Bila dalam lemah, serangan dari luar menjadi-jadi
Posting pada:  03 Sep 2008 ( 917 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Rasanya ini bukan saja dalam "Seni Peperangan Sun Tzu", bahkan dalam mana-mana peperangan termasuk dalam peperangan Islam. Bukan hanya peperangan rasanya, bahkan dalam bisnes, pertubuhan, keluarga, begitu penting sekali menjaga dan meningkatkan kekuatan dalaman. Retak, pecah, lemah kekuatan dalaman, memudahkan serangan dari luar.

Dan yang paling pasti: musuh dari luar dapat ditentang dengan kekuatan, tetapi musuh dan serangan dari dalam itulah yang begitu sukar hendak ditentang. Bertahun-tahun masa yang diambil untuk menangkis serangan dari luar tetapi serangan dari dalam mengambil masa yang amat singkat untuk menumbangkan. Secara automatik juga, perpecahan, kelemahan dari dalam akan memberi kekuatan musuh di luar. Ia dikatakan sebagai 'pemberian kekuatan' secara tidak sengaja.

Allah SWT telah memberikan pendidikan percuma kepada diri kita sendiri. Lihat sendiri, bagaimana kalau dalaman kita lemah? Mudah sekali hasutan iblis, penyakit menghinggapi kita. Sekarang ibaratkan diri kita ini negara, pertubuhan, bisnes atau parti poiltik.

Rasulullah sendiri memperkuatkan dalaman Baginda terlebih dahulu dengan sikap-sikap terpuji. Pengaruh keliling yang dijangka boleh melemahkan dalaman dihindari dengan mengasingkan diri di Gua Hira'. Itu semua adalah pendidikan percuma untuk kita.

Di zaman sekarang, hari ini di depan mata kita sendiri melihat bagaimana perpecahan dan kelemahan dalaman memberi kekuatan secara automatik kepada pihak luaran.

Dulu, kalau gaduh-gaduh dalam mensyuarat selalunya hanya parti MIC. Kemudian meleret kepada parti lain, parti MCA. Kini, dikatakan "kurang berseri" kalau tidak ada baling-baling kerusi, bergaduh, lapor kepada BPR pada mesyuarat UMNO. Ia merebak dengan pantas seperti histeria dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain. Akhirnya nanti kita sudah tidak peduli lagi kerana sudah kerap berlaku.

Itulah yang dikatakan, sejak PRU 12 berbagai-bagai peristiwa di luar dugaan sentiasa berlaku di depan mata. Bagi yang prihatin inilah peluang untuk belajar dan muhasabah diri.

BN yang dikatakan segagah titanic nampaknya semakin tenggelam. Salah satu punca kekalahan besar BN pada PRU 12 adalah kerana kelemahan sistem pertahanan dalaman. Puncanya? Banyak puncanya. Salah satu puncanya ialah tidak mengikuti stail Umar AlKhatab dan Umar Abd Aziz: "Kenyangkan perut rakyat." Jangan baca melulu sebaliknya amat luas makna "kenyang" dan "perut" itu. Selagi "rakyat kenyang" selagi itulah ada kesetiaan dan kekuatan dalaman terbina dengan sendirinya.

Siapakah yang memperoleh keuntungan dan kekuatan secara automatik dengan perpecahan dan kelemahan UMNO dan BN? Segalanya telah jelas terpampang di depan mata.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Anda takkan dapat melihat lautan jika tidak meninggalkan pelabuhan

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu