Masih ramai doktor dan jururawat bengong
Posting pada:  14 Apr 2006 ( 2277 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Pernah mengalami? Saya pernah mengalami keadaan di hospital kerajaan. Doktor dan jururawat yang bertugas perlu ditarbiyah -- mereka berhadapan dengan pesakit yang membawa hanya satu harapan saja -- "AKU NAK HIDUP".

Walaupun datang hanya mengadu sakit kepala -- tetap dia membawa keinginan AKU NAK HIDUP kerana bimbang, mungkin sakit kepala yang berterusan itu simptom penyakit yang lebih besar. Ada orang pening kepala berjumpa doktor? Biasanya hanya beli Panadol di kedai. Sakit kepala dengan pening kepala dua penyakit yang berbeza.

Adakah jururawat dibayar gaji untuk untuk memarahi pesakit dan memberi layanan yang kasar? Kalau begitu, mintalah kerja lain -- jadi warder misalnya.

Saya ingatkan kes doktor dan jururawat bengong ini hanya berlaku di tahun 70'an atau 80'an di mana ketika itu kebanyakan jururawat di hospital kerajaan perasan diri mereka adalah First Lady di White House. Rupa-rupanya masih berleluasa.

Seorang student pengurusan berkata, "Kang ingat Doktor tu pandai ke? Dia hanya menghafal bukan berfikir. Hafal penyakit dan cara pengubatan. Jangan sangka student Medik itu lebih pandai dari student lain."

Kalau doktor medik hanya menghafal penyakit dan ubatnya, bagaimana pula dengan Dr. Ayam, Dr. Palsu, Dr. Hang Tuah, Dr. Warna-Warni (dipanggil warna-warni sebab pakai kot warna kuning dan pink). Rasanya lebih rendah martabatnya dari ayam. Ayam banyak berjasa, Dr Ayam menyusahkan masyarakat dengan kelentong.

Hanya menghafal peyakit dan pengubatan. Itulah pentingnya diterapkan "Pendidikan Sepanjang Hayat". Mereka graduate pada tahun 2000 misalnya -- dari tahun 2000 hingga 2007 berbagai virus, penyakit baru telah timbul. Jadi, bolehkah pelajaran pada tahun 2000 itu digunakan lagi pada tahun 2007? Asasnya sama saja -- nadi, tekanan darah, perubahan warna tekak, pergerakan anak mata, suhu badan tetapi ia mesti diperkayakan sebab banyak penyakit baru yang memerlukan ilmu-ilmu baru untuk perawatan.

Sama dengan tukang gunting. Asasnya sama iaitu menggunting dengan menggunakan gunting dan sikat, dicelah jari. Itu asasnya tetapi perubahan fesyen dari remos (zaman dahulukala) hingga GI cut memerlukan ilmu. Peningkatan bisnes juga memerlukan ilmu berterusan. Itulah pentingnya Pendidikan Sepanjang Hayat.

Bagaimana kalau kita sakit kronik yang memerlukan rawatan serius? Nak ke hospital swasta tak mampu. Insuran boleh bayar, tapi kita tak pernah beli insurans. Nak ke hospital kerajaan dikhuatiri "mati sebelum mati". Apa pilihan kita? apa pilihan kita bila rawatan pun dibisneskan? Bagi yang mampu, yang kaya raya, biarlah ke hospital swasta yang keuntungannya ratusan juta dan "sales" mencecah billion ringgit. Bagi yang tak mampu macam aku ini, apa pilihan?

Inilah akibatnya jika yang diatas sekali sentiasa blurr... Lihat sajalah Menteri Kesihatan kini yang blurr, lepas tangan dan sentiasa gilakan publisiti. Persamaannya -- mutu pelajaran, pembelajaran, guru makin merosot sebab yang di atas sana hanya suka mencabut keris sampai ada yang menggelarnya Menteri Keris. Perlu diwujudkan satu kementerian baru -- Kementerian Keris dan Cakap-cakap.

Saya menerima forward emel berikut ini, didedahkan di sini supaya kita sama-sama tahu dan kalau boleh turut sama merasai bagaimana penderitaan yang dialami oleh pesakit tersebut:


Quote:

From: Seri Rahayu Razali
Sent: 12 December 2006 12:31
Subject: FW: Pesakit Barah Diseksa Mati Di Hospital Kerajaan

Pesakit barah dipinggirkan daripada rawatan asas (Basic treatment) sengaja dibiarkan mati dalam keadaan penuh keseksaan di Wad 3 sebuah Hospital kerajaan di Manjung

Bapa saya dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Seri Manjung daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - PJ untuk rawatan Palliactive. Keadaan bapa saya o.k Cuma tidak boleh makan dan minum sebab sistem penghadaman rosak disebabkan oleh barah. Beliau bergantung kepada TPN. Sikap segelintir jururawat dan doktor di hospital itu memberi layanan yang begitu teruk terhadap pesakit barah dan dipinggirkan daripada rawatan serta membuat penipuan atas keputusan pemeriksaan terhadap pesakit (observation chart). Mengapa PPUM boleh memberi layanan yang begitu baik terhadap bapa saya tetapi Hospital Kerajaan ini tidak? Saya ingin memghuraikan kronologi rawatan buruk dan insiden terhadap bapa saya.

1) Masuk Hospital Kerajaan di Seri Manjung pada 31/10/2006

Beliau demam pada waktu malam, bagi tahu jururawat tetapi disuruh beritahu doctor pada keesokan pagi sebab waktu malam tidak ada doktor yang bertugas dan ubat. Adik saya terpaksa membeli ubat dari luar untuk bapa saya.

Mengapa ini boleh berlaku?


2) Sikap angkuh dan kurang ajar dua orang jururawat Noraini dan Siti Habibah enggan membantu kami apabila mereka diperlukan. Sebaliknya, mereka memaki ibu saya serta menengking bapa saya (pesakit) walaupun ibu saya merayu jangan marah bapa saya tetapi jururawat tersebut tetap berbuat demikian. Jururawat tersebut juga mengugut bapa saya akan menghalau beliau keluar daripada hospital jika selalu memanggilnya dan membuat aduan. Padahalnya, jururawat itu tidak sibuk dan duduk bersembang di kaunter .

Apakah salahnya jika kami memanggilnya hanya kerana memerlukan penjagaan jururawat? Ke manakah perginya Prinsip Kejururawatan (senyum, sayang, segera, sentuh dll).


3) 11/11/2006 kira-kira 5pm

Bapa saya kelihatan pucat, restless dan susah bernafas saya menanya jururawat keadaannya, mareka menyatakan tekanan darah rendah 100/60. Bila doktor datang, terus memberitahu kami ia adalah kesan Morphine tanpa melihat dan memeriksa bapa saya. Kemudian, terus beredar. Begitu pandaikah doktor? Inikah etika seorang profesion yang bergelar doktor? Mengapa tidak bertanggungjawab langsung terhadap nyawa pesakit?


4) 12/11/2006 - 2pm

Keadaan bapa saya bertambah serius dan tekanan darah turun ke 80/40, bapa saya sangat restless dan bola mata melihat ke atas dan tidak berdaya untuk bercakap langsung. Adik saya segera bergegas ke kaunter jururawat meminta pertolongan dalam keadaaan kelam kabut. Jururawat membawa peralatan dan memberi oksigen kepada pesakit. Malangnya, peralatan perubatan tidak berfungsi. Begitukah Nursing Care sehingga pesakit dekat collapse pun tidak tahu? Kemudian datang seorang doktor Melayu perempuan dengan selamba saja memeriksa pesakit. Selepas itu, memberi ibu saya borang D.I.L (Dangerous Ill List) untuk ditandatangani. Doktor tersebut ditegur oleh bapa saudara untuk menyelamatkan pesakit dahulu, tandatangan D.I.L tidak penting. Bapa saudara saya mengatakan pesakit kelihatan sangat pucat dan memerlukan darah. Selepas itu, doktor baru menghantar spesimen untuk mengesan tahap darah. Tidak lama kemudian, keputusan HB Hemoglobin 4.4gm. Mengapakah doktor tidak membuat pemantauan darah sehingga keadaan begitu teruk? Ini adalah disebabkan oleh kecuaian rawatan doktor yang menjaga kes ini. Inikah dipanggil amalan perubatan yang professional dan penyayang?


5) 14/11/2006 - 2pm

Central Vein Line Blockage selama 7 jam tidak dihiraukan oleh jururawat dan doktor. Bapa saya bergantung kepada Central Vein Line untuk hidup melalui cecair (TPN) ?Peripheral vein semua rosak. Ada doktor datang tetapi mengatakan beliau tidak tahu buat (dislodged obstruction). Hanya doktor pakar tahu buat. Ke manakah perginya dua orang pakar kontrak surgikal apabila diperlukan? Sikap pakar yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika harus diambil tindakan. Keadaaan bapa saya bertambah serius sehingga adik saya dan bapa saudara saya terpaksa mengadu kepada pengarah hospital. Setengah jam kemudian, pakar surgikal dan pengarah hospital datang melawat bapa saya. Sejak bapa saya dimasukkan ke Hospital Kerajaam ini, pakar surgikal tidak pernah datang merawatnya. Hanya selepas mengadu kepada pengarah barulah nampak batang hidungnya. Apa gunanya pakar berada di Hospital Kerajaan ini? Apa gunanya mengupah doktor kontrak ini yang tidak mahu membantu merawat pesakit serta tidak bertanggungjawab? Mengapa hospital lain juga mempunyai dua orang pakar tetapi boleh memeriksa bapa saya setiap hari? Walaupun hospital ini lebih besar daripada Hospital Kerajaan di Seri Manjung.


6) 16/11/2006 - 4:30pm

Keadaan bapa saya berubah lagi jadi restless dan keliru disebabkan dehydrated. Nasib baik ada seorang pakar luar datang melawat bapa saya. Pada masa yang sama beliau telah memberi pertolongan dan merawatnya dan nyawanya diselamatkan. Selepas memberi satu pint cecair bapa saya pulih sedikit. Selepas itu doktor panggilan baru tiba. Mengapa doktor panggilan tiba lambat?


7) 17/11/2006 - 2pm

Keadaan bapa saya masih tidak beransur baik mukanya pucat dan restless. Kami tidak boleh buat apa-apa lagi sebab sudah membuat aduan kepada pengarah (14/11/2006). Doktor dan pakar masih tidak mahu merawat bapa saya. Sikap doktor dan pakar yang degil dan tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit barah/ secara tidak langsung ingin menyeksa bapa saya sehingga mati.

Bapa saya kelihatan sangat pucat dan tenat, saya pun tanya jururawat Hemoglobin iaitu 6.5gm (16/11/06). Saya tanya mengapa tidak membuat pemindahan darah. Bapa saya kelihatan semakin pucat.

Datang Dr. Kelvin (Lelaki Cina) mengatakan tidak perlu membuat pemindahan darah dan tidak memberikan sebab. Adik saya berkata sanggup menderma darah kepada hospital atas pemindahan darah kepada bapa saya.

Namun tiada rawatan yang sepatutnya diambil, keengganan doktor memberikan rawatan secara tidak langsung memaksa kami keluar dari Hospital Kerajaan itu. Kami terpaksa mengambil tindakan jika tidak, bapa saya akan mati akibat kekurangan darah. Kami tidak sanggup mempertaruhkan nyawa bapa saya sekali lagi.


8) 17/11/2006 - 4:10pm

Adik saya terpaksa mengegaskan bapa saya ke pusat rawatan swasta untuk menyelamatkan nyawanya. Semasa di hospital swasta doktor segera membuat pemeriksaan tekanan darah 70/30 dan hemoglobin 6.0 gm. Doktor tersebut terus membuat pemindahan darah untuk menyelamatkannya.

Saya ingin menekankan beberapa perkara seperti berikut adalah kecuaian rawatan yang disengajakan oleh pihak unit surgical Hospital Kerajaan di Seri Manjung:

1) Mengapa pesakit barah perlu dipinggirkan? Doktor dan jururawat tidak masuk ke dalam bilik membuat pemeriksaan. Begitu handalkah doktor dengan hanya melihat melalui cermin dan catitkan dalam rekod pesakit? Ini semua merupakan pemalsuan rekod pesakit. Inilah sebab utama mereka tidak tahu perkembangan pesakit sehingga hemoglobin rendah sampai ke tahap yang merbahaya.

2) Bapa saya mempunyai hak kemanusiaan untuk hidup. Mengapa diseksa oleh para doktor dan pakar yang enggan merawatnya?

3) Mengapa hemoglobin 4.4gm doktor pun tidak tahu atau sengaja berbuat demikian? Hemoglobin yang rendah terbiar oleh doktor menyebabkan hypoxia pada otak. Ini menyebabkan kerosakan sel otak serta bapa saya kehilangan ingatan.

4) Ke manakah perginya pakar surgikal apabila diperlukan? Doktor bawahan tidak boleh atau tidak tahu merawat bapa saya semasa kecemasan.

5) Mengapa Dr. Kelvin kata hemoglobin 6.5gm tidak perlu membuat pemindahan darah? Bapa saya masih bernyawa dan cuma restless. Beliau ingin membunuh bapa saya secara perubatan.

6) Mengapakah hospital swasta boleh merawatnya sebaliknya Hospital Kerajaan di Seri Manjung yang besar ini tidak boleh? Ini sungguh memalukan dan menyedihkan pihak pengurusan Hospital Kerajaan di Seri Manjung dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apakah itu maksud HOSPITAL? Apakah pula tugas seorang doktor atau jururawat? Jikalau doktor atau jururawat tersebut tidak ada etika profesion atau tidak rela memberi rawatan yang sewajar kepada pesakit, lebih baiklah mereka tukar kerja atau letak jawatan. Kalau tidak, lebih banyak pesakit yang meminta rawatan daripada Hospital Kerajaan di Seri Manjung akan diseksa oleh doktor dan jururawat di sana . Nama Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan tercemar kelak.

Saya merayu kepada semua orang yang membaca kisah benar ini supaya menyebarkan artikal ini kepada seramai kawan atau saudara mara yang semungkin.

Terima Kasih!

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Tujuan bisnes diwujudkan adalah untuk mencipta pelanggan

» Peter Drucker «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu