Ini dia tandatangan RM100,000!!
Posting pada:  22 Jul 2006 ( 1431 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Oleh kerana duit RM100,000 sudah pun tak ada, sudah noktah, sudah ghaib ? selamat dibelikan kebun, barulah saya dedahkan namanya -- ABDUL RAUF AWI bekerja di bahagian grafik, Utusan Malaysia, Jln Chan Sow Lin. Kalau setakat mintak belanja teh di kantin Utusan tu rasanya tak ada masalah.


Keterangan Gambar: ABDUL RAUF AWI. Terima emel dari Rauf yang saya minta sertakan tandatangan bernilai RM100,000 dan sekaligus orang pertama di Malaysia memenangi peraduan tandatangan unik.

Teringat masa kecil dahulu mengikut arwah ayah saya melawat syarikat surat khabar Jawi tersebut. Kemudian zaman persekolahan -- kalau tak silap Darjah 6, sekali lagi melawat. Terakhir adalah semasa mempromosikan buku Azman Ching "Khazanah MLM" menemui Encik Rashid (sudah pencen) untuk Ulasan Buku.

Cuba perhatikan sekali lagi tandatangan Rauf. Memang unik. Ada seperti tulisan Jepun yet masih boleh dibaca namanya: ABDUL RAUF AWI.

Khabar terbaru Rauf, beliau akan menulis buku khusus "Rahsia dan Tip Memenangi Peraduan." Sudah tentu saya amat menggalakkan dan Rauf mesti segera menyiapkan buku tersebut. Rupanya ini bukan kali pertama Rauf memenangi peraduan tetapi dikatakan inilah yang paling besar dan paling bermakna. Sejak beliau kecil lagi, sudah berpuluh kali memenangi peraduan.

Sekali lagi, tahniah Rauf!

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Alasan tetap ada jika dicari. Punca utama kegagalan adalah kerana mencari alasan

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu