Ketawa pertama paling besar dalam tahun ini
Posting pada:  30 Mar 2009 ( 1136 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Biasalah manusia, lebih banyak berduka berbanding ketawa. Kerana itulah buku La Tahzan begitu laris! Cuma bagi yang belajar psikologi NLP tentu tahu bahawa yang dihujung itulah yang diingati. Apabila disebut, "Jangan takut hantu..." maka "hantu" itulah yang diingati. "Jangan sedih" maka "sedih" itulah yang diingati.



Masuk hujung bulan Mac, barulah saya ketawa besar apabila terlihat banner di atas. Banner tersebut dipasang pada hari ini, hari penamaan calon Bukit Gantang, Perak. Siapa yang tak tergelak maknanya kekurangan 'sense of humour'.

Sumber asal di sini: http://anje-online.blogspot.com/

Blog itu adalah salah satu blog yang menamakan diri mereka sebagai Blogger Network yang turun ke Bukit Gantang membantu kempen. Mereka bergabung dengan kumpulan Blogger Barisan Rakyat dari Kuala Lumpur dan dibantu oleh Grup Perakini. Hebatnya mereka ini. Masih ada yang mempertikaikan kekuatan blog dan blogger politik?

Salah satu blog dari Blogger Network ialah Blog al-Banjari. Dari situ ada beberapa link ke blog-blog lain. Update mengenai pilihanraya kecil Bukit Gantang, boleh dikatakan setiap minit. Klik di sini: http://politikbanjar.blogspot.com/

Betapa kreatifnya anak muda sekarang! Begitu bijak mereka melakukan sindiran melalui kartun dan animasi.

Hahahaha!!! (masih terus ketawa)

Nota: Nampaknya selama 11 hari ini tak bekerjalah aku melayan blog-blog pilihanraya kecil 2 bukit 1 batang... Klik satu per satu sepanjang hari)

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Adalah mustahil untuk menyukakan dan memenuhi kehendak semua orang

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu