Terbinanya masjid Rozita
Posting pada:  20 Oct 2008 ( 1150 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Hujung Ramadan 2008 ini saya menertima kad jemputan perkahwinan dari Editor Pengurusan PTS PRO yang terkenal ini, Cik Rozita Abd Razak (yang selepas ini kena panggil Puan, bukan lagi Cik).



Kad jemputannya sangat menarik. Menggunakan konsep "Warcraft" game yang sangat popular itu.

Jadi, ingin saya mendahului warga penulis PTS mengucapkan, "Selamat Pengantin Baru, Selamat mendirikan rumah tangga' untuk Rozita yang baik hati dan sentiasa komited dengan pekerjaannya.

Sedikit pesanan untuk diri saya sendiri dan juga Rozita, bahawa setiap sesuatu adalah bermotif. Perkahwinan adalah bermotif. Rumah tangga tidak jauh bezanya dengan pembinaan lain iaitu membawa misi "membina". Ia perlu dibina setelah didirikan. Bagaimana membinanya? "Air yang tertumpah akan mencari arahnya sendiri." Jika kita bertanya kepada ibu bapa kita apakah ilmu dan rahsia pembinaan rumah tangga? Mereka tidak ada jawapan. Ia dikatakan terjadi dengan sendirinya atau secara natural.



Orang kata, rumah tangga adalah pelayaran. Cuma apa yang tidak pernah kita dengar, apa pula destinasi pelayaran itu. Di mana desinasinya?

Jikalau ia pelayaran, mustahil sepanjang pelayaran itu tenang dan lancar. Pasti akan mengharungi gelora besar dan kecil.

Sesekali terdengar petua dari orang lama, atau yang telah lama berumah tangga. Petuanya berkaitan dengan suhu. Kata mereka, "Suhu dalam rumah tangga mestilah sentiasa bertentangan. Jangan sekali-kali bersamaan. Kalau satu 'panas' satu mesi menjadi 'air yang sejuk' menyiram kepanasan." Itu petua mereka. Perlu diambil kira. Bayangkan kalau kedua-duanya 'panas' maka bertambah-tambah panas. Panas dikaitkan dengan api dan api pula dikaitkan dengan neraka.

Akhirukalam Selamat Pengantin Baru dan Selamat Membina Rumah Tangga untuk Rozita, suami isteri.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Lebih banyak yang dilihat dan didengar, lebih banyak yang akan dibeli

» Seminar Perniagaan «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu