3 Wayang dalam seminggu
Posting pada:  05 Aug 2008 ( 1229 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tidak pernah terjadi dalam seminggu saya menoton 3 wayang. Ia terjadi kira-kira 3 minggu lepas sebelum mula menulis. Akan saya ceritakan pengajaran dan mesej dari filem-filem hebat yang ditonton itu.



Filem pertama: HANCOCK
Banyak idea yang boleh diperoleh dari filem ini. Bagaiaman dengan pengeluar filem tempatan, tak teringinkah hendak meniru cara pemasaran produk melalui filem ini? Mungkin boleh dapat subsidi dari pengeluar produk yang diiklankan.

Filem HANCOCK selain menarik sekali, ia juga melambangkan kebijaksanaan pengeluar filem ini dalam memaparkan iklan produk tanpa disedari oleh penonton.

Salah satu syarikat insurans yang terbesar dan tertua di dunia ialah John Hancock. Judul filem ini berdasarkan nama syarikat insurans tersebut. Ini dikuatkan lagi bila Hancock yang hilang ingatan memberitahu, lebih kurang begini, "Saya tak ingat nama saya, masa keluar dari hospital saya terpandang syarikat insurans yang membiayai, John Hancock."

Google pun diiklankan di dalam filem ini melalui salah satu servis Google, iaitu Youtube.

Bukan tidak sengaja meletakkan muka Will Smith yang berserabut tidak bercukur. Tujuannya adalah untuk mengiklankan produk bercukur jenama Schick. Selama ini kita kenal dengan Gillete sahaja. Rupanya Schick pun mempunyai jualan yang sangat besar di dunia. Zaman saya kecil lagi sudah mengenali Schick Injector. Pada papan iklan wajah berserabut Hancock itu terpapar, "Hero menyelamatkan duni, Schick menyelamatkan hero."

Kekuatan cerita ini adalah melalui aktor terkenal dan termahal Will Smith di samping ceritanya yang menghiburkan, penuh dengan mesej dan pengajaran.

Hancock mempunyai kuasa ajaib turun-temurun sejak 3,000 tahun. Dia manusia luar biasa dan tidak boleh menjalani kehidupan seperti manusia biasa kerana kuasanya akan hilang. Tak boleh bercinta, berkahwin. Namun sebagaimana biasa, apabila kita berbuat baik, tidak semsstinya diterima oleh masyarakat. Masih ingat Hang Nadim yang dicampakkan ke laut kerana memberikan idea "menggunakan batang pisang untuk menahan serangan ikan todak"? Keadaan seumpamanya sentiasa berlaku sepanjang zaman.

Bagaimana pengeluar filem tempatan, tidak mahukah membuat cerita berjudul KURNIA, berdasarkan Kurnia Insurans?




Filem kedua: JOURNEY TO THE CENTER OF THE EARTH
Novel sci-fi karya Jules Verne telah beberapa kali difilemkan. Namun kali ini adalah "cerita dalam cerita". Ceritanya mengisahkan pakcik dan anak saudara, berserta seorang lagi wanita menjejaki apa yang ditulis oleh Jules Verne itu.

Mereka benar-benar sampai ke tengah-tengah bumi sebagaimana yang ditulis dalam buku tersebut. Mereka menyaksikan dengan mata sendiri apa yang ditulis di dalam buku tersebut sambil mengesahkan, "Jules Verne telah sampai ke sini, jikalau tidak masakan semuanya tepat."

Walaupun ia fiksyen semata-mata, namun ia peringatan penting terutamanya bagi kaum penulis. Kelak, 100 tahun nanti, masih ada yang membaca buku kita, sebagaimana orang sekarang masih lagi membaca buku karya Jules Verne.





Filem ketiga: BATMAN: THE DARK KNIGHT
Filem Batman Begin nyaris tidak menjadi box-office. Ia agak perlahan pada peringkat permulaan, kerana ia 'recycle', hendak menerangkan dengan terperinci asal permulaan Batman yang pada mulanya takut dengan kelawar. Filem Batman balik semula kepada siri pertama, kepada asal usul Batman.

Filem Dark Knight banyak menggunakan 'sentimen perasaan', rasanya lebih banyak dari Batman Begin. Dalam Batman Begin, diterangkan, kehidupan sebenar adalah apabila berjaya menguasai atau membuang perasaan takut. Selagi masih ada takut dalam diri (bagi orang Islam sudah tentu hanya takut pada Allah), selagi itulah kita "mati".

Dalam Dark Knight pula ditanamkan pada pemikiran penonton bahawa Batman bukan hero. Dia adalah manusia biasa yang suka berbakti. Ini jelas sekali pada penghujung cerita, Inspector Gordon memberitahu anaknya, lebih kurang begini, "Bukan, dia bukan hero, dia adalah Dark Knight."

Kekuatan cerita Batman kali ini adalah jalan ceritanya yang melebihi 2 jam. Namun Batman sendiri hampir ditenggelamkan kerana musuh lebih menonjol. The Joker lebih menonjol dan pelakonnya memenangi anugerah. "Why so serious..." Itulah ungkapan The Joker. Saya amat yakin ungkapan ini akan menjadi popular dalam masa yang singkat ini.

Selepas ini, kemungkinan besar akan bersambung dengan musuh utama masih lagi Joker kerana Joker tidak mati pada penghujung cerita. Harvey Two Faces mungkin tidak akan muncul bersama The Riddler sebagaimana dalam filem Batman Forever sebelum ini, kerana dalam filem Dark Knight ini, Harvey Two Faces telah mati. Dia menyalahkan Batman kerana tidak menyelamatkan kekasihnya, sebaliknya menyelamatkan Harvey.

Siapa musuh Batman untuk filem Batman berikutnya? Tidak pasti. Kemungkinan, The Joker lagi, The Riddler, Mr. Penguin atau Mr Freeze.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Tujuan bisnes diwujudkan adalah untuk mencipta pelanggan

» Peter Drucker «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu