Kena Tipu Osama ben Laden
Posting pada:  05 Aug 2006 ( 1189 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Adakah anda dan orang Islam lain mengharapkan supaya Osama ben Laden dan Al-Qaeda akan muncul membantu Hizbullah, Hamas dan lain-lain negara Islam dari ditindas? Saya pernah dan selalu mengharap begitu.

Sekian lama -- khabarnya Osama ben Laden hero baru dunia Islam telah memberikan berbagai-bagai amaran tetapi amaran kekal amaran. Harapan kian hampa. Lubnan saban hari dibedil Israel, kita terus berharap -- cepatlah Osama dan sekutunya datang membantu. Atau bila leka di Lubnan, Osama masuk ke US untuk memusnahkan US. Itu impiannya.

Jika kita percaya Osama itu wujud, memanglah kita ini manusia yang diperbodohkan oleh Amerika. Osama ben Laden tak pernah wujud. Ia adalah ciptaan Amerika. Ambil orang Israel atau Yahudi mabuk berjanggut beri nama Osama, ambil gambar dan video dia, seluruh dunia mengakui itulah Osama ben Laden hero orang Islam. Di Malaysia pun gantung gambar dia, pakai kemeja-T gambar Osama.

Watak Osama diwujudkan supaya Amerika boleh menghentam orang Islam. Dalam sekelip mata saja orang Islam dicop sebagai pengganas. Dalam sekelip mata, kita menjadi takut hendak menyokong gerakan Islam kerana takut turut dicop pengganas.

Dengan adanya Osama, bolehlah Amerika memerangi dan membunuh seramai mungkin orang Islam. Dengan sendirinya, orang Islam telah branding sebagai pengganas.

Nama Osama muncul selepas peristiwa WTC. Hanya 2 - 3 hari selepas itu muncul nama Osama. Amerika pandai berkira-kira -- apalah ruginya runtuh 2 bangunan lama, 4 kapal terbang, tapi tak pasti berapa orang yang mati di WTC, atau betulkah ada yang mati? Katalah yang mati 100 orang -- apalah ruginya kalau dibandingkan keuntungan Amerika boleh menjajah beberapa tanah Islam atas alasan memerangi pengganas. Rugi sikit untung banyak bertahun-tahun.

Satu hero mesti diwujudkan supaya ada peluang untuk menghentam. Maksudnya -- ia mestilah hero untuk orang Islam dan semestinya musuh Amerika. Itulah Osama namanya.

Kita manusia bijak, takkan begitu mudah diperdaya.

Peristiwa 9/11 (WTC) adalah rekaan Amerika yang kurang teliti sama dengan peristiwa penipuan mendarat di bulan. Banyak tanda soal yang besar-besar belaka dipersoal. Bagi saya yang sangat pelik -- bagaimana dalam masa yang amat singkat CNN sudah bersedia untuk menggambarkan langgaran kapal terbang ke menara kedua. Menara pertama sudah dilanggar, dan kononnya sedang CNN membuat liputan runtuhan menara pertama, datang kapal terbang kedua melanggar menara kedua. Beza langgaran menara pertama dengan menaran kedua tak jauh -- bagaimana CNN sudah bersedia di atas bangunan berhampiran dan dapat menggambarkan sepenuhnya melainkan CNN sudah bersedia sejak dari awal untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang menjadi titik permulaan negara-negara Islam diserang.

Logik atau tidak -- kalau WTC boleh hancur, bagaimana Pentagon hanya rosak sedikit sahaja. Amat sedikit. Bagaimana pula dengan kapal terbang keempat yang jatuh terhempas begitu saja.

Osama wujud selang 2 hari kemudian dan branding baru dibina -- orang Islam adalah pengganas dan mesti diperangi habis-habisan sampai bila-bila. Sesiapa yang menyokong Osama mesti diperangi.

Afghanistan konon tempat persembunyian Osama diserang. Selepas itu Iraq.

Semuanya berlaku di zaman Bush Junior. Di Malaysia, di mana-mana, teringin saya nak menampar seorang kawan yang berani menyebut "Susah kita nanti kalau Al-Gore menang". Mahathir yang mulakan cakap begitu di surat khabar hanya kerana Al-Gore menyokong gerakan Reformasi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kawan saya mengulang kata-kata di akhbar itu lantas saya tanya, "Kenapa pulak yang susah? Pilihan raya tu kat mana?" Pada masa itu saya meramalkan, kalaulah Bush Junior menang, dia akan meneruskan dendam ayahnya -- Bush Senior. Bush Senior dendam dengan Iraq kerana kalah dalam serangan ke Iraq pada tahun 1991. Muka Bush dilukis di hadapan hotel dan beberapa tempat laluan supaya boleh dipijak-pijak.

Tepat ramalan saya -- "Susah kita kalau Bush menang" -- Iraq terus diserang. Alasannya nuklear dan pengganas.

Sekarang Lubnan diserang. Yahudi dan Nasrani adalah bangsa yang penakut (demikian sabda Rasulullah SAW) tetapi jangan lupa ia bangsa yang sangat bijak dan telah diakui dalam AlQuran. Bijaksana -- dari bangsa merempat, negaranya kecil sahaja kita menjadi besar dan mampu menguasai ekonomi dunia.

Lubnan adalah seperti Malaysia -- bukan negara Islam betul. Ia Islam sekular. Yang dikatakan Islam betul ialah menjadikan AlQuran dan Hadis sebagai perlembagaan, bukan perlembagaan ciptaan Lord Reed. Manakala tentera Hizbullah adalah tentera yang mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kekuatan tentera Islam adalah kepimpinan -- mesti dipimpin oleh ulamak, mesti mengamalkan apa yang diamalkan oleh tentera Rasulullah -- rahsia kekuatan mereka adalah solat malam. Tentera mereka tak ramai -- hanya 300 orang sahaja (tentera elit) tetapi jangan lupa pada bila-bila masa sahaja mereka boleh memanggil puluhan ribu tentera. Mereka ini berhati-hati tidak mahu sampai terbunuh orang awam walaupun orang awam itu berbagsa Israel dan kafir.

Tentera Hizbullah bijak mengatur strategi. Dan jangan lupa, ia adalah satu-satunya tentera di muka bumi ini yang mampu menghalau Israel pada tahun 70'an. Bila Israel bertapak, ia akan meluaskan jajahan bukan keluar, tetapi di Selatan Lubnan, Hizbullah berjaya menghalau Israel.

Sebagai contohnya, sekarang ini Israel yang penakut itu sedang mara ke Selatan Lubnan. Jadi, bila Israel mendatang, ia ibarat rahmat bagi Hizbullah kerana tentera Hizbullah sangat mengelak dari mencederakan orang awam. Kita tunggu apa hasilnya.

Amerika dan Israel cuba untuk branding Hizbullah sebagai pengganas tetapi gagal. Tak ada yang menganggap Hizbullah sebagai pengganas.

Pada zaman Rasulullah, Baginda menggunakan strategi yang sangat mudah iaitu hanya mengepung tentera Yahudi, sekat segala rupa bekalan, dalam masa 15 hari Yahudi menyerah.

Hanya ada 2 negara sahaja yang menyokong dan membantu Hizbullah -- Iran dan Syria. Yang lain adalah negara-negara Arab yang tak mungkin membantu kerana ada harga yang boleh dibeli Amerika. Negara-negara Arab ini boleh dipegang kepalanya oleh Amerika. Ia sama lebih kurang dengan Yasser Arafat, pengemis Antarabangsa yang menyebabkan Palestin makin ditindas. Sekarang Hamas berkuasa, kita tunggu, walaupun pemimpinnya bukan ulama. Kita telah melihat bagaimana Al-Fatah dengan pemimpinnya lebih gemar mencari publisiti (dah mati) sebenarnya tunggangan Amerika. Menyesal agaknya sesiapa yang menamakan anak mereka dengan nama Gaddafi, Muamar Gaddafi, Yasser, Yaseer Arafat. Di tempat saya ada budak namanya Yaseer Arafat -- penagih dadah, suatu hari overdose, muntah-muntah di belakang kedai dan mati.

Liga Arab tak mungkin akan membantu. Mereka hanya suka pakai jubah, serban macam Yahudi mabuk dan mesyuarat kemudian mengecam. Itu saja. Hizbullah bukan angkuh -- mereka hanya mahu bantuan dari Iran dan Syria sahaja. Bahkan sehingga kini mereka belum pun meminta bantuan Iran dan Syria. Ada orang mengatakan sebenarnya ini adalah peperangan antara Amerika dengan Iran.

OIC ni apa sebenarnya? Saya pun tak tahu apa sebenarnya fungsi OIC di luar negara dan dalam negara. Sepanjang zaman setahu saya OIC akan hanya, "Oooo..... I see..." Di dalam negara pula OIC dijadikan medan publisiti. Membantu Hizbullah? Saya rasa Hizbullah tak kenal pun apa itu OIC.

Yang membingungkan pihak musuh adalah: pejuang Hizbullah memang bersedia untuk mati kerana inilah peluang seumur hidup untuk syahid. Sebaliknya -- tentera Israel dan Amerika takut mati.

Apa mesej yang boleh kita pelajari? Iman adalah segala-galanya.

Balik ke dalam negara. Ada sesuatu yang sangat melucukan dan menyakitkan kepala hotak kita. Kumpulan Pemuda BN merayau ke beberapa negara untuk menerangkan kekejaman Israel -- satu tindakan yang pelik, mencari publisiti dan menghabiskan wang. Perlukah? Perlukah? Kalau betul-betul serius dan berani, saya cabar untuk terus ke Lubnan dan Palestin. Berani? Bukan saya seorang yang mencabar tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia. Janganlah kesengsaraan rakyat Lubnan dan Palestin dijadikan bahan untuk mencari publisiti.

Saya nak menyambung kata-kata pengacara rancangan Al-Kulliyah yang dalam gelak-gelak menyebut pasal santau. Meminta orang yang pandai santau supaya menyantau Israel. Saya gelak besar dengan ejeken tersebut.

Mana dia bomoh penipu, sial, celaka yang selama ini bukan main besar lagi cakapnya yang konon boleh santaulah, jampilah, taiklah, ghaiblah... Mana? Boleh tolong tak santaukan Bush, Perdana Menteri Israel. Kalau jauh sangat tak boleh, takut jin sesat ke apa, boleh, tak ada masalah kita kumpul duit sponsor tiket kapal terbang (bukan pesawat) terus sampai ke Washington dan terus ke pagar White House. Boleh? Boleh tak wahai sekelian bomoh celaka? Kalau jauh sangat kita pergi yang paling dekat, Selatan Thai -- di sini umat Islam pun ditindas habis-habisan. Dekat saja. Boleh tak wahai bomoh tolol sekelian?

Kalau ada bomoh yang membaca tulisan saya ini ingin saya menasihati: Kalau Rasulullah yang kekasih Allah itu pun kena bangun, keluar rumah angkat pedang pergi berperang, inikan kita manusia yang terlalu banyak dosa pada Allah. Kalau gitu Rasulullah tak payahlah keluar rumah -- main jampi saja -- musuh Islam tumbang. Main jampi saja -- pedang terbang menuju musuh macam kat Malaysia ni yang selalu dihebohkan -- keris terbang. Setuju tak wahai bomoh taik?

Sudahlah kita ini ditipu dan diperbodohkan oleh Bush, oleh Osama, takkan kita rela begitu saja ditipu oleh bomoh?

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Orong-orong nyunggi gong (serangga pikul gong). Jangan buat perkara yang disahkan mustahil

» Peribahasa Jawa «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu