Razzi Armansur menulis: Syukur Alhamdulilah, gaya (bolehkah disebut gaya?) Fiksyen Bisnes makin diminati. Apa buktinya? Permintaan. Yang terkini, permintaan dari KEMAS untuk buku RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA, salah satu contoh Fiksyen Bisnes.
Fiksyen Bisnes ini bukan ciptaan saya, sebaliknya saya terpengaruh dengan buku THE GOAL oleh Eliyahu M. Goldratt. Cuma kalau boleh nak disebut, kemungkinan saya yang pertama menulisnya di Malaysia. Hanya kemungkinan, tak semestinya betul.
Lama sebelum ini, sebelum saya menulis buku RAHSIA DARI DAMANSARA, saya terpengaruh dengan gaya tulisan OG Mandino yang menggabungkan fiksyen dengan non-fiksyen. Senang cerita, saya meniru stail penulisan begitu. Hasilnya, buku Rahsia Dari Damansara saya lakukan sama: sebelah depan fiksyen, diikuti dengan non-fiksyen untuk menerangkan. Begitu juga dengan buku selepasnya: Mendaki Puncak Kejayaan (kisah di Bukit Jugra) pun begitu. Tujuan non-fiksyen adalah untuk menerangkan atau memberikan lebih penjelasan kepada fiksyen.
Yang terkini, buku Rahsia Ajaib Untuk Berjaya mengunakan stail yang sama: Di depan adalah kisah pencarian Ramli, mencari Rahsia Ajaib sehingga bertemu, dan di sebelah belakang adalah penjelasan tentang apakah sebenarnya Rahsia Ajaib tersebut.
Tetapi buku yang lain seperti Kampung Kaya, Tukang Gunting Jutawan, Jutawan MLM adalah berbeza. Ia adalah 100 peratus fiksyen tetapi di dalamnya adalah panduan dan teknik yang disampaikan dalam bentuk cerita.
Dalam Kampung Kaya, diceritakan bagaimana kampung yang miskin berubah menjadi Kampung Kaya hanya dalam masa 5 tahun sahaja. Apakah produk yang menyebabkan Kampung Helang menjadi Kampung Kaya. Buku ini nipis sahaja kerana saya terpengaruh dengan buku Jonathan Livingston Seagul yang nipis tapi sangat bermakna dan padat dengan fakta.
Tukang gunting boleh menjadi jutawan? Tentu tak boleh kalau hanya bergantung kepada pekerjaan tersebut. Bagaimana kalau pekerjaan tersebut dijadikan landasan dan hasilnya dikumpulkan untuk membuka cawangan-cawangan kedai gunting. Hasil dari cawangan-cawangan itu dilaburkan untuk membeli harta. Bagaimana? Boleh tentunya menjadi jutawan. Sekarang ini pun sudah banyak cawangan kedai gunting moden seperti X-cut di cawangan Tesco yang menawarkan "15 minit, RM15". Saya salah seorang pelanggannya kerana pantas, cekap dan menepati citarasa.
Semua orang suka bercerita dan mendengar cerita. Bahkan borak-borak kosong pun disukai. Tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri bahawa orang mengeluarkan wang untuk membeli buku saya. Jadi, semestinya saya memberi hanya yang terbaik melalui penceritaan. Mereka suka membaca cerita, jadi saya berikan fakta, ilmu yang terbaik semampu saya melalui penceritaan.
Alhamdulillah, Fiksyen Bisnes semakin disukai. Editor Pengurusan PTS PRO, Cik Rozita meminta saya menulis buku Fiksyen Bisnes. Adakah ia telah menjadi 'trendsetter'? Syukur pada Allah SWT.
Quote: teteknorlembut Sir Kang: Assalamualaikum Cik Rozita yang diingati. Maafkan saya mengganggu. Diucapkan selamat meneruskan puasa. Maaf sekadar bertanya: bagaimana status buku Gagal dan Berjaya? Rozita Abd Razak: waalaikumussalam Rozita Abd Razak: Selamat berpuasa kembali Rozita Abd Razak: alhamdulillah semalam baru sahaja masuk stor Sir Kang: ooo... syukur terima kasih sebanyak-banyaknya Rozita Abd Razak: jem di pencetak Rozita Abd Razak: banyak buku Rozita Abd Razak: nanti saya uruskan penghantaran kepada Kang ya Sir Kang: Baik... baik... terima kasih sebanyak-banyaknya Rozita Rozita Abd Razak: sama-sama Sir Kang: semoga Allah sentiasa mengurniakan Rahman dan Rahim kepada Rozita Rozita Abd Razak: Kang, jika ada buku fiksyen bisnes yang baru sangat2 dialu-alukan Sir Kang: oooo InsyaAllah... nanti akan tulis dalam bulan depan... kita tahu fiksyen bisnes memang ada market Rozita Abd Razak: alhamdulillah...masuk sahaja manuskrip itu nanti akan saya masukkan dalam jadual tahun hadapan...perlu disegerakan manuskrip itu Kang... amrket sentiasa menanti Sir Kang: syukur Rozita. Kata-katamu umpama hujan lebat pada kemarau panjang.... ia galakan yang amat menyukakan Sir Kang: semoga Allah sentiasa mengurniakan Rahman dan Rahim kepada Rozita Rozita Abd Razak: amin Rozita Abd Razak: Sudah dapat Royalti untuk tahun ini? tentu banyak bukan! Sir Kang: Syukur, walau banyak atau sedikit itu adalah rezeki yang mesti disyukuri Sir Kang: semuanya RMxxxxxxxx (sencor) Rozita Abd Razak: wah...Alhamdulillah Rozita Abd Razak: Alhamdulillah Rozita Abd Razak: boleh dijadikan dorongan untuk menghasilkan lebih banyak buku Sir Kang: moga-moga Rozita Sir Kang: jumnlah itu sebenarnya kecil dibandingkan dengan penulis taiko2 PTS lain Rozita Abd Razak: mungkin kita boleh buat promosi lagi Rozita Abd Razak: yang penting Kang perlu sanggup turun padang Rozita Abd Razak: penulis lain buat ceramah dan bicara buku Rozita Abd Razak: mungkin sebab itu jualan buku agak laju Rozita Abd Razak: Harap tahun depan Kang sudi memenuhkan acara bicara buku ya Sir Kang: mintak2 begitu Sir Kang: PTS PRO pun nampaknya semakin maju ke depan Rozita Abd Razak: Alhamdulillah Rozita Abd Razak: Selagi ada peluang membesar, kita cuba garap peluang tu Rozita Abd Razak: untuk menambah peluang kepada penulis juga Rozita Abd Razak: bersama kita berkongsi peluang, ruang dan rezeki Sir Kang: tujuan murni tu Rozita Rozita Abd Razak: sama-sama kita berkongsi rezeki Rozita Abd Razak: insyaAllah
|