Pesta kerana Berjalan, Melihat, Mentafsir
Posting pada:  09 Dec 2008 ( 1163 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Biasa mendengar atau melihat slogan begitu? Konon Islamik lalu meletakkan slogan Berjalan, Melihat, Mentafsir. Mungkin ciptaan 'Pakar Motivasi'. Tahukah anda, jikalau mengikuti dan mempercayai slogan itu, anda menjadi mundur. Umat Islam semakin mundur jikalau percaya dengan slogan Berjalan, Melihat, Mentafsir. Apa yang ditafsir pun kita tak tahu? Mentafsir mimpi? Mentafsir apa yang dilihat semasa berjalan-jalan?


Salah satu adegan dalam pesta penyembelihan lembu pada 8 Disember 2008, sempena Hari Raya Aidiladha. Kerana hanya berjalan, melihat, mentafsir maka ibadah mulia ini menjadi pesta sahaja.

Akibat hanya berjalan, melihat, mentafsir sahajalah ibadah korban hari ini hampir sama seperti pesta menyembelih lembu sahaja. Bimbang suatu hari nanti mungkin akan hanya menjadi seperti pesta Jom Heboh. Tak mustahil.

Bukan tidak ada yang mentafsir ibadah korban tersebut sebagai simbolik atau mendapat mesej di sebaliknya, tetapi hanya setakat mentafsir atau berhenti setakat mentafsir adalah sama seperti tidak mendapat mesej. Yang paling utama dan penting ialah bertindak selepas mentafsir! Ia sudah tentu menjadi: Berjalan, Melihat, Mentafsir, Bertindak. Selepas melihat dan mentafsir hendaklah bertindak melaksanakan apa yang telah ditafsir. Tindakan amat penting, jika tidak, tidak gunalah penat berjalan, penat melihat, penat mentafsir. Bertindak selepas mentafsir adalah amat penting sekali.

Adakah keempat-empat Imam besar, Shafie, Hanafi, Maliki, Hambali hanya setakat berjalan, melihat, mentafsir sahaja tanpa bertindak melaksanakan apa yang telah ditafsir? Adakah Ibnu Sina, Cheng Ho, Ar-Razi (eh nama aku) hanya setakat berjalan, melihat dan mentafsir tanpa bertindak melaksanakan mesej atau ilmu yang telah diperoleh.

Namun tidak ramai yang mentafsir mesej di sebalik ibadah korban. Kerana itu dari setahun ke setahun, dari satu hari raya haji kepada satu lagi hari raya haji, jika diperhatikan indikatornya, umat Islam semakin ke belakang. Bahkan, mendapat mesej sahaja tidak mencukupi, jadi apatah lagi jikalau tidak mendapat apa-apa mesej dari ibadah korban.

Apa mesejnya? Apa mesej di sebalik pengorbanan Nabi Musa dan Nabi Islmail? Bahkan, alangkah sedihnya, ramai yang tidak tahu penyembelihan lembu itu adalah simbolik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Jikalau anda kini seorang ayah, sanggup atau tidak menunaikan perintah Allah SWT (sebab Allah dah suruh) untuk menyembelih anak sendiri. Itulah mesej utama. Pengorbanan, kesanggupan adalah tafsiran sesudah berjalan dan melihat. Kalau setakat mentafsir sahaja, tidak ada gunanya mesej yang diperoleh.

Mesti bertindak selepas mentafsir! Apa tindakannya? Apa tindakan yang boleh diaplikasikan setiap hari? Mudah sekali: mesti memberi setiap hari. Jangan hanya nak menerima dan mengaut sahaja seperti orang U*NO. Semakin besar pemberian kita, semakin besarlah sebenarnya pengorbanan kita yang boleh dikaitkan dengan ibadah korban. Apa yang perlu kita beri? Kebaikan sahaja.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Jangan merungut bila gelap, pasang lampu teranglah ia

» Peribahasa Jawa «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu