Hari itu jual burger, sekarang sudah jadi Dr.?
Posting pada:  10 Jul 2006 ( 1292 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya teringat kisah lucu yang diceritakan kepada saya beberapa tahun lepas. Seorang yang dikatakan "Makhluk Perosak MLM" meradang dengan seseorang. Katanya dengan nada suara yang marah, "Hari itu dia jual burger kat Kerinci, hari ini dah ada Dr. depan nama dia? Kat mana dapat Dr. ini. Ada lagi gerai burger dia kat Kerinci kalau tak percaya."

Sejarah berulang dan akan terus berulang. Nampaknya makin melampau di Malaysia ini. Kalau di US, sesiapa yang meletakkan Dr. di depan nama tanpa melalui ijazah, master, PhD, akan merengkok dalam penjara. Sesiapa yang tidak masuk U dan belajar medik tetapi meletakkan Dr. di depan nama, akan merengkok dalam penjara.

Yang lucunya, ada yang mendakwa dirinya sebagai "Pakar". Saya kenal begitu ramai orang di dalam dan luar negara yang memang handal dalam scripting, programming, multimedia, tetapi tak ada satu pun yang mengaku pakar. Bagi mereka ini, buat "shopping cart" gunakan coding sendiri adalah ibarat gosok gigi di pagi hari. Tapi tak mengaku pakar dan tak pernah meletakkan Dr di depan nama. Sahabat karib saya Fadhullah (Fivio.com) yang kini sibuk hendak memperkenalkan cluster MySQL tak pernah mengaku pakar dalam bidang server. Beliau tidak meletakkan Dr di depan namanya kerana baru tahun akhir dalam bidang ekonomi. Ada 2 langkah lagi yang seperti mengambil masa antara 6 -- 10 tahun untuk mendapatkan Dr.

Tapi di Malaysia selagi tidak ada undang-undang, maka selagi itulah makin berduyun-duyun para bahlul memperdayakan masyarakat dengan Dr. di depan nama. Kita tunggu apa tindakan kerajaan nanti, kalau kerajaan nak bertindak.

Apapun, yang gila akan terus gila. Bagi saya, hanya orang gila sahaja yang tak tahu malu. Orang yang malu tidak akan meletakkan Dr. di depan nama jika memang tidak layak dengan gelaran tersebut. Malu dan memalukan. Orang yang waras tidak mungkin akan mengaku "pakar" -- sebaliknya hanya orang yang sakit atau gila sahaja yang memandai mengaku sebagai pakar. Pakar itu adalah pengiktirafan dari orang ramai, bukan mengaku sendiri.

Saya ingatkan hanya di MLM sahaja ada lambakan Dr. Gila, rupanya di dalam penulisan pun sudah mula terjadi.

Alangkan -- belajar optometrist selama 4 tahun pun tidak boleh dipanggil Dr. Alangkan belajar sains farmasi selama 4 tahun pun tak boleh dipanggil Dr, inikan pula pula belajar homeopati selama 6 bulan. Lucu?

Bagaimana dengan anda? Adakah anda turut sama tertipu? Melainkan anda "melarang" diri anda ditipu, barulah anda tidak akan tertipu. Berhat-hatilah, sejarah sentiasa berulang!

Kita tidak hairan sama sekali dengan orang-orang seperti itu kerana memang menjadikan kelentong dan pembohongan sebagai cara hidup. Cuma kita hairan dengan orang-orang yang percaya dan mudah percaya dengan kelentong dan pembohongan tersebut tanpa sedikit pun berusaha untuk menyiasat.

Lebih menghairankan lagi kalau ada yang mengiyakan dan membela orang-orang yang kelentong dan pembohong.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kadang-kadang buku itu 'memilih' orang untuk membacanya

» Dari Filem Hurricane «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu