Mengapa kuda bersedih walhal bebannya kecil?
Posting pada:  13 Feb 2009 ( 1189 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ramai yang meminta nasihat tentang MLM. Nasihat saya amat mudah: anggap MLM sebagai bisnes kerana sememangnya MLM adalah bisnes. Apabila menyertai MLM, jangan jadi pemain sarkis atau katak atau seperti politik UMN* yang melompat sana sini.

Mari kita buat perbandingan antara usahawan dengan pekerja atau pegawai misalnya. Berapa gaji keluar dari Universiti? Kalau bernasib baik, dapat kerja, gaji untuk graduan lingkungan RM1,500 hingga RM2,000. Dan jangan anggap universiti itu isu utama, melainkan kita hidup di tahun-tahun 60-an, 70-an, 80-an di mana hendak mencari orang pandai adalah susah, bahkan zaman dulu, lulus SPM pun kenduri, masuk universiti riuh rendah sekampung; kini suasana berbeza menjadi sebaliknya -- hendak mencari yang tak masuk universiti lebih susah, apatah lagi di Malaysia kini dikatakan sebagai lambakan universiti (berkulaiti atau tidak, lain bicara).

Berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan gaji sebanyak RM1,500 hingga RM2,000 itu? Kira sendiri dari Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti (dari Sekolah Rendah hingga Universiti adalah sistem pembelajaran berasaskan peperiksaan, bukan berasaskan ilmu. Ilmu tolak tepi sebab yang utama ialah kertas sijil). Berapa pula jumlah perbelanjaan? Kira sendiri.

Jikalau hendak mendapatkan gaji sebanyak RM2,000 sanggup belajar dari kecil, sanggup mengeluarkan belanja puluhan ribu, bahkan sehingga ratusan ribu, mengapa apabila hendak menjadi usahawan, enggan belajar walau hanya sehari? Itu persoalannya.

"Nak belajar apa?" Tanya setengah orang. Apa yang penting dalam bisnes? Menceburi bisnes (MLM adalah bisnes, bukan gelanggang sarkis) tetapi tidak tahu apa yang harus dipelajari. Apa yang harus dipelajari? Sudah tentu ilmu bisnes. Apa dia ilmu bisnes? Pelajari Ilmu Pengurusan!

Tapi malang seribu kali malang, dalam banyak-banyak syarikat MLM (lebih kurang 400), hampir tidak ada yang mengajar ilmu pengurusan bisnes. Apa yang ada ialah 'ceramah motivasi' sahaja. Menjalankan bisnes tidak boleh hanya berasaskan motivasi dan inspirasi sahaja. Tak boleh! Rasulullah menjalankan bisnes dengan berbekalkan ilmu bisnes yang dipelajari sejak Baginda berumur 12 tahun.

"Dia gini... semua benda kat dunia ini kena berilmu..." Biasa mendengar begitu? Kena berilmu? Budak kecik pun tahu. Tapi apa ilmunya? Orang nak tahu apa ilmunya. Apa dia? Setakat cakap, "Kena berilmu" budak Tadika pun tahu, tak payah tunggu gelaran "Pakar Motivasi." Bahkan ayat, "Dia gini..." itupun dah memuakkan dan menyakitkan hari.. "Dia gini.." seolah-olah dia lebih tahu dari kita, kena dengar cakap dia.

Ilmu pengrusan bisnes asasnya ialah POSDC (Pergi Pejabat Pos di Washington DC). Itu asas pengurusan bisnes dari zaman purba. Suatu hari, anak sulung saya yang sekarang sedang belajar pengurusan bisnes bertanya, "Tapi Abah, kenapa Edi belajar hanya POLC tak ada POSDC?" Sama saja. POLC dan POSDC adalah sama. Setengah universiti mengajarnya POLC, setengahnya POSDC.

POSDC = Planning, Organizing, Staffing, Directing, Controlling. POLC dipadatkan menjadi = Planning, Organizing, Leading, Controlling.

Itu yang perlu dipelajari dengan tekun jikalau hendak menjadi usahawan. Belajar di mana? Dari buku, majalah, internet, 'business summary' (berlanggan), seminar bisnes (mahal belaka). Bukan belajar dari orang yang suka menyebut, "Dia gini..." Itulah ilmu yang perlu dipelajari dengan tekun dan dilaksanakan sebagai memenuhi, "Semua benda kat dunia ini kena berilmu..." Itu jawapannya. Ilmu pengurusan bisnes.

Menceburi MLM adalah sama menceburi bisnes pengedaran. Itu hakikatnya. Jangan memandai mengubah hakikat ini. Jadi, pelajarilah ilmu pengurusan bisnes, jangan sekali-kali hanya mendengar 'ceramah motivasi' yang ada tepuk-tepuk tangan, gelak-gelak, penglipurlara. Sebaliknya gunakan masa tersebut untuk belajar tentang pengurusan bisnes.

Apabila menjalankan bisnes MLM, tak ubah seperti membuka supermarket. Setuju? Adakah menguruskan supermarket hanya berpandukan, "Dia gini..."?

Nak segera? Tidak ada istilah segera di dalam MLM. Yang ada adalah membina. Sama seperti membina bangunan, setingkat demi setingkat. Alangkah perempuan mengandung pun 9 bulan, inikan pula hendak membina bisnes.

Ingatlah, kita sentiasa mengulang sejarah atau sejarah sentiasa berulang. Itulah gunanya mengkaji sejarah. Berapa kali sudah terjadi kemerosotan ekonomi? Yang lepas sudah 2 kali iaitu 1986 dan 1997. Sepuluh tahun sebelum 1986, yakni 1976 adalah tahun pertama MLM bertapak di Malaysia, dimulakan oleh Amway.

Jikalau dikira, kemerosotan ekonomi terjadi setiap 10 tahun sekali. Begitu? Apa yang boleh dipelajari? Pada kedua-dua kali kemerosotan ekonomi itu, industri MLM meningkat naik! Mengapa? Kerana ramai yang telah dibuang kerja, tidak kecukupan wang, mencari peluang mendapat wang. Takkan nak buka gerai tomyam? Sudahlah gerai tomyam sedepa satu, modalnya pun boleh tahan juga. Jadi, melepaskan sesak di dalam industri MLM. Itulah silapnya. Industri MLM bukan untuk melepaskan sesak apabila telah tersepit. Industri MLM adalah platform untuk menjadi usahawan, bukan melepaskan sesak.

Sekarang 2009, 10 tahun kemudian, kemerosotan ekonomi terjadi lagi. Apa jadi? Indusrti MLM akan memuncak kembali (buku saya pun akan bertambah laris... ehem). Tapi, janganlah hendaknya menyertai MLM kerana tersepit, sebaliknya adalah kerana hendak menjadi usahawan, hendak menjadikan ia kerjaya. Hendak membina masa depan melalui MLM (eh... judul buku aku).

Namun apa yang perlu diingat, hanya MLM yang genuine sahaja yang akan meningkat naik pada musim ekonomi merosot. Kriteria MLM genuine? Mudah sangat, iaitu MLM yang melahirkan usahawan sebenar, bukan pemain sarkis. MLM yang menjadikan produk sebagai asas bisnes adalah MLM sebenar. MLM tak benar? Yang mengutamakan pelan pemasaran melebihi produk. MLM yang tak benar? Yang menjanjikan jutawan dalam masa paling singkat. Yang tidak pernah menyebut bahawa MLM adalah membina, bukan membuat.

Kenapa kuda mengeluh penat dan sedih? Mengapa tidak seperti semut yang riang gembira? Cerita ini saya kutip dari blog Keman-Sagok (keman-sagok.blogspot.com). Amat menarik sekali ceritanya dan ada kaitan rapat dengan industri MLM. Sesungguhnya di dalam MLM anda membina masa depan anda sendiri, bukan masa depan boss anda.

Saya paste di sini cerita dari blog KEMAN-SAGOK. Mohon diizinkan, menyiarkan semula cerita tersebut di sini:

Quote:


CERITA SEEKOR KUDA DAN SEMUT

PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan.

Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi.
Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan.
Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda,

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Walau sebaik mana seseorang itu, pasti ada yang membencinya. Walau sejahat mana seseorang itu, pasti ada yang menyukainya.

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu