Seronoknya bertemu Ustaz Rock
Posting pada:  25 Sep 2006 ( 1254 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam, sesudah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya saya bertemu dengan Ustaz Akhil Hayy -- penceramah / public speaker / ilmuan yang saya minati. Begitu banyak VCD beliau yang saya tonton berulang-ulang kali kerana keinginan saya untuk berceramah dengan lancar dan berisi seperti beliau. Selain Dato Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Akhil Hayy tersenarai dalam idola penceramah yang saya minati.

ertemuan semalam adalah melanjutkan projek yang dirancang oleh Inteam Records. Apa projeknya adalah rahsia tetapi ada kaitan dengan inspirasi. Akhil Hayy adalah di bawah naungan Inteam Records untuk beberapa album dan lain-lain. Akhil Hayy memberitahu, beliau solat istikharah sebelum bernaung di bawah Inteam Records Sdn Bhd. Sebelum ini ada beberapa tawaran yang mengajak beliau menjadi artis rakaman sama ada nasyid, ceramah atau inspirasi. Saya agak terkejut bila Hijas pun turut sama berebut hendak mengambil beliau. Rupanya kebusukan sesuatu yang telah busuk tak payah nak dihebohkan. Betapa buruknya imej yang telah buruk. Jadi, semestinya kita jangan sekali-kali suka cantas-mencantas, kelentong, cakap besar kerana suatu hari nanti, terjadilah pembalasan.

Saya memuji Akhil Hayy kerana memilih Inteam. Inteam bukan didikan Arqam. Inteam berpendidikan universiti. Akhlak mereka tinggi sebab bukan dididik oleh Abuaya yang kabarnya telah bertemu Allah SWT dan boleh berunding dengan Allah untuk mencabut nyawa seseorang. Kalau keruh di hulu, takkan jernih di hilir. Takkan berakhlak mulia kalau dididik oleh penipu.

Tempoh hari sembang-sembang dengan Hazamin Inteam di bawah rumahnya (dalam Jusco di bawah pangsapuri), khabarnya dia sudah pun menyediakan wang royalti untuk Akhil Hayy berserta bonus Hari Raya. Bagi saya itu contoh akhlak mulia di mana secara kontras, Hijas sudah terhutang puluhan ribu duit persembahan dan royalti kepada Inteam. Dalam Islam, hutang adalah batu beban yang amat berat. Jika ada wang ia mesti diselesaikan dulu.

Kalau rajin belajar bisnes dari Cina misalnya -- kena pastikan bisnes kita ini. Adakah ini bisnes runcit? Kalau bisnes runcit macam MPH, Borders, Jusco, Tesco, Gergasi, memanglah perlu hias cantik-cantik untuk kelihatan selesa dan menarik orang ramai. Kalau bisnes 'advertising agency' pun perlu hias cantik-cantik, nak meyakin orang. Kalau bisnes 'Jualan Langsung' lagilah nak hias secantik mungkin untuk menarik 'Leader-Leader Katak'.

Kalau anda ke PTS yang salesnya kini mencecah 5 -- 6 juta setahun, anda akan melihat gaya bisnes Cina. Tak ada signboard dan meja bertemu meja sebab nak menjadikan setiap inci optimum, sebab setiap inci berbayar. Antah Holding tak ada bangunan sendiri dan menyewa hanya satu ruang kecil. Cosway ada Wisma sendiri tetapi disewakan. Ia hanya mengambil satu lot kecil untuk pengurusan bisnes RM400 -- RM600 juta setahun.

Banyaklah yang dirancang bersama Hazamin untuk rebranding bahawa Islam memang pandai berniaga. Inteam Records sedang rebranding sebagai badan bisnes yang mengamalkan ajaran Islam. Nasyid kekal ada tetapi pecahannya pun ada. Namun tak lari dari ruang bisnes dan Islamik.

Sedang berusaha supaya Inteam rebranding sebagai bisnes Islamik. Inteam mengamalkan amalan murah rezeki -- hak orang didahulukan. Hutang diselesaikan segera. Sebab itulah di masa kumpulan nasyid lain ketandusan undangan, Inteam kekal dengan banyaknya undangan yang diterima. Dalam kegersangan industri muzik, lebih-lebih lagi nasyid, album terbitan Inteam -- "Tiada Lagi Kasih" melonjak jualannya. Album terbitan mereka, "Nasyid Legenda" meletup dan terus meletup. Begitu juga yang baru album "Adikku Sayang" yang tidak diduga sudah meletup.

Sepetang bersama Ustaz Rock -- begitu gelaran Ustaz Akhil Hayy banyak membincangkan tentang kekayaan yang Allah SWT kurniakan untuk sekelian manusia, namun kita manusia merungut setiap hari seperti tak cukup kekayaan yang Allah SWT kurniakan sejak dari lahir. Bahkan ramai yang tak tahu betapa kayanya kita ini. Juga ramai yang tidak menyedari sesuatu anugerah Allah SWT itu jika tidak dihargai akan ditarik balik.

Sekarang pastikan, berapa orangkah yang memanfaatkan dan mempergunakan kekayaan Allah SWT sekarang sebelum ditarik balik. "Kaya Sebelum Miskin." Itulah istilah paling tepat. Dalam masa yang sama Akhil Hayy membentangkan, kekayaan semula jadi yang Allah kurniakan hendaklah digunakan untuk mencapai kekayaan di muka bumi ini kerana tidak ada halangan kita mencari kekayaan di muka bumi ini asalkan ia dari sumber yang halal, cara yang halal. Ia mesti berguna untuk manusia lain. Dan yang penting sekali, ia hendaklah dijadikan JAMBATAN untuk menghubungkan kekayaan di akhirat. Lebih baik papa kedana kalau kekayaan itu menjerumuskan ke dalam neraka. Dan lebih baik kaya raya kalau kekayaan itu memudahkan jalan ke syurga.

Jangan kata miskin akan masuk syurga, kaya masuk neraka. Siapa punya idea? Siapa punya branding begitu supaya Islam ini nampak daif dan miskin supaya boleh dipijak-pijak? Siapa yang kata kaya akan masuk neraka? Dan secara kontrasnya, miskin akan masuk syurga? Setahu saya yang berlagak, meninggalkan solat (kerana miskin, mencari wang sepanjang masa) adalah orang miskin. Orang kaya pun ada begitu. Jadi kaya atau miskin bukan penentu masuk syurga neraka.

Juga diperbincangkan semalam adalah mengenai branding oleh kafir laknatullah -- bahawa Islam itu mesti miskin. Bahawa Islam itu mesti dibayar murah. Islam itu mestilah nilainya lebih rendah dari artis. Ceramah ustaz dibayar lebih kurang, ikhlas, fisabilillah. Artis boleh demand dan Ustaz yang berceramah tak boleh demand. Planet Mazmumah mesti mengatasi Planet Mahmudah. Telah terjadi di depan mata. Penghujungnya, ke arah mana yang di bawa? Takkan ceramah ustaz (yang betul) mengajak masuk neraka? Pernahkah artis yang terkenal dengan kelentong mengajak masuk ke syurga? Pernah? Sudahlah mengajak ke arah mazmumah dibayar tinggi. Wow!

Sebagai contoh kata Akhil Hayy ialah Akademi Nasyid dan Akademi Fantasia(l). Promo untuk akademi Fantasia(l) setiap 5 minit. Promo Akademi Nasyid hampir tidak ada langsung. Contoh lain kata Ustaz Akhil Hayy -- persembahan Planet Mazmumah gemerlapan dengan sound system yang puluhan ribu tetapi persembahan Planet Mahmudah hanya menggunakan suond system masjid. Kalau anda remaja, ke mana anda akan lebih tertarik? "Kalau aku tak terlibat dalam ceramah, aku pun nak pergi sama tengok artis tu..." Kata Akhil Hayy berlawak dan gelak-gelak. Jadi, gagal atau berjaya nak tarik remaja dan orang tua menjadi Rakan Masjid? Gagal atau berjaya usaha untuk mendidik dan menjadikan remaja sebagai modal insan?

Lagi satu, mengapa mesti Islam dibrandingkan sebagai daif, miskin, sengsara? Siapa punya angkara? Kenapa ustaz dipandang serong kalau memandu Mercedes, Porsche Carrera 911, duduk di Country Height? Kenapa Ustaz lebih manis dipandang sengsara, miskin, daif, derita? Siapa punya angkara? Yang saya maksudkan ialah Ustaz sebenar, Ustaz yang menyeru kebaikan dan bukannya yang mengejar duit. Ulama bukan ular dalam semak. Itulah yang akan dibincangkan dalam projek baru saya dengan Akhil Hayy dan Inteam. Masih rahsia sebab ada puak-puak yang sentiasa mengendap Inteam dan mencantasnya. Anda kenal yang mana satu puak tersebut.

Projek ini akan menjadi realiti InsyaAllah pada pertengahan puasa 2006 ini. Doakan saya mempunyai kekuatan untuk mengusahakan "Kaya Sebelum Miskin." Doakan saya. Doa anda sangat saya perlukan.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Di mana ada manusia, di situ ada peluang

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu