Cara paling mudah menggembirakan diri sendiri
Posting pada:  08 Dec 2008 ( 2097 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila hati dilanda kedukaan, ingatilah hukum seimbang: Tidak mungkin sepanjang masa akan berduka dan tidak mungkin sepanjang masa akan gembira. Atau, segera ingati kata-kata peribahasa Tionghua, "Kedukaan dan kegembiraan adalah sama sahaja, ia tidak akan kekal lama." Nothing Last Forever.


Pewaris Armansur.com Berhad, Ezika Armansur bersama rakan-rakannya sedang bergembira di masa cuti sekolah, di Genting Highland

Apabila kita berusaha menggembirakan orang lain, secara automatik dan natural kita menjadi gembira. Contohnya, baru-baru ini saya sedang berduka kerana banyak sangat kerja-kerja penulisan yang tertangguh. Saya menjadi terlalu bingung dan berduka kerana seperti tidak berjaya menyampaikan apa yang di dalam otak ke keyboard dan monitor komputer. Mengapa? Saya tidak ada jawapan. Kalau dulu Earnest Hemmingway menembak kepalanya sendiri kerana gagal menyampaikan apa yang di fikiran ke atas kertas, takkan lah saya pun akan melakukan begitu. Tembak kepala cicak beranilah saya. Tembak kepala sendiri tak berani.

Jadi saya bawa anak bongsu saya bersama rakan-rakan sepermainan sejak kecil lagi ke Genting Highland. Melihat mereka bergembira atas usaha saya hendak menggembirakan mereka, hati saya menjadi terhibur, secara automatik.

Di Genting Highland juga saya melihat wajah-wajah pekerja yang menjaga permainan seperti bersemangat dan sentiasa riang. Sekurang-kurangnya itulah pandangan atau anggapan saya. Mengapa mereka gembira? Kerana mereka telah membantu pengunjung bergembira. Cara paling mudah untuk gembira adalah berusaha menggembirakan orang lain.

Satu lagi yang pasti: tidak ada manusia penakut di muka bumi ini. Semua berani. Contoh paling awal sebaik sahaja sampai di Genting Sempah, anda akan melihat manusia berbaris panjang untuk menaiki kereta kabel. Memang ada yang mengatakan takut dan sebagainya, tetapi yang peliknya, semua berbaris untuk menaiki. Seandainya takut, pasti dihindari bukan berpusu-pusu, berbaris panjang untuk menaikinya.

Begitu juga, banyak permainan-permainan yang dikatakan bahaya dan menakutkan seperti Space Shot, Rollercoaster dan sebagainya, itulah yang paling panjang barisan menunggu giliran. Kalau takut, pasti dihindari. Kesimpulannya, semua orang adalah berani. Takut hanyalah rekaan sendiri atau berasaskan dengar-dengar sahaja.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Wang tidak bertambah atau berkurang; ia hanya bertukar tangan

» Dari Filem 'Wall Street' «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu