Babi!... Melayu!!!.... Melayu!!! Babi!!!
Posting pada:  27 May 2009 ( 1448 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kita bercerita mengenai babi pada kali ini. Babi adalah babi. Khinzir itu bahasa Arab. Kalau bahasa Melayu, kekal "Babi". Idea ini saya peroleh, semalam, saya terlihat sebuah kereta sport berwarna merah, nombor platenya: BAB 1. Memang cantik nombor itu. Kalau saya, pasti saya rapatkan menjadi BAB1. Nanti suatu hari, jikalau saya telah terlebih duit, akan saya cari plate nombor JAW 4 atau JAV 4. Cuba rapatkan.

Dan kebetulan, kisah yang akan saya kaitkan dengan cerita kali ini ada kaitan dengan kaumku, kaum Jawa. Takkan Jawa Hilang Di Dunia. Ada pula yang mengatakan, "Mana nak hilang, makin hari makin bertambah. Beratus ribu kaum Jawa datang dari seberang setiap bulan." "Isk... Itu lain, itu pendatang haram. I am talking about Jawa Malaysia. Malaysian Javanese. Piyeto?" Piyeto bermakna: "Bagaimana itu?"

Berbagai-bagai angkara yang berpunca dari babi. Sampai sekarang kita masih tidak mengerti apa hikmahnya Allah menciptakan makhluk babi ini. Semasa kecil dahulu, saya bercerita dengan kawan-kawan -- mengapa Allah mencipta cicak? Apa hikmahnya. Sampai sekarang tidak mendapat jawapan. Tetapi yakin amat dengan kuasa Allah -- setiap apa yang dicipta, disediakan di sekeliling kita, ada faedahnya untuk manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan.

Pekan Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan, ranap akibat penyakit yang disebabkan oleh babi. Penyakit JE. Selepas itu kedengaran pula penyakit Nipah. Selepas itu Koksaki B, pun disebabkan oleh babi. Arwah Abang Pattihi yang berasal dari Sarawak berkata, "Bagaimana tidak terkena penyakit itu, ada yang bela babi di bawah rumah, di Sarawak."

Babi membawa kemewahan kepada penternaknya tetapi akhirnya membawa akibat yang buruk kepada penternaknya, pekerja ladang ternakan dan pemakannya. Bagaimana hendak membayangkan kemewahan penternak babi di Bukit Pelanduk itu? Pekannya kecil, dua baris kedai papan dan batu. Pekan tradisional, tak lebih dari 50 kedai. Dikatakan lebih banyak babi dari manusia di Bukit Pelanduk. Mungkin sama seperti di New Zealand, lebih banyak kambing biri-biri berbanding manusia. Ada 3 buah bank di Pekan Bukit Pelanduk pada masa itu. Pelik bukan, pekan kecil ada 3 buah bank. Mewah atau tidak mewah pekan yang berbau busuk dengan najis babi itu jikalau ada 3 buah bank di situ? Pada suatu ketika, kerana sudah terlebih duit, pada malam Tahun Baru Cina, mereka membakar mercun yang bernilai RM25,000.

Kini pula muncul selsema babi. Tapi, sayang seribu kali sayang, di Malaysia ini lebih gemar menukar istilah berbanding menanganinya. Selsema babi diubah menjadi A H1 N1. Bukan berusaha menanganinya. Istilah tak penting, yang penting ialah "bagaimana" cara menanganinya. Kita dah muak sangat dengan "mengapa" yang disuarakan oleh menteri, ahli politik bahkan "pakar motivasi" atau apa saja "pakar" yang selalu disuarakan oleh media. Kita hanya mahukan "bagaimana". Cukuplah sudah dengan "Mengapa" sebab "mengapa" tidak membawa ke mana-mana. "Bagaimana" yang membawa kepada tindakan. "Mengapa" hanya cakap-cakap kosong dan "melepaskan diri, cover line, mengelak dari bertindak atau tidak tahu apa sebenarnya yang diucap". "Bagaimana" adalah tindakan dan cara bertindak. "Kita mesti pandai berjimat-cermat" -- itu contoh "mengapa" Itu budak tadika pun tahu. Sekarang soalnya ialah "bagaimana" hendak berjimat di kala perolehan sentiasa kurang dari perbelanjaan. Janganlah belit-belit "mengapa" kita mesti berjimat-cermat. Itu budak tadika pun tahu cakap. Sebut saja "bagaimana" cara mudah hendak berjimat-cermat dengan menggunakan dua perkataan mudah sebelum membeli: "Keinginan" atau "Keperluan". Kalau keinginan, lupakan sama sekali. Kalau "keperluan" adakah ia keperluan yang mendesak? Jika bukan terlalu mendesak, jangan beli. Mudah. Tak payah belit-belit "mengapa".

Apa kaitannya babi dengan cerita saya berikut ini? Kaitannya ialah tentang komunikasi. Betapa pentingnya komunikasi dalam hidup ini. Jangan sekali-kali ambil ringan tentang komunikasi. Setiap saat kita berkomunikasi dengan diri sendiri. Sepanjang masa kita berkomunikasi dengan manusia, haiwan, pokok di sekeliling kita. Apabila kita menyebut jangan ambil ringan tentang komunikasi, maknanya, hendaklah sentiasa belajar tentang komunikasi sepanjang masa, selagi hayat dikandung badan.

Silap komunikasi, salah faham dengan apa yang diucapkan, boleh menyebabkan huru-hara bahkan peperangan sebagaimana cerita di bawah ini:

Dalam satu penempatan kaum Jawa ditempatkan di sebelah barat dan kaum Melayu di sebelah timur. Mereka ditempatkan di dalam sebuah penempatan baru. Saban hari, beratus-ratus kaum Melayu dan Jawa keluar ke hutan untuk menebang, membersihkan hutan bagi kegunaan penempatan mereka.

Tiba-tiba pada suatu hari, salah seorang dari kaum Jawa melaung, "Melayu!!! Babi!!! Babi!! Melayu!!!" berulang-ulang.

Sudah pasti kaum Melayu mengamuk mendengar mereka dihina dan disamakan dengan 'babi'. "Celaka punya Jawa, kita tak pernah kacau mereka, mereka cari pasal pula." Mereka pun mengumpulkan 'bala tentera' mereka. "Dengar sini semua! Hari ini tanpa sebarang sebab, kita telah dihina oleh kaum Jawa di sebelah sana itu. Kita dihina dan disamakan dengan babi. Adakah kita akan berdiam diri kerana maruah kita dicabar? Adakah kita akan membiarkan kaum kita dihina demikian rupa?" Ketua mereka membakar semangat.

Serta-merta mereka 'mengaum' dan terus menyerang kaum Jawa. Kaum Jawa terkejut dan bertempiaran diserang oleh kaum Melayu. Ramai yang telah terbunuh. Esoknya, ketua kaum Jawa pula memberi kata-kata semangat kepada kaumnya untuk membalas serangan:

"Kita diserang tanpa sebab oleh kaum Melayu! Adakah kita akan berdiam diri? Memang Melayu goblog, kita tak pasal-pasal diserang! Sekarang, kita mesti serang balik!"

Bermula dari saat itu terjadilah pertempuran antara kaum Melayu dengan kaum Jawa. Menurut yang empunya cerita, 'peperangan' itu berlarutan hingga bertahun. Selepas ketua kaum masing-masing terbunuh, barulah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan rundingan damai.

Di dalam perundingan itu, timbalan ketua kaum Jawa bertanya kepada timbalan ketua orang Melayu:

"Apa sebenarnya punca kaum kamu memulakan serangan kepada kaum Jawa?"

"Puncanya kami dihina disamakan dengan babi."

"Kami tak berapa faham, boleh tolong jelaskan?" Tanya timbalan ketua kaum Jawa.

"Salah seorang dari kamu, tak pasal-pasal melaung menghina kami, "Melayu Babi!! Babi!! Melayu!" Cuba kalau kami pula yang melaung, "Jawa Babi!!! Babi!! Jawa!!" tentu kamu pun marah bukan?" Timbalan ketua kaum Melayu menjelaskan.

"Ya Rabbi... kamu kaum Melayu sudah salah faham. "Melayu" dalam bahasa Jawa bermakna "Lari." Kami ternampak babi lalu kami melaung supaya lari menyorok, kalau tidak kena sondol, bukan menghina kamu kaum Melayu. Kalau diterjemah dalam bahasa Melayu menjadi, "Lari!!! Babi!!!" Bukan menghina kamu."

"Hah??!!"

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, maka Allah akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba selama dia mahu menolong saudaranya.

» Hadis Riwayat: Muslim «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu