Kita Sentiasa Dilarang Menjadi Kaya!
Posting pada:  24 Mar 2013 ( 2113 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Setiap hari, telinga kita mendengar 'larangan' umat Islam dari menjadi kaya. Siapa yang 'melarang' begitu? Umat Islam yang miskin, kecewa dan yang menunjukkan dirinya dengan penampilan 'Islamik'. Juga spesies 'self-acclaimed' ustad (selayaknya 'Ostad').

Rasa tidak selesa apabila disebut, "Umat Islam Mesti Kaya dan Kuat" -- seolah-olah kaya itu adalah larangan dalam Islam.



Apabila diminta dalil larangan tersebut, tidak ada jawapan. Apabila ditanya setuju atau tidak sekiranya ditukar, "Umat Islam Mesti Miskin dan Lemah," seperti biasa jawapan mereka berbelit-belit tidak menjawab secara objektif, sama ada 'Setuju' atau 'Tidak Setuju'.

Hanya menyebut seorang sahaja sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar as-Sidiq -- beliau adalah seorang yang kaya-raya hasil dari usaha beliau bisnes produk yang halal dengan urusan yang halal (bahkan sebelum memeluk Islam). Belum lagi sahabat-sahabat lain, termasuk sebahagian 10 sahabat yang dijamin masuk syurga -- kebanyakan mereka adalah kaya-raya. Mengapa, sekiranya sahabat-sahabat lain kaya-raya tetapi apabila sampai Rasulullah digambarkan Rasulullah SAW itu miskin, daif, serba kekurangan atau 'memiskinkan' dirinya?

Siapakah orang yang membebaskan 3 orang hamba -- Bilal bin Rabah, Amir bin Fuhairah, Zunairah dengan jumlah 40 ribu dirham atau 4 ribu dinar (1 dinar pada hari ini menyamai RM850 = RM3.4 juta)? Belau ialah Abu Bakar As-Sidiq. Bolehkah Abu BAkar berbakti begitu jikalau beliau miskin?

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kita akan 'melekat' kepada apa yang menjadi fokus

» Dari filem 'Kung Fu Panda' «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu