Berapa trilion ekor lembu diperlukan?
Posting pada:  12 Mar 2006 ( 1509 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jualan langsung (MLM terutamanya) sentiasa dikaitkan dengan penipuan. Nak cari pakar-pakar penipu dan kelentong, carilah dalam MLM. Bisnes MLM yang murni dan suci itu dicemari dengan penipuan dan pembohongan.

Selalunya pembohongan ke atas produk. Produk hebat belaka. Produk yang terbaik di atas muka bumi ini boleh menyembuhkan segala rupa penyakit di muka bumi ini termasuk penyakit kritikal ? HIV, AIDS, Cancer, Luekimia dan sebagainya. Itu ceritanya dan "claim" tersebut tidak ada asas sama sekali.

Suatu malam saya duduk menung (cari ilham kononnya), di bawah Pencala Link. Seseorang datang memberitahu (setelah tak tahu menjawab apa itu Biotech) dia mengilang dan mengedarkan susu awal lembu. "Kita ada kilang sendiri" Katanya dengan nada kelentong, walhal pembekalnya ialah pembekal di Jitra yang secara kebetulan pembekal itu mengenali saya (peminat setia buku-buku tulisan saya).

Susu awal lembu akan dicampur dengan tongkat ali. Saya rasa ini strategi membunuh diri kerana tongkat ali sentiasa dikaitkan dengan seks dan tenaga batin. Beratus-ratus syarikat di bumi Malaysia yang mengedarkan ubat seks.

Sebelum itu elok saya beritahu, susu awal lembu yang original sudah saya kenali 6 tahun lepas. Ia disebut, Colustrum atau IGG. Sekarang ini berbagai syarikat mengedarkan susu awal lembu dengan berbagai-bagai jenama yang disangsikan kesahihannya. Claim atau dakwaannya begitu pelik-pelik belaka. Segala rupa penyakit boleh disembuhkan termasuk penyakit kanser, luekimia, AIDS, HIV. Sekarang ini musim selsema burung, agaknya akan ditambah lagi satu iaitu menyembuhkan selsema burung. Yang belum ada orang mati boleh hidup balik. Kalau lumpuh boleh masuk Olimpik itu macam sudah biasa kedengaran.

Akan sentiasa ada yang menipu jika selagi ada yang rela ditipu. Susu awal lembu sebenarnya bukan susu. Ia adalah cecair jernih yang dikeluarkan oleh ibu lembu yang baru melahirkan anak. Cecair ini keluar terlebih dahulu sebelum susu pertama. Sama seperti manusia (ibu yang baru bersalin akan mengeluarkan cecair yang mesti diberikan pada bayi, sebelum susu pertama). Cecair ini mengandungi hanya satu khasiat sahaja iaitu untuk imunisasi kemungkinan besar sama dengan sistem imunisasi yang disuntik berkali-kali ke dalam tubuh anak kita, dari bayi hingga tingkatan 1.

Cecair itu sedikit sahaja. Jadi untuk menghasilkannya, perlukan lembu yang beranak. Bukan 1 syarikat sahaja yang mengedarkan di Malaysia. Untuk Malaysia sahaja, berapa trilion ekor lembu yang baru beranak diperlukan? Trilion bukan sekadar bilion. Itu untuk Malaysia sahaja. Saya rasa di negara lain tak dibenarkan sebab di negara lain sebelum sesuatu ubat atau herba dibenarkan di pasaran ia melalui tapisan yang sangat ketat. Bukan seperti Malaysia herba atau ubat boleh dikeluarkan sewenang-sewenangnya disertai dengan segala rupa kelentong.

Jadi, apa yang digunakan selama ini? Sama halnya, berapa banyak syarikat yang mengedarkan tongkat ali. Dah pupus tongkat ali di hutan kita. Orang asli pun kaki kelentong, apa yang dibekalkan dari hutan bila tongkat ali sebenar sudah pupus? Tongkat Haji Ali?

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Hukum seimbang: Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tidak suka

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu