Selesa dalam kedukaan
Posting pada:  21 Oct 2008 ( 1047 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam, Daniel Craig pemegang watak James Bond menelefon saya dari London, memberitahu, filem "Quantum Of Solace" sudah siap. "Kang tunggulah... Nanti 6 November, Kang tengok. Release di Malaysia pada 6 November." Kata Craig.



Di mana silapnya? Silapnya adalah intro artikel saya kali ini. Itu cuma khayalan saya.

Intro yang betul begini:

Yang dinantikan, filem James Bond terkini, setelah kejayaan filem "Casino Royale" yang ditayangkan di seluruh dunia pada bulan November 2006, telah siap dan akan segera ditayangkan. Filem terkini James Bond, "Quantum of Solace" akan menemui peminat fanatik siri James Bond seperti saya pada 6hb November 2008.

Dikatakan filem ini ada kelainan. Bahkan filem 'recycle' Casino Royale, lakonan Daniel Craig pertama dalam filem James Bond, sudah menunjukkan kelainan. Bagi saya, ia terlebih ganas kerana filem 'espionage' tak sepatutnya seganas itu. Buat pertama kali juga penggunaan internet (sebagai landasan komunikasi dan info) ditekankan. Pencarian berita mengenai prototaip kapal terbang baru yang akan dilancarkan menggunakan "Google News". Itu sudah tentu berdasarkan realiti. Yang sedihnya kononnya nak menerapkan penggunaan internet dalam drama Melayu tetapi, digambarkan chat menggunakan Microsoft Words. Patutnya chat menggunakan YM, IRC. Kelakar tak?

Filem ini khabarnya menjalani penggambaran hampir setahun dan hampir setahun jugalah promo filem ini sudah dijalankan. Ia memberi saya idea, walaupun selalunya promo, pada hari ini agak kurang berkesan. Setahun promo pun belum tentu boleh menarik pembeli. Tujuan promo selama setahun adalah untuk menimbulkan perasaan ternanti-nanti. Bagaimanapun, James Bond memang sudah mempunyai peminat tetap dan peminat fanatik di seluruh dunia. Jadi, kemungkinan tujuan promo itu adalah untuk mengekalkan kesetian peminat, sambil cuba menambah peminat baru.

Idea yang saya maksudkan, mulai sekarang sebelum dan semasa menulis buku, saya akan mempromosikan untuk mengekalkan kesetiaan pembaca buku saya. Menurut PTS PRO dan juga penerbit sebelum PTS, buku-buku tulisan saya memang mempunyai pengikut. Ehem...

Filem "Quantum Of Solace" ini asalnya berjudul sementara, "Bond 22" menunjukkan ia adalah filem James Bond ke 22 sejak "Dr. No". Daniel Craig adalah James Bond ke 6. Syarat menjadi James Bond, mestilah warga England atau dari negara Komenwel. Sebab itulah suatu masa dahulu seorang warga Australia pernah menjadi Jmaes Bond walau hanya sempat berlakon 1 filem James Bond. Sebab itu juga semasa Hong Kong masih tanah jajahan British (atau pemberian, pinjaman selama 100 tahun, yang ada kaitan dengan candu. Nak tahu kisahnya baca novel James Clavell, "Tai-Pan" "Noble House"), Chow Yuen Fatt diura-urakan akan menjadi James Bond.

Apa makna "Quantum of Solace?" Quantum = jumlah masa yang banyak. Solace? Mungkinkah: Selesa dalam kedukaan. Macam tak sesuai. Atau: Mencari kegembiraan dalam kedukaan. Atau: Menggembirakan kedukaan. Eh, macam tak sesuai...

Dari www.thefreedictionary.com, ini makna Solace:

Noun
1. comfort in misery or disappointment: it drove him to seek increasing solace in alcohol
2. something that gives comfort or consolation: his music was a solace to me during my illness

Verb
to give comfort or cheer to (a person) in time of sorrow or distress

Dan ini:

Noun
1. solace - the comfort you feel when consoled in times of disappointment; "second place was no consolation to him"

2. solace - comfort in disappointment or misery

3. solace - the act of consoling; giving relief in affliction; "his presence was a consolation to her"

Verb
1. solace - give moral or emotional strength to



Dalam filem "Casino Royale" sudah tidak ada muzik identiti James Bond dan intro "James Bond berjalan kemudian menembak ke arah mata yang sedang memerhatikan, berdarah, bergoyang-goyang..." diiringi dengan muzik intro.

Namun sebagaimana biasa, James Bond masiih mengekalkan kemestian iaitu mesti meliputi, "darat, laut dan udara." Masih kekal dengan peralatan-peralatan perisikan dan senjata perisikan yang unik yang dicipta oleh Q. Kereta masih kekal Audi, jam tangan Omega (James Bond menyebutnya, "Amigo"), dan sejak Casino Royale, telefonnya ialah Sony-Ericsson sambil menyelitkan iklan, telefon yang 'water-proof' boleh digunakan dalam bangunan yang disimbahi pancuran air pemadam api. Pistol kekal Walther P99, sesudah bertukar dari Walther PPK semasa filem "Tomorrow Never Dies." Kenapa? Walther PPK tidak nampak ganaskah sedangkan ia sebenarnya ialah pistol kegunaan perisik. James Bond asal mulanya adalah perisik berpangkat Komander.

Pada 6 November 2008 ini, iaitu pada Hari Khamis, jangan cari saya kerana saya ada di dalam panggung TGV atau GSC di One Utama menonton tayangan pertama "Quantun of Solace."

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Lebih banyak yang dilihat dan didengar, lebih banyak yang akan dibeli

» Seminar Perniagaan «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu