Itu bukan Inggeris; itu rojak mamak
Posting pada:  26 Aug 2006 ( 1064 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Di mana-mana, di bumi Malaysia negaraku tercinta, anda akan mendengar sesuatu yang menjijikkan seperti di Filipina -- bahasa Inggeris rojak, campur aduk dengan bahasa Melayu. Nak kata bahasa Inggeris bukan, nak kata Bahasa Melayu pun bukan.... Kenapa tak ada yang, "Saya rasa terpanggil untuk..." bila bahasa sendiri dicemar dan suatu hari nanti akan lenyap? Konon elit. Itulah masalah utama. Kerana mengaitkan bahasa Inggeris dengan elitlah ramai yang mula enggan berbahasa Melayu.

Lihat sajalah drama TV -- kalau tak bercampur aduk dengan bahasa Inggeris tak sah. Kalau tak pakai kot tengahari buta kat tengah panas tak sah! Cubalah berjalan di Petaling Street atau di Bukit Bintang -- ada tak usahawan atau manusia yang berjalan di tengah panas memakai kot? Siapa yang diperbodohkan? Kita inilah penonton yang diperbodohkan. Siapa yang mengaitkan bahasa Inggeris dengan elit dan kemajuan dialah yang paling tolol! Nyatakan pada saya sekarang di mana negara maju di Asia ini yang maju bila rakyatnya fasih bertutur bahasa Inggeris atau bahasa rojak? Satu-satunya negara yang mengutamakan Inggeris rojak di Asia ialah Filipina dan ia merupakan negara termiskin dan termundur. Negara maju seperti Jepun, Korea, Thailand tidak pernah mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka kekal bangga dengan bahasa mereka. Hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun, mesti belajar bahasa Jepun terlebih dahulu, bukan bahasa Inggeris.

Di dunia? Hanya Amerika, England, Australia sahaja yang berbangga dengan bahasa Inggeris. Negara lain tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris kerana berbangga dengan bahasa ibunda masing-masing. Tengok saja semasa Piala Dunia 2006 -- mana ada pemain-pemain terkenal atau coach yang bertutur bahasa Inggeris bila diinterviu? Bagaimana dengan negaraku Malaysia yang kehilangan identiti ini? Makin pelik kerana makin ramai meninggalkan bahasa Melayu dan bertutur dalam bahasa Inggeris rojak. Nahu (grammar) yang berterabur lebih kurang sama macam itek bercakap bahasa ayam. Menjijikkan macam taik! Yang peliknya, yang bertutur itu tak sedar terlalu banyak kesilapan bahasa tetapi berbangga konon bertutur bahasa elit. Tak percaya? Pergilah ke Bangsar (kawasan tertinggi tadahan arak yang dikunjungi oleh Melayu yang perasan dirinya elit) dan Bukit Bintang.

Kesimpulannya bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan elit dan kemajuan. Siapa yang mengaitkannya -- dialah yang diperbodohkan. Di sini saya paste satu tulisan, tak tahu siapa menulisnya tetapi amat bagus untuk dibaca. Dia tak perlu memulakan dengan, "saya rasa terpanggil untuk..." tetapi apa yang ditulis adalah tepat dan fakta! Nilai sendiri di mana kedudukan bahasa Melayu. Mana perginya bunyi-bunyi selama ini ? "Memartabatkan Bahasa Melayu" kalau bukan hanya untuk publisiti sahaja?

Quote:

PENGAKUAN Sharifah Amani bahawa dia tidak fasih berbahasa Melayu langsung tidak memeranjatkan kerana di kalangan orang Melayu sekarang memang sudah wujud satu generasi yang memang sudah tidak pedulikan bahasa ibunda mereka lagi. Ini berlaku kerana generasi ibu bapa mereka sendiri sudah meninggalkan bahasa Melayu disebabkan bahasa Inggeris memberikan rezeki mewah kepada mereka.

Di rumah, memang seluruh isi keluarga bercakap Inggeris. Tengoklah di TV kebanyakan tokoh korporat Melayu lebih gemar berbahasa Inggeris walhal perniagaannya bukanlah hebat sangat. Malangnya kalau ditanya kepada pakar nahu bahasa Inggeris, ayat yang digunakan oleh Sharifah Amani itu ??I sound like stupid if I speak in Malay?? bukanlah bahasa Inggeris yang betul. Ia hanyalah bahasa Inggeris ?hip-hop? yang selalu digunakan oleh anak-anak muda sekarang. Ia samalah seperti pengarah Yasmin Ahmad menggunakan perkataan Cina ??mah?? setiap kali dia bercakap Melayu.

Kata Amani dia berketurunan Cina, India dan Arab. Apa kena mengena soal keturunan ini dengan sikap terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris sampai hendak memperlekehkan bahasa Melayu. Yang anehnya Pelakon Pembantu Terbaik, Hans Isaac amat fasih berbahasa Melayu. Kita juga tahu deejay Prima di RTM yang lahir di India dan datang ke Malaysia waktu kecil bukan sahaja menguasai bahasa Melayu, bercakap Melayu dengan anak-anak malah belajar jawi pula.

Rata-ratanya mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu ini daripada golongan kelas bangsawan dan menengah yang baru menjadi kaya menerusi pelbagai bidang kerjaya seperti korporat, akitek, peguam, akauntan, bidang media dan sebagainya yang muncul kira-kira 20 tahun lalu. Ramai juga beristerikan atau bersuamikan orang putih. Kebanyakan anak mereka belajar di sekolah swasta dan kemudian menyambung pelajaran ke seberang laut. Kawan-kawan mereka juga, walaupun ada juga orang Melayu, tetapi seangkatan dan sehaluan dengan mereka. Dari kalangan Cina dan India juga ada golongan ini. Kebetulan pula sektor media dan hiburan yang selalunya punya kuasa mewarnai sikap dan budaya anak-anak muda Melayu juga dikuasai oleh golongan ini.

Hasilnya tengok sajalah filem atau drama Melayu di pawagam dan TV atau celoteh-celoteh deejay di radio. Kalau tidak bercakap bahasa Inggeris memang tidak cukup syarat atau tidak canggih.

Baru-baru ini pada Kejohanan Terbuka Golf Malaysia di Kuala Lumpur, saya mengucapkan selamat berjaya kepada pemain British dan bekas kapten Piala Ryder Eropah, Sam Torrance. ??Terima kasih,?? balas Sam yang menunjukkan minat berbahasa Melayu. Saya kira Sam Torrance pasti terkejut besar apabila mendengar keseluruhan penonton di kejohanan itu berbahasa Inggeris.

Inilah Malaysia yang sudah tidak ?punya? Bahasa Kebangsaan lagi seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, apatah lagi Jepun dan Korea. Apapun, cakap Amani yang perlu direnungi oleh semua pihak ialah ??If the film Gubra mencemar budaya, lets do it more often" ? Kalau Gubra mencemar budaya mari kita hasilkan lebih banyak lagi filem serupa itu. Saya kira ungkapan ini mewakili apa yang hendak disampaikan oleh pengarah Gubra, Yasmin Ahmad. Dalam satu adegan Gubra, Orkid, Amani, berkata, kalau di Malaysia ini orang bercakap satu bahasa sahaja seperti di Perancis maka dia pun hendak ?chau?lah dari negara ini.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kita akan 'melekat' kepada apa yang menjadi fokus

» Dari filem 'Kung Fu Panda' «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu