Tang mana Islamnya?
Posting pada:  15 Jun 2006 ( 1100 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Minggu lepas ke Pameran Islamik Antarabangsa yang saya ketahui hanya dari forward e-mel. Saya cuba memandang dari sudut bisnes, mengapa ia lesu, sayu, sengsara dan merugikan. Begitu juga dengan pameran perhotelan, makanan, peralatan yang diadakan serentak.


Gambar ini diambil dari Pameran Islamik Antarabangsa (tang mana dia punya antarabangsa pun tak tahu) di PWTC, yang layu, sayu, lesu.


Pendapat saya ini puncanya:

1. Nama Islam itu sendiri mungkin sudah mula dijauhi. Orang agaknya menjadi takut dengan Islam. Atau orang malu untuk mendekati Islam. Kalau begitu, sudah hampir berjaya usaha musuh-musuh Islam (sebahagian besarnya orang Islam) supaya Islam (termasuk namanya) dijauhi, malu didekati dan dimomok-momokkan bahawa Islam adalah keganasan, punca segala keganasan, jumud, mundur.

2. Orang ramai sudah mula keliru dengan pameran-pameran seumpamanya. Contohnya, baru-baru ini diadakan pameran MIHAS yang mengelirukan. Tertanya-tanya, "Inikah sebenarnya persepsi Halal?" Halal bukan hanya pada kandungan bahkan semestinya pada pembuatan, perbuatan. Orang kata, dalam MIHAS itulah sedang diubah persepsi sebenar halal. Contohnya: bersalam dengan perempuan adalah Halal. Mereka kata, bukan saya yang kata.

3. Pameran seumpamanya dikaitkan dengan JAKIM. Orang ramai sudah mula pelik dengan JAKIM lebih-lebih lagi baru-baru ini JAKIM mengeluarkan kenyataan TIDAK ADA KUASA UNTUK MENGHALANG PENGGUNAAN LOGO HALAL JAKIM YANG PALSU. Maknanya, kalau saya menjual ayam yang tidak disembelih dengan sempurna, tanpa bismillah, atau menggunakan kaset yang menyebut Bismillah saya pasang berterusan, atau saya menggaji pekerja Indon atau Bangla yang konon status agamanya Islam, kemudian saya meletakkan logo Halal JAKIM (yang haram sebab logo palsu), JAKIM tidak ada sebarang kuasa untuk menghalang saya dari terus menggunakan logo tersebut. JAKIM hanya boleh membuat lawatan. Datanglah, melawatlah banyak kali pun, siapa yang hendak melarang? Jangan lupa bawa buah tangan sekali.

4. Timing yang tidak kena, agaknya. Sana-sini sedang mabuk dengan Piala Dunia. Mood penduduk Malaysia sedang melayani demam Piala Dunia.

5. Bagaimana dengan sebab ini: Sebab ada kaitan dengan nasyid. Orang ramai sudah mula mual dengan nasyid. Nasyid pun sudah sangat lesu akibat perbuatan anggota nasyid sendiri, yang sentiasa menjadikan kelentong sebagai gaya hidup (sebahagian besarnya), berjuang untuk duit bukan dakwah, bercakaran, jatuh-menjatuh, cantas mencantas. Kalaulah tidak dikaitkan dengan nasyid, mungkin lebih ramai yang berkunjung.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Di mana penghujungnya; usahakan penghujungnya pada permulaan

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu