Pernah dengar Maghthuba?
Posting pada:  08 May 2009 ( 1110 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apa benda "Maghthuba" itu? Anda tentu tidak pernah mendengarnya seumur hidup anda. Tapi saya bersama lebih kurang 30 orang Islam, baru-baru ini pernah mendengarnya dalam keadaan yang pelik. Nanti saya ceritakan.

Lain kali, apabila hendak berjemaah di surau atau masjid, jangan terus serbu dan menyertai. Lihat dahulu siapa imam di depan. Jikalau rakyat Malaysia, pun kena berhati-hati, apatah lagi jikalau bukan rakyat Malaysia. Jikalau orang yang wajahnya Timur Tengah, lagilah berpuluh-puluh kali ganda berhati-hati. Gerak hati amat penting di sini. Apabila hati anda was-was dan berkata-kata tentang imam di depan, hentikan, jangan berjemaah, atau cari imam lain yang boleh diikuti. Atau jikalau anda benar-benar yakin dengan bacaan, rukun sembahyang, kebersihan diri dan pakaian, pergi ke depan dan "lantik" diri sendiri menjadi imam. Ingat, "sangka baik" bertempat. Jikalau hati anda berkata-kata, "Macam tak boleh percaya saja ni..." sememangnya anda tidak percaya. Kata-kata purba yang sentiasa tepat, "Jikalau ia sukar untuk dipercayai, sememangnya ia sukar dipercayai."

Ingat -- jikalau tidak bersetuju dengan imam di depan, sembahyang kita adalah cacat dan mungkin juga batal. Jikalau cacat Fatihah bermakna merosakkan salah satu dari 13 rukun solat. Ini yang saya kutip dari laman web:

Quote:


Soalan : Saya sembahyang dalam keadaan tahu bacaan Fatihah saya tidak betul tajwidnya. Sahkah sembahyang saya?

Jawapan : Bacaan Al-Fatihah termasuk dalam rukun. Tidak membacanya tidaklah sah sembahyang. Kalau setakat tidak betul tajwid ( panjang pendeknya ) sembahyang masih sah, Cuma berdosa sebab tidak membaca dengan betul. Tetapi kalau bacaan salah sehingga merubah makna ayat samalah macam tidak membaca Fatihah.

Orang yang tidak betul tajwidnya tidak boleh menjadi imam kepada orang yang fasih. Mereka ini digalakkan bersembahyang jamaah ( mengikut imam ) agar dapat mendengar bacaan imam dengan betul dan belajar secara tidak langsung.

Carilah juga guru untuk membetulkan tajwid saudari. Semoga saudari mampu menghasilkan sembahyang yang baik untuk menambah pahala.



Kisahnya, pada Pesta Buku 2009 lepas, surau-surau di PWTC penuh. Saya tidak tahu adakah ia penuh sesak pada persidangan UMNO. Tak berani nak cakap sebab tak pernah berada di surau semasa persidangan UMNO di PWTC tetapi memang tahu, persidangan UMNO rehat masa Zohor, masuk semula selepas Zohor, tidak berhenti pada waktu Asar dan Maghrib, selalunya terbabas sehingga lepas Isya'. Bolehkah saya bersangka baik di sini?

Saya lihat salah seorang pempamer buku, jika dilihat pada wajahnya, seperti dari Timur Tengah, berdiri di depan hendak berjemaah dengan 2 orang rakannya lagi. Jadi, saya masuk sekali. Tak lama kemudian panjanglah saf makmum, lebih kurang 30 -- 50 makmum. Sembahyang Maghrib 3 rekaat dengan 2 rekaat pertama bacaan Fatihah dan ayat Quran adalah kuat. Bacaan Fatihah "imam" yang "melantik" dirinya sendiri itu bagus, jelas dan tepat sebagaimana yang kita pelajari sejak dari kecil. Cuma pada ayat terakhir, saya dan mungkin semua jemaah yang mendengarnya berasa agak pelik kerana sepatutnya menyebut, "Maghthubi alaihim..." tetapi menyebut, "Maghthuba alaihim." Adakah dia tidak tahu? Adakah memang begitu bacaannya di negara dia? Adakah dia tahu tetapi sengaja mengubahnya untuk menunjukkan dia lebih tahu. Tak sengaja? Kalau tak sengaja tenatu hanya sekali dan segera diubah kepada bacaan sebenar.

Saya tidak belajar bahasa Arab jadi tidak tahu adakah ia mengubah makna. Adakah "Maghthuba" itu sama makna dengan "Maghthubi"? Yang paling utama, Fatihah itu mesti sama dengan Fatihah yang dipelajari, didengar sejak masih dalam buaian lagi. Tiba pada hari tersebut entah "imam" bengong dari mana tiba-tiba mengubahnya bacaan asal kepada "Maghthuba." Sampai hari ini saya masih menyumpah kerana memandai-mandai mengubah bacaan Fatihah. Kenapa, kenapa, kenapa? Apa sebabnya diubah?

Untuk mengesahkanya, saya mencari di dalam YouTube dan sumber lain. Tidak ada satu pun bacaan yang menyebut "Maghthuba". Setiap Ramadan, TV1 menyiarkan sembahyang terawih secara langsung dari Mekah, belum pernah sekali pun imam menyebut "Maghthuba." Bukalah muqadam, perhatikan barisnya di bawah huruf "Ba" menjadikan sebutannya "Bi". Kalau barisnya di atas barulah boleh disebut "Ba."

Salah siapa? Salah saya sendiri kerana terpedaya dengan 'branding' purbakala atau 'branding' ciptaan orang yang tidak berilmu tetapi memandai. Konon kalau dari Timur Tengah itu Islamnya hebat. Siapa yang memandai dan mencipta branding begitu? Ia sama saja dengan branding, "No Pork" -- memang halal. Kalau tulisan jawi -- halal dan Islam. Jikalau dari Arab, itulah Islam contoh. Asalkan pakai jubah, kopiah, islam mereka hebat. Sekian lama kita terpedaya dengan branding begitu.

Mengikut cerita dari yang empunya cerita, ada pekedai yang berjualan di sekitar Masjdil Haram itu tidak pernah sembahyang di Masjidil Haram sebaliknya sembahyang di dalam kedai. Bahkan itu dikira bonus, sebab ramai tak sembahyang dan rancak berjualan semasa imam membaca Fatihah di dalam Masjid. Itu saya tak pasti, sebab saya hanya dengar-dengar. Bersangka baik -- mungkin mereka beragama Kristian. Tidak semestinya semua Arab itu Islam. Tidak semua bangsa Israel itu beragama Yahudi. Ada yang Islam. Jangan terkejut sebab itulah realitinya.

Suatu hari saya ternampak orang dari Timur Tengah bersolat di dalam surau Sungai Wang Plaza, tidak tahu negara mana tetapi dapat mengagak kemungkian Iraq. Apa yang dia lakukan di dalam solatnya tidak termaktub dalam 13 rukun sembahyang. Diletakkan batu kecil leper dan halus di tempat sujud. Apabila sujud, dahi mencecah batu tersebut. Sudah siap solat, batu dimasukkan ke dalam poket. Sudah tentu saya musykil. Ajaran apakah itu? Jadi, mulai hari ini hapuskan sama-sekali branding kalau Arab itu hebat Islamnya. Itu branding ciptaan orang yang kurang ilmu.

Sebagai tambahan, jikalau anda seorang Imam, berhati-hati apabila menyeru kebaikan sebab nanti JAWI, RUMI, JAIS, AHMAD JAIS, JAKIM akan memecat anda. Tak tahulah, apa penyakitnya badan yang kononnya bertanggung jawab dengan Islam itu. Di Malaysia ini, menyeru kebaikan berisiko, tetapi menyeru keburukan dan kejahatan, langsung tidak ada risiko. Penceramah yang selalu menyeru, mengajak ke syurga akan ditangkap dan didakwa. Betul? Biasa melihat dan mendengar begitu? Artis yang mengajak merintis jalan ke neraka disanjung pula. Pernah mendengar atau melihat artis ditangkap kerana mengajak dan merintis jalan ke neraka? Cuba fikirkan dengan penuh rasa musykil dan pelik, bagaimana seorang Imam di Masjid Umar Al-Khatab di Damansara Height yang menyeru kebaikan, dipecat. Ini beritanya yang diambil dari Malaysiakini. Bacalah dengan penuh musykil dan pelik:

Quote:


Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Jimadie Shah Othman | May 5, 09 4:24pm
kemaskini 5.49pm

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Umar Al-khattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Syamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Ia belum berakhir selagi belum berakhir

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu