Apabila orang ternama memberi perhatian
Posting pada:  09 Jan 2009 ( 1073 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apa perasaan anda apabila orang yang terkenal, ternama dan penting di dalam industri memberi perhatian kepada anda? Kalau saya, sudah tentu saya akan melayang ke udara.

Nama Mbakyu Ainon Mohd., siapa yang terlibat di dalam industri penerbitan, penulisan, jikalau tidak kenal beliau, bermakna ada yang tak kena. Tak kena maksudnya, mungkin kenal tetapi buat-buat tak kenal. Orang mengenali beliau sebagai usahawan, penulis, penerbit, guru, sifu dan sebagainya. Saya mengenali beliau sebagai pejuang -- kini sedang berhempas-pulas memperjuangkan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu. Peluangnya amat cerah jika kita bersatu. Lagi cerah kalau, "Memotong piramid bermula dari atas."

Saya mengenali Mbakyu juga sebagai seorang yang pemurah. Beliau amat pemurah bukan saja pemurah wang bahkan pemurah ilmu. Tahukah anda berapa nilai ringgit ilmu penulisan yang diajar setiap minggu di Universiti PTS? Anda takkan dapat menilai dengan ringgit, namun Mbakyu memberikan dengan percuma. Siapa saja boleh datang belajar penulisan dan tidak ada sebarang ikatan mesti menerbitkan buku dengan PTS.

Dan nampaknya sampai sekarang ramai yang tidak tahu mengapa saya memanggil beliau dengan panggilan "Mbakyu". Dan ramai pula teman-teman saya yang turut memanggil "Mbakyu". Nak tahu apa maknanya? Jikalau anda kaum Jawa, sudah pasti tahu bahawa Mbakyu adalah panggilan terhormat bagi kakak. Selalunya memanggil "Kak" sahaja tetapi dalam bahasa Jawa ada beberapa pecahan bahasa termasuklah Jawa halus. Rasanya tidak ada lagi manusia Jawa Malaysia yang bertutur bahasa Jawa halus atau bahasa kraton (istana). Sedikit atas dari bahasa Jawa harian adalah bahasa Jawa semi-halus. "Mbakyu" adalah bahasa Jawa semi-halus yang membawa maksud panggilan penuh penghormatan kepada "kakak".

Baru-baru ini beliau, Mbakyu yang saya hormati mengulas tentang apa yang saya usahakan sejak sekian lama iaitu penulisan genre "bisnes fiksyen." Anda mesti percaya, apa saja yang anda usahakan, jika berterusan, fokus, branding, pasti akan mendatangkan kejayaan. Lebih hebat lagi jikalau anda berusaha menjadi 'trendsetter'. Jikalau anda rajin, anda boleh mencipta genre baru dan menjadi 'trendsetter'.

Bisnes, atau inspirasi, ditulis dalam bentuk fiksyen. Fakta-fakta diterjemahkan dalam bentuk fiksyen. Memang sukar. Tetapi ingat, yang sukar itulah cabaran dan kepuasan sebenar. Kepuasan saya kini adalah kerana seorang tokoh yang ternama dalam industri penerbitan memberi perhatian.

Pada akhir ulasan Mbakyu, tertulis, "PTS sedang mencari lebih banyak 'Kang Razzi'." Maka di sini, saya dengan rendah hati menawarkan ilmu yang hanya sekelumit ini untuk dikongsi bersama. Saya mahu menjadi seperti Mbakyu yang pemurah ilmu. Oleh kerana ilmu saya hanya sekelumit, maka kita perlu mengadakan sesi perbincangan, sana-sama mencari cara, teknik, jalan cerita.

Kita sama-sama berbincang untuk menghasilkan teknik dan cara menulis "Fiksyen Bisnes." Perbincangan amat penting. Cuba bandingkan jalan cerita filem Korea atau Hong Kong dengan jalan cerita drama Malayu. Pernahkah mendengar orang 'ketagih' dengan drama Melayu. Nehi, kebi nehi (Ikut suara DSAI). Yang kerap kedengaran bagaimana ramainya rakyat Malaysia yang "ketagih" dengan drama Korea, Hong Kong atau Venezuela. Tempoh hari saya hampir ketagih dengan drama Cina tempatan "The Age of Glory". Jalan ceritanya amat menarik -- kisah berkisar di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an. Tapi saya amat yakin, skrip drama bersiri tersebut bukan ciptaan tempatan.

Apa sebenarnya yang menjadikan cerita drama-drama tersebut "memaku" dan ramai yang tidak sabar 'menanti hari esok' sambungan cerita tersebut. Sebaiknya ditanya, bagaimana penghasilan skrip drama tersebut? Melalui perbincangan! Bukan 'one man show' tetapi sekurang-kurangnya 3 atau 4 orang yang berbincang, berbalah, berbantah bagi menghasilkan jalan cerita yang menawan. Begitulah yang saya maksudkan -- kita sama-sama berbincang, berbalah, berbantah, bertekak bagi menghasilkan cara, teknik, jalan cerita "fiksyen bisnes".

Inilah ulasan Mbakyu Ainon Mohd. yang menyebabkan saya melayang di udara:

Quote:


Sumber: Artikel Asal

Pasaran Fiksyen Bisnes

Ada Hadis yang bermaksud:

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Jangan dibunuh angsa bertelur emas

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu