Dari Masjid Negara ke Istana Negara
Posting pada:  08 Mar 2009 ( 1470 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kalau ada yang menyoal, "Mengapa nak kembalikan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu semula?," jawab dengan mudah, "Mengapa ditukar pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris sedangkan berpuluh tahun pembelajaran dalam Bahasa Melayu itu tidak mengalami sebarang masalah?"

"Kita mesti memikirkan masa depan bukan berundur ke belakang."

"Maksudnya, Bahasa Inggeris itu bahasa kemajuan dan Bahasa Malayu bahasa kemunduran? Saya akan bersetuju jikalau kamu beri fakta yang tepat, bukan setakat dengar-dengar atau rekaan kamu sahaja."

"Perkara ini perlu kajian yang mendalam..."

"Kajian mendalam? Dulu masa menukar kepada Bahasa Inggeris ada kajian atau kajian yang mendalam?"

"Perkara ini perlu dibawa ke meja perundingan, bukan melalui demo jalanan."

"Oh ya ka? Sudah berapa ratus kali agaknya rundingan dilakukan dan apa hasilnya? Sudah berapa ratus kali agaknya ada pihak yang mengelak dari melakukan rundingan."


Sabtu, 7 Mac 2009, bermula pukul 2 petang, selepas selesai solat zuhur dan berdoa -- sebagaimana yang dirancang telah berjalan dengan lancar, walaupun menempuhi pelbagai halangan. Matlamat asal adalah menyerahklan memorandum kepada Yang DiPertuan Agung. Baginda telah bersetuju untuk menerima memorandum tersebut.

Kali terakhir perarakan seumpamanya dan nampaknya sama dari segi suasana (cuaca, warna pakaian seragam) adalah semasa perhimpunan BERSIH. Cuma yang membezakan adalah jumlahnya. Walaupun perarakan Membantah PSMI tidak seramai BERSIH, namun ia adalah berjaya dan sampai matlamatnya.

Matlamat pertama adalah menyampaikan memorandum. Matlamat kedua adalah menyampaikan MESEJ ke seluruh negara. Kedua-duanya berjaya dilaksanakan serentak.


Salah satu kumpulan kecil yang bertolak dari Masjid Negara. Bertembung dengan Persatuan Mahasiswa PKPIM yang membawa "Keranda 152" di depan Mahkamah Syariah


Berjalan, berarak seiringan dengan trak FRU yang kemudian, kira-kira 1/2 jam kemudian menembak gas pemedih mata. Juga beringinan dengan helikopter PDRM


Lagi 15 minit sampai ke Istana Negara. Kubah istana sudah kelihatan. Keranda tetap diusung.


Tembakan gas pemedih mata yang pertama! Dijangkakan mengenai pasukan hadapan (taiko-taiko Anti-PSMI) yang bertolak lebih awal melepasi halangan pertama di depan Masjid Negara. Malaysiakini melaporkan perarakan ini "dihujani" tembakan gas pemedih mata. Ramai yang bercerita tentang pedihnya asap gas pemedih mata. Saya tersenyum sebab sudah terbiasa dengan kepedihan gas pemedih mata pada tahun 1998 -- 1999 (Era Reformasi). Dari nada mereka, kedengarannya mereka berasa seronok mendapat pengalaman baru. Tidak ada nada ketakutan.


Setelah perarakan disekat dan dihujani gas pemedih mata, berhenti seketika sebelum berpatah balik bergerak menuju ke Pasar Seni. Sebahagiannya terus ke Masjid Negara, meneruskan.


Masih di Jalan Brickfield. Di sini mendapat tahu, peserta di Masjid Negara telah disembur air. Kalau tahun 1998 dulu, bukan air biasa tetapi air yang menyebabkan pedih mata dan sesak nafas


Bergerak dan berhimpun di Pasar Seni kemudian menyertai kumpulan yang berhimpun di Masjid Negara


AFTERMATH: Hujan rahmat di Masjid Negara. Tak tahu media mana pula yang membuat liputan dari atas bumbung Pusat Islam

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri. (Al-Isra : 7)

» Firman Allah «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu