Memang Dah Diduga!
Posting pada:  15 Aug 2006 ( 1091 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kali ini, sebagaimana biasa, saya tak akan memulakan tulisan saya dengan pembuka kata yang lucu (pada saya dan beberapa orang yang faham penulisan) iaitu "Saya rasa terpanggil untuk...". Seolah-olah diri sendiri hebat dan selama ini menjadi pemerhati, masuk terjun bila ada hal penting kononnya dipanggil atau terpanggil. Lucu dan poyo.

Kali ini saya ingin menulis (dengan pantas sebab saya ada berpuluh kerja lain yang urgent -- anak saya pun dah call dari OU, katanya dah siap main bowling -- permainan paling saya meluat, kononnya permainan elit) -- mengenai kemenangan Hizbullah yang memangnya telah diduga. Bukankah itu amat menggembirakan kita semua umat Islam yang prihatin. Sebab itulah Islam ditindas sejak mula (answer before ask) ditakuti jika mereka seratus peratus mengamalkan kandungan Al-Quran. Hizbullah mengamalkannya. Janji Allah tercapai -- sesiapa yang mengamalkan Al-Quran pasti akan beroleh kemenangan di kedua-dua tempat -- dunia dan akhirat. Jika dia kafirun, mengamalkan al-Quran dia akan memperolehi kemanangan di muka bumi ini. Sekarang kena ingat -- al-Quran diturunkan bukan untuk orang Islam sahaja -- ia untuk manusia. Juga kena ingat, Al-Quran bukan hanya mengandungi hal-hal akhirat sahaja.

Jangan percaya berita di TV sebab kebanyakannya datang dari CNN dan Barat. Pelik kan, kenapa tak tunjuk langsung (atau tunjuk sikit-sikit) kemusnahan Israel dan serangan Hizbullah? Seolah-olah Hizbullah itu kecut, diam diri dan rela dihentam habis-habisan.

Bush enggan mengakui kemenangan Hisbullah. Tapi perlu apa pengakuan dari dia ni? Tapi memang itu perangai Bush cilaka Laknatullah. Sebab itu saya kata dulu, "Susah kita kalau Bush menang (pilihanraya)". Tapi kalau anda belajar psikologi, nampak sangat Bush berbohong dan melindungi sesuatu. Dia tak kata Hizbullah menang tapi dalam masa yang sama dia tak kata pula yang Israel menang. Pelik? Jadi siapa yang kalah dan siapa yang menang? Lagipun itu taktik biasa Amerika. Pernah mereka mengaku bahawa mereka sebenarnya kalah di Vietnam, Afghanistan?

Ahli-ahli politik Israel pula mengatakan, satu "kegagalan". Dan perdana menteri israel tidak menyebut Hizbullah kalah. Jadi Hizbullah memang menang:

As Israeli politicians called the war a "failure," Israel Prime Minister Ehud Olmert noted there were "deficiencies" in the way the war was conducted.

Dua minggu lepas serangan Israel saya berbincang bersama kawan. "Israel banyak helah. Tengok nanti, kalau dah nak kalah, mesti dia buat gencatan senjata. Mesti ada lakonan konon taknak gencatan senjata. Ingat, PBB dikuasai oleh Amerika. Hanya bila dah kalah saja, barulah PBB bagi greenlight untuk gencatan senjata." Mana pernah sekalipun Israel akur pada gencatan senjata semasa menyerang Palestin? Yang pasti tanah jajahan Israel makin luas di Palestin semasa pemerintahan PLO dan Yasser Arafat. Bab meeting dan mencari publisti di seluruh dunia serah saja pada beliau. Bab menentang Israel sebaiknya serah pada HAMAS. Sebab itu bila Hamas menang ia adalah rahmat dan harapan baru!

Dua minggu lepas, bertemu sahabat baru di KL-Sentral dan banyak membincangkan mengenai kebijaksanaan, keimanan dan kekuatan Hizbullah. "Jangan bimbang, mereka pasti menang." Memang tepat katanya.

Dengan berbekalkan iman di dada, harapan mati syahid, kebijaksanaan dalam strategi peperangan, menggunakan taktik gerila, akhirnya sakali lagi Israel dikalahkan oleh Hizbullah. Tanpa bantuan negara-negara Arab (yang hanya meeting dan mengecam, itu saja yang termampu sebab dah dipijak-pijak oleh Amerika, sebab takutkan Amerika lebih dari takutkan Allah), hanya Iran dan Syria yang membantu (itu pun belum diminta sepenuh-penuhnya), tanpa bantuan OIC, tanpa bantuan Osama bin Ladin sebab memang watak Osama itu ciptaan Amerika untuk memperbodohkan kita, tanpa bantuan elak-elak peluru macam The Matrix oleh persatuan silat (tapi jangan lupa Salehuddin Ayub bersama pemimpin PAS lain sudah sampai ke Lubnan memberikan bantuan kemanusiaan -- tanpa sebarang sidang akhbar, publisiti murahan, tulis surat pada menteri, kelulusan kabinet), tanpa keris terbang, tanpa jampi-jampi, tanpa santau menyantau -- tentera Huzbullah berjaya mengalahkan Israel. Namun jangan lupa kita yang lemah iman ini yang tak mampu membantu dengan tangan hanya membantu dengan doa, solat hajat, demo, bantahan, moga-moga telah turut membantu kemenangan Hizbullah. Moga-moga Allah memperkenankan doa kita.

Masih sangsi lagi dengan mukjizat Al-Quran? Tunjukkan saya apa yang tak kena dalam Al-Quran?

Nota:
Kepada sesiapa yang tahu taktik dan strategi peperangan Hizbullah, tolong e-mel kepada saya kerana saya sangat memerlukannya untuk kajian, saya takut tak cukup pengetahuan saya sebab "Little knowledge is dangerous" kangrazzi(at)walasri(dot)com.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kata purba: 'Yang penting orangnya bukan alatnya' Salah! Kesemuanya penting -- orangnya, alatnya, kemahirannya.

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu