Baru 6 Tahun, Ada Lagi 60 Tahun
Posting pada:  17 Jun 2006 ( 987 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam, saya bertemu Arief Hakim, boss PTS Publication. Bila lama tak bertemu, banyaklah yang dibincangkan dari suasana industri buku hinggalah kepada perancangan masa depan. Bila penulis bertemu penerbit di dalam suasana yang di sekeliling buku (ada bau buku macam BORDERS), tentu sekali suasananya, ceritanya adalah buku dan mencari cara untuk memantapkan lagi industri buku dan penerbitan.

Mulanya berbincang tentang projek PIXAR. Saya namakannya projek Pixar kerana sistemnya seakan urusniaga antara Pixar dengan Disney. Projek ini saya perkenalkan kepada Arief tak lama dulu dan nampaknya sudah diterima. Sistemnya mudah: Saya menyiapkan penulisan, editorial, taipsetting, rekabentuk kulit dan PTS membiayai pinjaman percetakan. Sesudah itu PTS akan 'membeli' keseluruhan buku yang telah siap dicetak untuk diedarkan ke seluruh Malaysia dan Indon. Untuk pasaran Indon, buku akan diterjemahkan ke dalam bahasa Indon. Untuk projek ini, PTS akan mengambil 65% untuk pengedaran, collection dan lain-lain pengurusan. Bakinya 35% saya terima untuk membayar kos percetakan sebanyak lingkungan 15% hingga 20%, kos pre-press antara 2% hingga 3%. Selebihnya antara 10% hingga 13% adalah untuk royalti.

Adakah anda menganggap banyak 65% itu? Saya mulanya bercadang hendak memberi 70% kepada PTS kerana sistem pengedaran mereka yang begitu bagus, meluas dan bersistematik. Bayangkanlah, kalau mereka melabur sistem inventori dan perakaunan (SAP) bernilai RM120,000.00, tentu boleh bayangkan sendiri sistem pengedaran mereka. Dulu PTS menggunakan sistem perakaunan MYOB (Mind Your Own Business), tetapi bila setahun menerbitkan 300 judul dan mengedarkan jumlah buku yang mencecah ratusan ribu, MYOB sudah tidak mampu menampung.

Saya percaya, tak lama lagi, pasti akan ada syarikat penerbitan lain yang meniru sistem Pixar tersebut.

Saya bertanya Arief, "Kat mana kamu belajar pengurusan? Harvard?" "Haha.. mana ada... banyak membaca buku." Apa yang saya perhatikan, Arief mengikut prinsip utama pengurusan iaitu, "Untuk menjadi pengurus yang bagus mesti dikelilingi oleh kakitangan yang juga bagus." Bukan mengampu (untuk apa mengampu, dapat apa?), tetapi untuk memuji supaya bertambah hebat ? PTS telah kembali memartabatkan dan mengubah ramai pandangan masyarakat terhadap indutri buku dan penulis. Penulis dulu dipandang remeh tapi tahun lepas, PTS membayar sebanyak RM480,000 sebagai royalti kepada saya seorang... upssss... kepada penulis-penulisnya.

Dalam usianya yang masih mentah, baru 6 tahun, sudah mampu untuk bertapak dan berkembang di dalam industri yang dipandang oleh orang yang tak faham sebagai industri yang tidak menguntungkan. Kalau tak menguntungkan, tahun pertama saja sudah tutup. Dari 1 orang kakitangan, kini sudah ada 41 kakitangan sepenuh masa dan berpuluh-puluh kakitangan sambilan. Dari pejabat kecil di Bentong kini menyewa mini kilang di Batu Caves dan pejabat editorial di Wangsa Melawati. Saja bertanya, "Tak nak beli bangunan sendiri?" "Saya lebih suka beli orang -- menambah ramai kakitangan."

Cita-cita Arief, saya percaya dalam masa terdekat akan tercapai -- mahu mempunyai 200 kakitangan dengan 40 orang pada bahagian pemasaran. Aset sebenar syarikat bukan bangunan tetapi kakitangan. Idola Arief adalah syarikat penerbitan Indon MIZAN yang mempunyai 400 kakitangan.

Sebulan, setiap bulan, belanja percetakan mencecah RM160,000 hingga RM200,000. Menjadi cita-cita PTS untuk mencecah RM1.6 juta hingga RM2 juta sebulan untuk belanja percetakan.

Arief mempunyai pandangan sendiri -- pembaca akan mencari buku yang benar-benar mengandungi ilmu. Ia sama dengan kata-kata Louis Amstrong, "Berapa banyak lukisan Mona Lisa palsu di luar tetapi orang ramai masih berduyun-duyun untuk melihat lukisan Mona Lisa asli."

Pendek kata, kalau ada penulis yang menulis "buku angin" dan menipu masyarakat dengan tulisan yang main agak-agak, tanpa kajian, sebenarnya dia sedang merosakkan diri sendiri. Suatu masa nanti orang akan mencemuh dan menyumpah bila namanya disebut.

Selalu saya katakan -- jangan sekali-kali dilupakan KUALITI. Tidak ada apa yang boleh menggantikan KUALITI. Sekurang-kurangnya itulah ingatan untuk diri saya.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Mengapa, kalau ia percuma, tidak dihargai?

» Kang Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu