Usik-usik dalam peperangan
Posting pada:  30 Aug 2008 ( 1026 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Begitu takdir Ilahi. Peperangan Dunia ke 2 tidak akan terjadi jika Allah SWT tak mengizinkan. Apa yang terjadi sebelum peperangan itu? Ramai yang menyebut-nyebutnya sehingga seperti menjangkakan dan mengharapkan peperangan itu akan terjadi. Allah SWT bertindak mengikut apa yang dijangkakan oleh hambaNya.


Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri dan membawa perubahan besar seperti yang diharap-harapkan? Begitu kebanyakannya bertanya kepada saya. Jawapan saya mudah sahaja, "Mengapa tidak? Apa yang menyebabkan tidak boleh? Kita sokong asalkan ia membawa kebaikan untuk Islam dan rakyat. Sekarang kita sokong, kalau kelak DSAI tak betul, tak kotakan kata-katanya, kita ramai-ramai tumbangkan dia. Kuasa di tangan rakyat."

Ingatlah, sentiasa ingat sepanjang hayat: Kita merancang, Allah pun merancang; namun perancangan Allah itu lebih tepat.

Peluang untuk belajar terpampang di depan mata. Bagaimana manusia yang telah difitnah, tersungkur, kni bangkit semula dan melangkah setapak demi setapak menuju kecemerlangan? Itu kan perlu dipelajari.

Dalam "Seni Peperangan Sun Tzu" pun ada istilah "usik-usik." Cuit-cuit atau "test power" untuk menguji sejauh mana respons. Usik-usik ini juga boleh mengkucar-kacirkan pihak lawan.

Apabila DSAI mula menguar-uarkan tentang peralihan kuasa pada 16 September 2008, pihak lawan menjadi kelam-kabut. Apabila DSAI mengatakan, "30 MP Sabah dan Sarawak akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat," maka berbondong-bondonglah yang mengatakan ia sebagai dongeng dan mengarut. Namun jangan lupa. Itu di mulut. Tindakannya? Kalau ia mengarut, apa perlunya pihak lawan mengadakan akujanji dan sumpah setia kepada Perdana Menteri. Apa perlunya 'sesi menafikan' bertalu-talu. Jika ia dongeng mengapa kelam-kabut dalam ketakutan? Kalau benar ia 'tak ada apa-apa' tentulah didiamkan saja.

Jika benar bukan 'jangkaan' dan 'harapan' mengapa sebelum ini dalam pembentangan belanjawan, Sabah dan Sarawak seperti terpinggir, tetapi dalam Belanjawan 2008, Sabah dan Sarawak mendapat limpahan. Cakaplah apa saja, namun rakyat bukan bebal. Rakyat semakin bijak mentafsir yang tersirat dan tersurat. Sudah tentu rakyat Sabah dan Sarawak mengucapkan terima kasih kepada DSAI kerana tanpa "cuit-cuit" dari DSAI, seperti biasa, Sabah dan Sarawak seperti diabaikan.

Berikut ini adalah ulasan Timbalan Editor surat khabar Cina Sin Chew Jit Poh yang mengulas kemenangan besar DSAI di Permatang Pauh. Kemenangan tersebut memang besar maknanya kepada Pakatan Rakyat. 2P telah terlaksana, hanya tinggal 1P (Permatang Pauh, Parlimen, Putrajaya). Hanya tinggal selangkah saja lagi.

Arikel asal di sini: Forum Cari.com.my

Quote:


Angka Bercakap Benar

15671 undi, ia adalah satu angka. Jika tidak dianalisis/dikaji, ia tidak dapat menunjukkan maksud sebenar.

Jika dianalisis secara mendalam, barulah kita ketahui masalah ini adalah begitu berat sekali (untuk Barisan Nasional).

Di dalam tangan saya, terdapat senaskah buku analisa undi 28 pusat mengundi PRU Permatang Pauh, terang dan nyata.

Saya percaya pihak tertinggi Barisan Nasional dan pakar-pakar rujukannya, lebih awal telah mendapat laporan ini.

Saya terangkan secara ringkas analisis kertas undi ini :

1. 28 buah pusat pengundian, Barisan Nasional kalah semua.
2. Undi pemuda (mula daripada kiraan ketiga), semua memihak kepada Anwar.
3. Anwar mendapat 67% undi (bersamaan 3 orang pengundi, 2 orang mengundi Anwar).
4. Anwar mendapat 62% undi orang melayu.
5. Anwar mendapat 78% undi orang cina.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama, Di semua pusat pengundi, tidak kira bandar ataupun kampung, bangsa dan umur, semua memihak kepada Anwar; Barisan Nasional langsung tidak mendapat sambutan.

Kedua, Majoriti pengundi muda memilih Anwar, menolak BN. Undi pemuda semakin bertambah. Sehingga PRU Tahun 2013, undian pemuda akan bertambah, dan akan "membanjiri" BN.

Ketiga, Sokongan 67% melebihi sokongan dua per tiga; ini adalah kemenangan majoriti yang cukup kukuh.

Keempat, Undi melayu 62%, tepat ke sasaran UMNO. UMNO berjuang atas semangat perkauman bangsa dan Hak Istimewa Orang Melayu, mempromosikannya semasa PRU, akibatnya promosi tersebut tidak berfungsi malah membakar diri. Masa depan UMNO cukup malap.

Kelima, Undi orang Cina memihak kepada Anwar, menunjukkan PRU 8.3.2008 adalah satu bentuk perubahan, bukan satu kebetulan, malah ia lebih diperkuatkan. Di beberapa pusat pengundi majoriti Cina seperti Kg Cross Street dan Berapit Road, Anwar memiliki 90% undi, keadaan ini tidak dapat dibayangi.

Masalah dalam Barisan Nasional terlampau besar/berat.

Majoriti pemimpin BN, masih dalam keadaan "senyap" dan cuba mengelak.

Akan tetapi, angka telah "bercakap", angka tidak boleh berbohong.

Ia boleh berlaku di Permatang Pauh, pun boleh berlaku di kawasan parlimen/DUN yang lain.

Ia ibarat sebuah empangan/tasik yang terjadi akibat gempa bumi, jika tidak disalurkan, maka tungulah empangan itu pecah.

Sumber : http://opinions.sinchew-i.com/

Komen jbtrader :

Yang menulis komen di atas adalah Timbalan Editor Sin Chew Jit Poh, suratkhabar cina yang paling laris di Malaysia dan seorang pengarang yang berani menyuarakan pendapatnya. Sebelum ini saya pernah translatekan komennya bertajuk : "Pak Lah ibarat itik tempang".

P44 Permatang Pauh, Barisan Nasional = The End of The World.

BN taburkan berjuta-juta RM, malah mungkin berbillion-billion RM di Permatang Pauh, fitnah sana-sini, personal attack Anwar, memburukkan PKR dengan isu rasuah, akhirnya kalah dengan majoriti dua per tiga.

Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, kini dalam protes pemuda MCA terhadap percakapan racistnya, mendakwa orang cina ini pendatang yang tumpang di negara ini, menampakkan betapa rendah IQ, lebih bodoh daripada seorang pelajar Tingkatan 6 yang belajar Pengajian Am.

Isu UiTM, di mana VC UiTM membangkitkan isu kuota 10% yang diungkit oleh MB Selangor, sekali lagi pengundi permatang Pauh mengajar mamat ini dengan BN kalah majoriti di P44.

Angka telah bercakap benar dan angka telah memberitahu, kini cuma tunggu BN berubah. Jika tidak benteng akan roboh pada tahun 2013.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain

» Hadis riwayat Al-Qudhi «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu