Pelik Kembali Pelik
Posting pada:  08 Jul 2006 ( 1058 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sabda Rasulullah s.a.w: "Islam datang dalam keadaan gharib dan akan kembali gharib seperti mana pada permulaannya maka beruntunglah golongan yang ghuraba'. Hadith riwayat Muslim. Gharib ini bolehlah dimaksudkan sebagai, "Terasing, pelik, sembunyi".



Perbincangan di Ukhwah.com menyebut betapa susahnya nak buat program berunsur Islam di IPT, betapa mudahnya nak buat program berunsur maksiat. Larangan ini adalah terang-terangan oleh orang islam, melarang program Islam di negara Islam (yang ada tambahan Hadhari di hujungnya).

---------------------------

Kang: Adakah maknanya, susah atau dipersusahkan atau tidak dibenarkan oleh orang Islam, membuat program Islam di negara Islam sendiri? Bagaimana pula kalau bukan berunsur Islam? Adakah dengan mudah dibenarkan? Bagaimana pula dengan persatuan agama lain? Atau kebudayaan agama lain? Benarkan negara kita sedang menuju Turki?

------------------------------

triptofana: nak buat program islamic yang macam mana? buat kat kampus ke luar kampus? kalau dalam kampus susah sikit sebab kena pantau dek HEP, tapi kalau buat kat luar kampus ok lah... kita bagi contoh modul lain, tapi kita buat yang lain.... terpaksalah buat macam tu sebab nak dapatkan bugdet, kita student mana ada duit.... pernah buat majlis bacaan yaasin kat surau tapi kena pantau oleh pihak pengurusan, katanya nanti kami menyebarkan dakyah pembangkang lepas majlis tu.... alah, biasalah bila lepas baca yaasin mesti ada tazkirah sikit untuk makanan rohani....(macam inilah kalau islam tidak dihati)

---------------------------

imtihan_insyirah: assalamualaikum, menjawab persoalan saudara Kang tu, dari pengalaman ana yang lepas2 semasa berada di kampus dulu, memang betul.. kebanyakan program2 islamic memang susah untuk diluluskan.. apatah lagi kalau program2 tu dianjurkan oleh persatuan pelajar islam/ persatuan mahasiswa islam. kalau diluluskan pun.. tahap nak capai kelulusan tu sangat susah dan ada saja masalah.. kalau nak minta dana untuk perbelanjaan program mengambil masa yang lama? kekadang sampai hampir setahun. kadang-kadang tak dapat peruntukan pun atas alasan, banyak program lain memerlukan dana juga... yang peliknya program2 yang dapat dana/ peruntukan/ bantuan HEP tu selalaunya program sosial dan berhibur.. konsert tu konsert ni.. pesta tu pesta ni? semua program2 maksiat, membazir dan merendahkan IQ dan keintelektualan mahasiswa (pesta karaoke, konsert artis2 terkenal, konsert band, annual grand dinner yang dipenuhi dengan pakaian pelajar perempuan yang menjolok mata dan persembahan2 maksiat.). Dan banyak lagilah. dunia dah terbalik. program2 agama/ilmiah dan bina insan pula dianak tirikan dan dinafikan haknya. agaknya mereka nak pelajar2 universiti ni pandai 3 perkara saja..pandai dalam belajar tapi (kosong ilmu agama ) dan satu lagi pandai berhibur dan pandai juga buat maksiat.

HEP ada juga buat program ilmiah dan agama (ikut corak mereka).. tapi seimbang lah kan.. program maksiat ada, program mengingati akhirat pun ada hehe.. geram ni tu belum kira dari segi hal2 lain seperti permohonan untuk pengangkutan, peruntukan sijil2... tempat nak buat program dan banyak lagilah. tak larat nak cerita kat sini. pernah ada satu program yang dibuat di kampus ana dulu, permohonan untuk menggunakan bas kampus ke tempat program tak diluluskan. jadi terpaksalah kami mengangkut sikit demi sikit ke tempat program dengan pengangkutan sendiri. betapa tak adilnya.. walhal duit peruntukan dan dana2 tu semua hasil dari bayaran yuran pelajar. dan selalunya sesiapa yang attend program2 ilmu ni akan dicop pembangkang. dan sebab tulah ramai mahasiswa (terutamanya pelajar tahun 1) sangat takut untuk datang program2 agama dan program yang dianjurkan permasatuan mahasiswa islam itulah namanya ghuraba'..... dan inilah juga yang dikatakan amal baik dan berpahala sangat mahal harganya dan susah dicari.. itulah nilaiannya... untuk mendapatkan mardhatillah dan syurgaNya di akhirat kelak.. sangatlah susah kerana terlalu mahal. sabda Raulullah s.a.w: Islam datang dalam keadaan gharib dan akan kembali gharib seperti mana pada permulaannya maka beruntunglah golongan yang ghuraba'. hadith riwayat Muslim p/s: jangan pula lepas ni ana ditangkap HEP

-----

fadzlyz: kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah ni..................

------

musafir_lara: ehm..kalau nak buat program islamic memang kena pantau!nak berdakwah sekarang ni dah macam dakwah masa zaman rasulullah dulu..secara sembunyi!ana rasa kita kena buat underground...

-----

Bi-klate: Ana sendiri pun tak fahamlah..ana dulu pernah tubuhkan PMI di kolej tempat ana belajar..last sekali ana tukar kepada API (Angkatan Pembangunan Insan) kerana didakwa menghasut pelajar lain menentang krjaan, punyalah takutnya pada perkataan Islam dan dikatakan pro kerajaan..kita sebagai pelajar IPT dah matang, boleh fikir yang mana betul dan yang mana salah..macam ni cadangan ana pasal perkara ni..mana-mana IPT yang nak buat tu..teruskan..macam ana nak kita buat pmntauan dari masa ke semasa..dan sebelum tu bawa lah berbincang dengan HEP masing-masing dan pemulaan buatlah kegiatan usrah dari bilik ke bilik..itulah ana buat dulu..lama kelamaan prtmbhn ahli semakin ramai dan senang kita buat aktiviti..

-----

acok_86: ..kami pun mahu buat itu program islamik,tapi yang sedih TNC kata tak boleh,kena buat sem 2,alasan mereka takut program yang pentadbiran buat tidak mendapat sambutan dari pelajar kerana ada program islamik yang kami buat..tapi yang aku hairan kenapa pulak program konsert,pesta,senag saja dapat kelulusan biarpun dijalankan pada sem 1... dulu mahu buat program..diluluskan, tapi tak dibagi bantuan. ada ustaz nak minta duit dari pentadbiran,dia minta lah 400 ringgit..apa pentadbiran kata sama uztas tu?? dia kata "ini terlalu banyak, kalau penceramah ada gred, kalau gred macam yang uztaz nak panggil ni gred rendah..kita bagi sikit saja lah"... uztaz tu tanya balik sama mereka..

"kalau nak panggil siti tu gred apa?sampai kena bayar beribu ringgit untuk satu orang??"

-----

khalifah_85: assalamualaikum... dunia akhir zaman... islam semakin susah untuk dilaksanakan... semoga kita sama-sama tabah dalam menghadapi rintangan dan dugaan yang melanda usaha untuk kita sebarkan dakwah... teruskan usahamu wahai sahabat2 ku sekalian.. kerana setiap peluh dan lelah mu insya ALLAH akan diberikan ganjaran yang besar insya ALLAH oleh ALLAH kelak.. dan apabila dihadapan ALLAH kelak lidah mu akan lancar untuk menjawab segala pertanyaan ALLAH atas tugasan yang diberikan kepada mu... salam perjuangan dan ukhwah.. wassalam...

-----

husna_nasiha: Hmm..betul-betul..sepanjang menempuhi dunia IPTA, ramai kawan-kawan ana yang diblacklist oleh HEP, di'spy', macam-macam lagi... Islam ni,permulaannya dipandang pelik (dakwah Nabi Muhammad), akhirnya pun dipandang pelik oleh masyarakat (macam yang berlaku sekarang).. Tapi bagi ana, kalau hati dah terpat pada dakwah, sukar nak digoyahkan bila memikirkan ia adalah tanggungjawab insan yang beragama Islam.. HIDUP MULIA, MATI SYAHID! Ameen..

-----

syahidatul: Kang tanya macam dah paham2 apa jawapannya... emmmm saya pun dah pernah rasa program islamik tak diluluskan oleh HEP ni. lagi sakit hati kalau HEP batalkan di saat2 akhir...... siapa tak geram + sedih ?? memang sakit hati. entah.. bincang banyak mana pun dok tang tu lah jugak HEP ini!! apa yang boleh kita buat pun? saya rasa, nak atasi masalah ni.. kena pandai 'tackle'. dalam program tu, nak tak nak.. kena lah selitkan unsur-unsur hiburan sikit. bukan nak kata kita galakkan hedonisme, bukan. tapi, pandai2 lah jadi kreatif sikit... tak ada lah nampak terang-terang program tu islamic sangat. bila tak islamic sangat, ramai orang berani datang... ni boleh tambahkan crowd mad'u kita. buat benda-benda yang mereka minat. then baru lah kita selitkan unsur2 islam yang kita nak terapkan dalam diri mereka... nak buat ceramah, sambil2 ada game ke. atau panggil penceramah yang kelakar2. yang public figure yang disegani. penulis novel yang diminati ramai ke.. sambil2 ada performance nasyid ke.. atau letak lah program tu sebagai charity work ke.. panggil anak2 yatim datang (program gini mudah lulus). apa-apa lah yang penting kreatif dan tak nampak islamic sangat.. sekian cadangan saya.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Musuh kepada musuhku adalah kawanku

» Dari filem 'Alien vs Predator' «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu