Ketenangan dalam dunia penuh kesengsaraan
Posting pada:  12 Nov 2008 ( 1217 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Bukankah lebih mudah disebut sebagai, "Bahagia dalam Derita." Tapi seperti kurang atau tidak ada kaitan judul dengan cerita, jikalau tidak faham benar makna di sebalik cerita "Quantum of Solace". Siapa yang tenang dan siapa yang sengsara?


James Bond sedang berduka kerana kehilangan Vesper (dalam Casino Royale), buah hatinya. Itu mungkin yang dimaksudkan dengan derita. Tapi di mana bahagianya? Mungkin sekali dalam kesedihan itu Bond bahagia kerana dapat membantu pihak lain gembira. Sesiapa yang tak sedih jikalau kehilangan orang yang tersayang yang mungkin sudah bersama lebih 7 tahun, bukan manusia.

Jadi, kemungkinan sekali, anggapan saya sendiri, semasa Bond dalam kesedihan, dia berjaya mengubati kesedihannya dengan mengubati kesedihan orang lain.



Kesibukan sememangnya boleh mengubati kesedihan. James Bond sibuk berusaha menggembirakan manusia-manusia yang derita kerana ketamakan manusia lain. Manusia-manusia di sebahagian Bolivia sengsara kerana ketiadaan air berpunca dari kemarau palsu (air disekat).

Sememangnya, apabila kita menggembirakan hati orang lain, kita akan menjadi gembira. Masih ingat "Piramid"? Yang banyak menyokong yang satu di atas. Piramid ada di mana-mana -- dalam pemerintahan negara, dalam keluarga, dalam diri, dalam kegembiraan, dalam kekayaan, dalam MLM.

Maknanya, yang banyak di bawah itu menyokong yang satu di atas, selagi yang bawah itu mendapat faedah yang sama atau lebih dari yang di atas. Menggunakan kaedah piramid, ramai yang telah menjadi kaya raya: mengkayakan orang lain terlebih dahulu, sebelum diri sendiri kaya.

Persamaannya? Menggembirakan orang lain adalah salah satu cara untuk menggembirakan diri sendiri.

Pada suatu hari, seorang pemuda telah kehilangan kekasih yang sangat dicintai selama 7 tahun. Baginya, gadis itu adalah segala-galanya di dalam hidupnya. Belum pernah seumur hidupnya beliau mengalami kesedihan begitu. Lalu beliau pun keluar rumah untuk mendapatkan nasihat dari sahabat-sahabatnya.

Beliau pun menuju ke rumah sahabat A. Belum pun sempat beliau menceritakan kesedihannya, sahabat A itu membuka mulut menceritakan kesedihan yang sedang dialaminya. Keadaan menjadi terbalik. Pemuda itu menasihati sahabat A sambil menggembirakannya. Mendengar nasihat pemuda itu kesedihan sahabat A pun lesap. Kini dia kembali riang.

Pemuda itu pun pergi ke rumah sahabat B, dengan tujuan yang sama, untuk mencari kegembiraan. Seperti kebetulan, sahabat B pun sedang berduka dan meminta nasihat dari pemuda itu. Akhirnya, seperti sahabat A, sahabat B berubah menjadi riang gembira.

Kemudian ke rumah sahabat C, D, E, hampir kesemuanya sama. Masing-masing sedang berduka dan dengan rela hati pemuda itu menasihati dan menggembirakan mereka. Sehingga petang, permuda itu pulang ke rumah. Barulah kini beliau menyedari sesuatu. Dia kini lebih gembira berbanding semasa keluar rumah pagi tadi. Dengan menggembirakan seramai mungkin orang lain, diri sendiri boleh menjadi gembira.

Cara lain untuk melupakan adalah dengan tidak mengingatinya. Sepatah kata James Bond, "Saya tidak memandang ke belakang." Kita berjalan ke hadapan, bukan berundur ke belakang. The past is the past. Nothing Last Forever.

Quantum Of Solace adalah sambungan Casino Royale. Quantum of Solace membawa nilai-nilai kesetiaan dan mengajar kita sentiasa berwaspada kerana orang yang kita percayai kadang-kadang betray. Contohnya: pada akhir cerita Casino Royale, Boss yang ditembak kakinya telah dibawa oleh James Bond ke tempat sulit untuk soal siasat. Boss menyebut, "Orang-orang kami ada di mana-mana". Salah seorang anggota MI6 mengeluarkan pistol dan menembak James Bond, M dan anggota M16 lain. Dia adalah orang yang dipercayai. M berkata, "Lapan tahun dia bersama MI6, lima tahun menjadi penawal peribadi saya, mengapa dia buat begini? Semua ujian telah lulus. Siapa lagi yang boleh kita percayai?" Ingat apa kata Sun Tzu, "Lihat sahabat kita dengan dekat, lihat musuh kita dengan lebih dekat lagi."

Quantum of Solace juga mengenai gila kuasa. Tahap tertinggi manusia adalah kuasa. Jikalau kuasa tidak mampu dikawal, jadilah 'gila kuasa'. Kuasa memang perlu tetapi kuasa yang diselubungi dengan ketamakan akan hanya memusnahkan diri sendiri dan orang lain. Selepas wang adalah kuasa. Manusia yang telah 'kecukupan' wang selalunya akan meningkatkan dirinya ke peringkat berikutnya iaitu 'kuasa'.

Musuh James Bond kali ini adalah contoh manusia yang 'gila kuasa' kerana memasukkan kuasa dengan ketamakan. Dia menggunakan wang untuk menunjukkan kekuasannya dan memperolehi wang yang lebih banyak lagi. Contohnya, dengan wang, dia berjaya mengusai Persiden negara Bolivia yang sedang huru-hara. Dengan kuasa, dia memperolehi telaga minyak, bekalan air. Bukankah telah selalu kita dengar bahawa rasuah akan memusnahkan tamadun manusia?

Sekali lagi, dalam filem James Bond kali ini menunjukkan pada kita bagaimana pentingnya komunikasi dan maklumat menggunakan internet. Bagaimana kita akan ketinggalan jauh jika tidak menggunakan internet sebagai sumber maklumat dan landasan komunikasi. Ini bukan filem Melayu, jadi semuanya adalah berdasarkan fakta. Alangkah menariknya, James Bond menangkap gambar menggunakan Sony Erricson (iklan), kemudian disalurkan ke database MI6, dengan secepat kilat mendapat maklumat siapa mereka. Memang realitinya begitu. Jika ia bukan realiti, atau cuba membodohkan penonton, carilah filem atau drama Melayu kecuali arahan Mamat Khalid.

Apa yang sangat menggembirakan saya, pada kali ini James Bond kembali menggunakan pistol Walther PPK, yang memang sangat saya sukai (pernah berangan-angan memilikinya). Pistol buatan Jerman (perlu ragu-ragu lagi?) ini menggunakan 7 peluru tetapi hanya dimasukkan 6 peluru sahaja untuk mengelakkan kerosakan spring. Masih ingat kes Datuk Mokhtar Hashim, Menteri Belia dan Sukan yang dituduh membunuh Datuk Taha, Speaker DUN Negeri Sembilan pada 14 April 1982? Beliau menggunakan pistol Walther PPK. Ujian bailistik membuktikan pistol tersebut memang digunakan pada waktu dan tarikh tersebut.

Lagu tema James Bond (ciptaan asal John Barry) ada kedengaran sekali dua dalam filem tersebut namun seperti tidak kena pada tempatnya.

Juga, bagi pendapat saya, ada bahagian tertentu, editor Quantum of Solace kurang teliti. Jalan ceritanya sememangnya boleh diperkemaskan dan dipermudahkan lagi. Ada beberapa bahagian aksi yang tidak diperlukan atau jika diperlukan mungkin kerana tidak kemas cara penyuntingannya menjadikan keliru. Contohnya, bagaimana kapal terbang yang mengejar kapal terbang James Bond boleh terhempas agak mengelirukan.




Semasa menonton Quantum of Solace, saya perasan diri saya James Bond. Seperti sama kesukaannya: serba hitam dan cerminmata hitam. Kegemaran saya adalah pakaian serba hitam cerminmata hitam. Bezanya pakaian dan cerminmata James Bond mahal belaka, saya punya murah sahaja. Tetapi semasa adegan lasak dan kejar-mengejar, melompat dari bangunan ke bangunan, saya membayangkan diri saya yang melakukan begitu. Seketika saya merasakan diri saya ini James Bond.

Masih lagi musykil mengapa filem James Bond begitu lasak, ganas, penuh aksi seperti filem Jacky Chan? Mungkinkah kerana wajah Danial Craig yang sesuai dengan aksi, ganas dan lasak sama seperti Timothy Dalton (Bond ke 4)?

Mungkinkah dalam filem James Bond ke 23 kelak, masih mengekalkan Danial Craig. Kemungkinan juga kerana pada penghujung cerita Quantum of Solace, M berkata kepada James Bond, "Mereka mahu anda terus di sini." James Bond memandang dan menjawab, "Saya tidak pernah meninggalkannya."

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Guru membukakan pintu, murid masuk ikut pintu.

» Peribahasa Tionghua «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu