Bayang-bayang ikan dan ketam
Posting pada:  28 Mar 2009 ( 2146 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Peribahasa ada menyebut, "Kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang lurus." Hanya jikalau kayunya lurus barulah bayang-bayangnya lurus. Kayu tersebut tidak akan berjaya 'meluruskan' bayang-bayang selagi ia sendiri masih bengkok.




Peribahasa Turki menyebut, "Ikan membusuk bermula dari kepala." Apabila kepalanya mula membusuk, badan dan ekor tidak lama kemudian akan menjadi busuk. Pasti. Begitu fitrahnya.



Satu lagi peribahasa Melayu menyebut, "Bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul." Ibu atau bapa ketam pun tak mampu nak berjalan dengan betul bagaimana nak mengajar anaknya berjalan dengan betul?


 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Mati semut kerana manisnya gula, bukan kerana masamnya cuka

» Lirik lagu Rafeah Buang «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu