Reaksi ayam terhadap kenaikan harga minyak
Posting pada:  07 Jul 2008 ( 1258 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ayat lazim, "Ala apa nak susah-susah, kita dapat hidup, kerja, makan minum, anak sekolah, sudahlah... " Biasa mendengar begitu? Bagi saya, jawapannya mudah sangat, "Biasa tengok ayam? Itu bahasa ayam. Ayam kan begitu, hidup, disembelih, mati... "


Sebahagian hadirin yang duduk di atas padang stadium kerana PROTES harga minyak yang tak sepatutnya naik sebab kita pengeluar minyak dan keuntungan Petronas berbilion. Kenapa tidak kembalikan kepada rakyat? Maaf, media kerajaan tidak akan menyiarkan gambar sebegini. Mereka akan mencari sudut yang tidak ramai orang. Biasalah...

Ayat lazim lain, "Buat apa menyusahkan diri pergi demo, protes, panas terik..." Biasa mendengar begitu? Tentu biasa. Jawapan mudah, "Dah tu buat apa pergi Jom Heboh? Nak menambah dosa?"

Satu perkataan penting sama ada demo di jalan atau dalam stadium ialah: MESEJ. Jadi jawapan kepada kata-kata ala ayam dan "buat apa.." ialah MESEJ. Hendak menyampaikan mesej bahawa rakyat tidak bersetuju dan sudah pasti memperingatkan makna sebenar demokrasi iaitu: dari rakyat, untuk rakyat.

"Ala buat macam mana pun, harga minyak tak akan turun..." Sejenis lagi suara yang kedengaran. Bagi saya, mudah saja, "Jadi kamu ini keturunan manusia atau ayam? Ayam pun kalau nak disembelih masih lagi melawan..."

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kadang-kadang buku itu 'memilih' orang untuk membacanya

» Dari Filem Hurricane «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu