Buku yang ada muka
Posting pada:  03 Aug 2009 ( 1063 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam sudah lebih sebulan saya tak menulis di dalam web ini. Malangnya kita hanya mengeluh sahaja, "Cepatnya masa berlalu..." tanpa berbuat apa-apa, tanpa berusaha mengatasi masa. Sejak dari zaman purba hinggalah hari kiamat, manusia sentiasa dikalahkan oleh waktu. Apa yang kita boleh lakukan? Memanfaatkan setiap saat. Itu saja.


Diam tak diam, merenung masa lalu, sudah setahun saya tidak menulis buku baru. Buku tulisan saya "Rahsia Ajaib untuk Berjaya" terbitan tahun 2007 itulah sebenarnya terkini . Seperti baru 2 bulan tetapi sebenarnya sudah 2 tahun. Apa yang mampu saya lakukan? Hanya menggelengkan kepala, dan apalah agaknya jawapan saya di hadapan Allah kelak untuk soalan:

1. Mengapa tidak memanfaatkan anugerah Allah paling besar iaitu masa dan nyawa?
2. Mengapa miskin sedangkan Allah telah menaburkan kekayaan yang berlebih-lebih?
3. Mengapa kaya dengan jalan yang tidak berkat?

Sering kedengaran kata-kata "musang tak dapat anggur, dikata anggur itu masam" -- jangan kaya, nanti di akhirat banyak disoal. Saya bertanya kembali, "Kita kena miskinkah? Di mana kamu belajar hanya orang kaya sahaja kena soal jawab tentang harta? Orang miskin terlepas dari soal jawabkah? Kamu nak bagaimana? Nak orang Islam ini miskin, daif, ditindas, mensia-siakan anugerah Allah?"

Hanya ada satu cara sahaja iaitu memanfaatkan setiap saat. Kita tetap akan ditinggalkan masa. Tak mungkin mampu mengejar masa tetapi sangat mampu dikejar masa. Hukum Karma tetap terjadi -- jikalau hari ini atau masa lalu kita dikejar masa, hari ini atau akan datang kita akan mengejar masa. Tak mungkin manusia mampu mengejar masa. Tak mungkin sama sekali.

Kata purba, "Masa itu emas" sudah tidak boleh dipakai lagi. Ia lebih dari itu. Masa itu adalah nyawa. Masa itulah kehidupan kita. Tamat masa kita, tamatlah kehidupan kita. Kalau tamat sahaja tak mengapa, ini ada pula sangkut paut di alam sana pula.

Hanya apabila kita mengesahkan masa itulah kehidupan dan tempoh, maka sesungguhnya kita tidak berani lagi 'main-main'. Setiap saat dimanfaatkan, diisi dengan kebaikan. Lebih malang lagi, tempoh kita bukan makin bertambah tetapi makin singkat. Lebih malang, malang dan malang lagi, sudahlah masa makin singkat, beban makin bertambah, kerja makin banyak, keperluan makin meningkat.

Saya rasa tidak ada satu pun "Pakar Motivasi" Melayu yang mengajak membentangkan tinggal berapa hari lagi tempoh atau kehidupan atau nyawa kita. Kalau ada, sudah pasti ia meniru Gan Ah Seng, seorang jurulatih yang terkenal tetapi sentiasa mengelak publisiti. Sejak 25 tahun dahulu, Gan Ah Seng tidak pernah berhenti mengingatkan supaya memanfaatkan masa. Jikalau anda menghadiri kursusnya akan disuruh mengira berapa umur kita dan berapa jangka hayat manusia. Katalah jangka hayat manusia ialah 70 tahun, kini berumur 30 tahun, bermakna hanya tinggal 40 tahun sahaja jangka hayat kita. 40 tahun itu ditukar menjadi hari. Sesungguhnya hanya tinggal ribu hari sahaja lagi. Ditolak waktu tidur dan sebagainya, hanya tinggal berapa hari lagi. Itu jikalau sampai usia 70, 80, 100 tahun. Bagaimana jikalau tidak sampai?

Gan Ah Seng akan bertanya kembali, "Hanya tinggal banyak itu sahaja masa kita, tempoh kita. Masih lagi hendak buang masa? Masih lagi nak ketawa hahaha, masih lagi nak korek hidung sepanjang hari?"

-----

Tiga minggu lepas saya sign-up FACEBOOK. Apa nak diterjemahkan? Mukabuku? Bijak atau tidak mereka memilih domain. Memang pelik nama Facebook itu, tetapi jangan lupa, manusia memang sentiasa ingin tahu sesuatu yang pelik. Saya sangkakan dahulu ia ada kaitan dengan penulisan buku, membaca buku. Tetapi mengapa ada muka? Pelik itulah yang menyebabkan orang berkunjung ke Facebook dan menjadi ahli.

Dua tahun lepas, seorang sahabat, Haji Jamali, salah seorang pengarah di Jaring mengajak saya menyertai Facebook. "Apa benda tu?" Saya bertanya. "Social Networking." Jawab beliau. "Isk, dah tua-tua nak join... budak-budak remaja bolehlah." Saya menolak. "Facebook untuk orang-orang tua. Friendster, Myspace untuk budak-budak remaja...." Jawab Haji Jamali.

Sebaik sahaja saya hendak sign-up, terlihatlah status yang memualkan di YM. Salah seorang yang sedang YM meletakkan status, "Sedang ketagih Facebook." Seolah-olah memberitahu umum bahawa dia sajalah yang tahu Facebook. Terus saya tidak jadi menyertainya kerana anggapan saya Facebook adalah untuk orang-orang yang 'gila perhatian' seperti si polan.

Hinggalah baru-baru ini apabila saya mendapat tahu orang-orang besar seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nizar, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Raja Petra, Mbakyu Ainon Mohd., dan lain-lain tokoh adalah pengguna Facebook, barulah saya menyertai berbekalkan rasa ingin tahu. Seperti biasa sesudah tokoh-tokoh Pakatan Rakyat mendahului barulah puak-puak UMNO mengikuti di belakang. Tetapi yang pasti, seperti biasa, mereka akan mencanangkan bahawa merekalah yang mendahului.

Facebook bukan yang pertama kerana sebelum Facebook, banyak sekali web social network seumpamanya. Tetapi mengapa Facebook nampaknya semakin maju? Kalau di Malaysia, tidak keterlaluan dikatakan punca ia popular kerana tokoh-tokoh Pakatan Rakyat mendahuluinya.

Facebook dicipta berdasarkan keinginan semula jadi manusia yang mahu BERKAWAN dan mendapat PERHATIAN. Anda boleh melihat sendiri status yang mereka tulis pada wall.

Ada yang cuba menggunakan Facebook untuk menjual produk. Saya rasa ia tidak mendatangkan kejayaan. Saya sering memerhatikan cara mereka yang berjaya menggunakan Facebook. Sudah tentu tumpuan saya kepada Mbakyu Ainon Mohd. Beliau menggunakan Facebook bukan untuk menjual tetapi untuk PROMOSI dan PEMASARAN buku-buku PTS dan bisnes PTS. Tahu apa asas pemasaran? Semakin ramai yang melihat, mendengar, semakin banyak yang boleh dijual.

Dari mana agaknya Facebook memperolehi wang juta-juta. Beberapa kali dikatakan, salah satu cara untuk menjadi "jutawan internet" adalah menjadi sebahagian dari internet seperti Google, Yahoo, Myspace, Twitter, Facebook. Tahun lepas dikatakan, pendapatan Facebook mencecah USD$400 juta. Dari mana wang itu? Dari iklan. Berebut-rebut orang yang hendak mengiklan menggunakan kaedah PPC (Pay per click). Hanya dibayar apabila ada yang klik. Katalah anda mengiklankan satu produk di Facebook. Jikalau ada yang klik iklan anda itu sahaja barulah anda membayar kepada Facebook. Oleh kerana makin berebut yang hendak mengiklankan, Facebook mengadakan polisi mudah -- "berapa anda sanggup bayar?" Jikalau tinggi yang anda sanggup bayar, iklan anda itu akan berada di atas dan kerap muncul. Sebagaimana asas pemasaran, semakin kerap dilihat, didengar, semakin banyak yang membeli atau klik. Jadi, hanya yang sanggup bayar tinggi sahajalah iklan mereka akan kerap di keluarkan dan diklik. Pandai atau tidak Facebook mencari wang hingga berjuta-juta USD setiap hari? Ingat, pengguna Facebook sudah mencecah 250 juta di seluruh dunia. Kalau ikut Hukum Angka, berapa agaknya jikalau hanya 1% sahaja yang klik iklan sebulan? Mengikut statistik, purata setiap pengguna Facebook menghabiskan masa 19 minit setiap hari di Facebook.

Begitulah, perubahan besar dalam dunia internet berasaskan keinginan semulajadi manusia yang mahu berkawan kerana tidak ada satu manusia pun yang boleh hidup sendiri. Juga berasaskan keinginan semulajadi manusia yang mahukan perhatian.

Mula-mula dahulu adalah IRC -- laman perbualan sedunia untuk berkawan dan bermusuh, mencari perhatian. Memang dahsyat sekali penangan IRC. Itulah paling hebat maklumlah baru kenal internet. Kemudian semakin lenyap, muncul pula YM, menyebabkan IRC makin dilupakan. Selang di antaranya muncul Komuniti atau Forum. Ia bertahan lama sehingga hari ini, namun kemunculan Social Network makin menjadi ancaman kepada Komuniti dan Forum. Begitu juga, makin banyak masa dihabiskan di Facebook berbanding melayari dan membaca blog.

Berapa lama Facebook akan bertahan? Sudah tentu akan muncul yang baru dan menenggelamkan Facebook. Akan datang pasti ada lain yang dicipta mengatasi Social Network bagi memenuhi keinginan semulajadi manusia.

Berikut ini sedikit sejarah tentang Facebook. Saya ambil dari sini: http://publishedmind.blogspot.com/2008/03/sejarah-facebook.html (Bahasa Indon). Bukan untuk membanggakan, tetapi mungkin kita boleh mempelajari sesuatu darinya:

Quote:


Facebook diluncurkan pertama kali pada tanggal 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.

Dalam waktu dua minggu setelah diluncurkan, separuh dari semua mahasiswa Harvard telah mendaftar dan memiliki account di Facebook. Tak hanya itu, beberapa kampus lain di sekitar Harvard pun meminta untuk dimasukkan dalam jaringan Facebook. Zuckerberg pun akhirnya meminta bantuan dua temannya untuk membantu mengembangkan Facebook dan memenuhi permintaan kampus-kampus lain untuk bergabung dalam jaringannya. Dalam waktu 4 bulan semenjak diluncurkan, Facebook telah memiliki 30 kampus dalam jaringannya.

Dengan kesuksesannya tersebut, Zuckerberg beserta dua orang temannya memutuskan untuk pindah ke Palo Alto dan menyewa apartemen di sana.

Setelah beberapa minggu di Palo Alto. Zuckerberg berhasil bertemu dengan Sean Parker (cofounder Napster), dan dari hasil pertemuan tersebut Parker pun setuju pindah ke apartemen Facebook untuk bekerja sama mengembangkan Facebook. Tidak lama setelah itu, Parker berhasil mendapatkan Peter Thiel (cofounder Paypal) sebagai investor pertamanya. Thiel menginvestasikan 500 ribu US Dollar untuk pengembangan Facebook.

Jumlah account di Facebook terus melonjak, sehingga pada pertengahan 2004 Friendster mengajukan tawaran kepada Zuckerberg untuk membeli Facebook seharga 10 juta US Dollar, dan Zuckerberg pun menolaknya. Zuckerberg sama sekali tidak menyesal menolak tawaran tersebut sebab tak lama setelah itu Facebook menerima sokongan dana lagi sebesar 12.7 juta US Dollar dari Accel Partners. Dan semenjak itu sokongan dana dari berbagai investor terus mengalir untuk pengembangan Facebook.

Pada September 2005 Facebook tidak lagi membatasi jaringannya hanya untuk mahasiswa., Facebook pun membuka jaringannya untuk para siswa SMU. Beberapa waktu kemudian Facebook juga membuka jaringannya untuk para pekerja kantoran. Dan akhirnya pada September 2006 Facebook membuka pendaftaran untuk siapa saja yang memiliki alamat e-mail.

Selain menolak tawaran dari Friendster seharga 10 juta US Dollar, Zuckerberg juga pernah menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook seharga 750 juta US Dollar, dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook seharga 1 milyar US Dollar.

Tidak ada situs jejaring sosial lain yang mampu menandingi daya tarik Facebook terhadap user. Pada tahun 2007, terdapat penambahan 200 ribu account baru perharinya Lebih dari 25 juta user aktif menggunakan Facebook setiap harinya. Rata-rata user menghabiskan waktu sekitar 19 menit perhari untuk melakukan berbagai aktifitas di Facebook.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Apa yang diucap, apa yang ditulis akan berkekalan. Berhati-hati. Jangan diri sendiri yang merosakkan diri sendiri.

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu