Antara strategi dengan tak jadi
Posting pada:  16 Sep 2008 ( 1147 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila tidak seperti yang dijangkakan pada 16 September 2008, mulalah puak-puak tertentu meneruskan kutukan mereka dengan lebih cemerlang lagi.


15 Sept 2008, 11 malam, di stadium MBPJ, Kelana Jaya, sambutan hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept 1963


Harapannya hari ini adalah pembentukan Malaysia Baru dengan dipimpin oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tapi ingatlah: "Manusia merancang, Allah pun merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih tepat." Penangguhan dengan penolakan dua perkara yang berbeza. Apabila Allah SWT menangguhkan kehendak dan permohonan kita, ada sebab yang tertentu dan sebab itu adalah lebih baik dari yang kita jangkakan. Allah menangguhkan, bukan menolak.

Jangan sebut "tak jadi" kerana Allah SWT bertindak mengikut apa yang dijangkakan oleh oleh hambaNya. Jangan was-was kerana apabila kita was-was kita akan lebih terdorong kepada negatif. "Jadi ke tak," apabila diulang-ulang akan menjurus kepada "tak jadi." Apabila "tak jadi" ia akan menghampakan 60% hingga 70% rakyat Malaysia yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Tak jadi? Bagaimana kita kata tak jadi? Baru cuit-cuit sikit pihak yang dicuit sudah kelam-kebut dan tidak tentu arah? Tak jadikah itu?

Dalam "Art of The War" ada beberapa strategi yang perlu diberi perhatian dan ada kaitan dengan strategi DSAI:

1. Kelihatan atau buat-buat lemah atau "tak jadi" supaya pihak musuh berasa kuat, ego dan lalai. Serangan dilakukan ketika sedang lalai.

2. Kelihatan akan menyerang kawasan A, menyebabkan segala kekuatan dihalakan kepada kawasan A supaya tidak diserang, padahal serangan dilakukan kepada kawasan B yang "terbuka" tanpa kawalan. Perhatikan.

3. Serang ketika serangan itu tidak dijangka sama-sekali. Serangan mengejut di luar jangkaan memang mendatangkan kemenangan besar.

Ingat! Kemenangan yang mudah adalah kemenangan yang murah.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kata-kata purba: 'Yang penting cara anda bercakap bukan apa yang dicakap' Salah! Kandungan cakap dan cara bercakap sama-sama penting

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu