Pilih yang Mana? Mahu Gagal ataupun Berjaya? Pilih!
Posting pada:  05 Jul 2008 ( 1033 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Hari ini Rozita Abd Razak menelefon. Sudah pasti saya terkejut menerima panggilan penting dari Editor Pengurusan PTS PRO. Dulu memang selalu berhubung sama ada melalui telefon atau YM. Sudah sekian lama tidak berhubung, itulah yang menyebabkan terkejut.

Rupanya Rozita memberitahu berita gembira, sambil saya ngiyakan bahawa Rozita telah menepati janji. Pada tahun lepas beliau berjanji akan menerbitkan satu lagi buku saya pada bulan Julai. Alhamdulillah, walaupun iklim industri buku, bahkan apa saja industri agak tidak menentu, PTS sanggup mengambil risiko untuk menerbitkan lebih banyak buku lagi.

Judul asal buku yang dimaksudkan oleh Rozita ialah, "Yang Gagal Yang Berjaya." Sudah tentu judulnya diubah menjadi lebih 'tajam' lagi dan supaya seperti ada kesinambungan dengan 'abangnya' sebelum ini: "Hendak Susah ataupun Senang?" Judul baru, dijangka. "Hendak Gagal ataupun Berjaya?"

Buku tersebut pernah diterbitkan oleh Readers World dan berjaya menjadi best-seller sekitar tahun 98 -- 99 (zaman Reformasi).

Syukran kepada sahabat saya Rozita, Nazrul dan seluruh team PTS PRO, khususnya dan kepada Team PTS Publications & Distributors, amnya.

Syukur juga, atas sokongan anda, buku-buku Razzi Armansur kebanyakannya menjadi best-seller dan sentiasa berada dalam senarai Top 10 PTS PRO. Syukur Alhamdulillah.

Berikut adalah pendahuluan buku tersebut. Versi ini belum lagi diedit oleh sentuhan Rozita sendiri.

------
Quote:


PENDAHULUAN

ADA satu hukum ciptaan manusia di dunia yang dikatakan serba membangun ini. Hukumnya mudah dan kerana mudah, ia telah menjadi amalan sejak sekian lama.

Hukumnya begini: jika anda berjaya, kaya, anda akan dihormati, disanjung, diletakkan di depan. Jika anda kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di belakang; terpinggir.

Menyakitkan? Memang sangat menyakitkan hukum ciptaan manusia itu. Tidak termaktub dalam mana-mana kitab undang-undang tetapi dengan mudah dan seronok ia menjadi amalan.

Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia. Yang gagal tentulah kurang seronok dan berasa kecewa. Di situlah silapnya, jika kecewa, pastinya akan terus berada di dalam kegagalan dan kemiskinan. Sebaliknya, jika kekecewaan itu ditukar kepada cabaran

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, maka Allah akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba selama dia mahu menolong saudaranya.

» Hadis Riwayat: Muslim «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu