Komitmen mengikut cita-cita, bukan sebaliknya
Posting pada:  12 Oct 2008 ( 1453 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila saya melihat folder di dalam komputer anak bongsu saya, Ezika Armansur, agak terkejut saya. Gambar-gambar yang di'download' di dalam folder adalah gambar yang di luar pemikiran saya. Dan, sudah tentu gambar-gambar tersebut adalah melambangkan minat dan keinginan salah seorang pewaris Armansur.com Berhad itu.

Folder Ezika mengandungi gambar: kereta-kereta mewah, senjata api, kapal terbang, pemain bola sepak pujaannya (CR), dan but Nike, Adidas.

Mengapa minatnya berbeza dengan saya? Saya tak tahu. Iman tak dapat diwarisi. Minat pun tak dapat diwarisi. Anak sulung saya pernah ditegur gurunya, "Kata ayah penulis tapi kenapa BM kamu teruk? Tak pandai buat karangan..." "Begini Edika, lain kali kalau cikgu kata begitu kamu jawab -- habis kalau ayahnya penyamun, anak kena pandai menyamun juga ke cikgu?"

Minat Ezika dengan senjata api kesan dari game Conter Strike (CS) yang diminatinya sejak berumur 4 tahun. Masa saya berumur 4 tahun, apa agaknya yang saya minati selain mengikut abang-abang saya merayau ke kebun-kebun, hutan.

"Polis di LCCT gunakan riffle Hackler dan pistol Glock." Kata Ezika. Kemudian menerangkan dengan terperinci kelebihan dan kekurangan Glock. "Tak ada safety." Kata Ezika. Inilah bezanya generasi internet yang boleh mendapat maklumat mengenai apa saja, sekelip mata. Ada yang tepat, ada yang mengarut.




Apa yang ingin saya ceritakan ialah tentang komitmen. Anak saya, anak anda, saya, atau anda mestilah mempunyai komitmen jikalau mempunyai cita-cita atau matlamat.

Kisahnya, anak bongsu saya itu kini mempunyai kesukaan baru. Kesukaannya ialah menilai 'landing' kapal terbang. Dari landing kapal terbang dia akan mengatakan 'best' atau tidak cara landing sebab landing adalah berbeza-beza mengikut kemahiran juruterbang.

"Masa balik dari Penang landingnya best" kata anak saya. Saya tak ingat sebab bagi saya sama sahaja. "Smooth dan tak membrek mengejut..." Katanya.

Cita-cita Ezika kini ialah menaiki Firefly. Destinasi: Langkawi, seorang diri, pergi pagi dan balik petang. Nak merasa naik kapal terbang pakai kipas dan nak merasai 'landing'nya. Seorang diri, saya akan membenarkan, tapi tak tahulah emaknya.

Masa saya berusia 12 tahun dahulu, ke mana paling jauh saya pergi? Ke Pekan Banting sahaja, 3 batu dari kampung, itu pun penuh berhati-hati. Tak tahu menilai landing kapal terbang sebaliknya hanya tahu tentang brek basikal sama ada brek makan atau loose atau melekat.

Pesan saya mudah saja, "Kalau ada cita-cita mesti ada komitmen." Dan saya lihat Ezika sudah mula mengumpulkan duit untuk membeli tiket Firefly, tambang teksi semasa di Langkawi, duit makan McD.



"Fokus!" Saya berpesan. Dengan fokus, peratusan untuk tercapai lebih tinggi. Jadi baru-baru ini Ezika mengambil gambar Firefly semasa take off dan landing di Bayan Lepas. Gambar tersebut dilihat setiap hari sambil membayangkan dirinya berada di dalam kapal terbang tersebut.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain

» Hadis riwayat Al-Qudhi «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu