Magnet dalam tong sampah
Posting pada:  27 Mar 2009 ( 1508 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Mengapa sampah mesti masuk ke dalam tong sampah? Kerana lumrahnya, fitrahnya begitu. Mengapa tong sampah menarih sampah? Kerana lumrahnya begitu. Ia seperti berjodoh: sampah jodohnya tong sampah.



Mengapa sampah terhimpun di dalam tong sampah dan tepi-tepi tong sampah? Kerana, tong sampah itu seperti magnet, menarik sampah. Kuat sekali 'magnet' tersebut sampaikan sampah-sampah terhimpun di luar tong sampah.

Tidak mungkin akan masuk ke dalam tong sampah atau berdampingan di tepi tong sampah jikalau bukan sampah.

Setiap sesuatu berpasangan: sampah pasangannya tong sampah.



Mengapa "Burung yang sejenis akan terbang bersama"? Kerana memang fitrahnya begitu sejak bumi ini dicipta. Dalam koloni burung pasti ada -- burung yang suka memperdaya akan terbang bersama burung yang suka memperdaya dan rela diperdaya.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Anda takkan dapat melihat lautan jika tidak meninggalkan pelabuhan

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu