Gagalnya iklan meniru
Posting pada:  07 Apr 2006 ( 1189 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila hendak meniru pastikan lebih baik dari yang ditiru. Itu yang dilakukan oleh Jepun. Itu rahsia bagaimana produk Jepun lebih bagus, lebih berkemampuan untuk dibeli, berjaya mengusai setiap sudut dunia.

Apabila melihat iklan sejenis jenama kopi yang ada kaitan dengan tongkat ali di TV, saya gelak besar kerana ia cuba meniru iklan-iklan yang membawa mesej, bukan menyuruh membeli seperti Nescafe, Petronas.

Iklan mesej selalunya menyentuh perasaan dan menyebabkan kita teringin hendak membeli produk tersebut. Selepas melihat iklan Nescafe ada perasaan keinginan untuk minum Nescafe kerana mahu memenuhi mesej kuat yang dibawa oleh iklan Nescafe iaitu mesej kejayaan. Minum Nescafe jadi berjaya.

Bila lalu di depan Petronas terpancar semula mesej yang disampaikan dalam iklan Petronas. Mesej prihatin, kasih-sayang, simpati. Melihat iklan-iklan berjaya seperti Nescafe, Petronas, (hanya bila ada hari perayaan), timbul perasaan. Melihat iklan meniru seperti kopi tongkat ali pun timbul perasaan iaitu perasaan yang memualkan.

Sukar untuk menyampaikan mesej hasil dari menggunakan produk. Saya rasa hanya syarikat iklan Leo Burnett mampu menghasilkannya. Sehingga kini, hanya Yasmin Ahmad sahaja yang saya percayai untuk mencipta iklan mesej. Motif utama, iklan tersebut mestilah menambahkan jualan syarikat berganda-ganda dari bajet iklan. Katalah produksi dan penyiaran iklan menelan belanja RM1 juta, semestinya ia diharap boleh menghasil jualan RM10 juta.

Kegagalan besar iklan kopi tongkat ali kerana ia mengaitkan dengan artis. Very dangerous game.

Jangan sangka orang suka artis. Kalau suka pun mungkin hanya 1 atau 2 peratus sahaja.

Ingat dulu bagaimana Perpustakaan Negara menggunakan artis untuk iklan kempen membaca? Gagal dan pembaziran yang amat besar. Tunjukkan saya artis mana yang membaca buku sebagai hobi! Kalau majalah nyamuk, ruang gossip mereka baca, tapi buku angin atau buku ilmiah jauh sekali. Mengapa Perpustakaan Negara tidak menggunakan khidmat Leo Burnett bagi mencipta mesej yang boleh disampaikan bila membaca buku dan mengunjungi Perpustakaan Negara? Jimat seringgit rugi seribu!

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kalau wang kecil tak keluar, wang besar takkan masuk

» Peribahasa Tionghua «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu